Isnin, 14 September 2009

"Pengalaman diperlukan"

Sekiranya anda adalah seorang graduan yang sedang mencari kerja, pernyataan “Pengalaman Diperlukan” seringkali melemahkan semangat anda untuk memohon jawatan pekerjaan. Lalu, anda menyalahkan industri (syarikat) kerana tidak memberi peluang kepada graduan baru.
Bagaimana untuk meruntuhkan tembok penghalang tersebut?
Sebenarnya graduan baru boleh memiliki pengalaman yang dikehendaki oleh industri walau pun tidak pernah berkerja. Ambil perhatian juga, kerja-kerja part-time yang tiada kaitan dengan bidang adalah tidak dikira sebagai pengalaman. Jadi, tidak relevan kalau dimasukkan di dalam resume anda.
Persoalannya, bagaimana nak dapatkan pengalaman jika tidak berkerja?
Jawapannya ialah anda perlu cipta real project anda sendiri.
Real Project bermaksud:
  • Satu projek yang anda cipta sendiri, yang berfungsi, yang wujud, yang boleh di’showcase’, yang boleh diguna-pakai
  • Anda buat sendiri projek ini - libatkan diri secara 100%, walau pun buat dalam team
  • Anda tahu selok-belok teknologi dan proses pembikinan projek tersebut
  • Anda boleh ‘cerita’ dan ‘tunjuk’ tentang projek ini semasa proses temuduga
Contoh projek yang boleh dibuat:
  • pereka DTP: reka dan print - poster, brochure, cover design…
  • pereka web: buat personal blog, reka satu laman web prototaipyang menggunakan teknologi web terkini
  • programmer: buat satu sistem atau perisian prototaip atau yang berfungsi penuh atau yang unik di pasaran menggunakan teknologi programming terkini
  • pereka multimedia: buat produk multimedia interaktif samada di laman web atau di dalam CD seperti profail syarikat interaktif
Projek-projek ini boleh dibuat semasa di dalam pengajian atau selepas pengajian (sementara menunggu keputusan semester akhir).
Projek yang anda laksanakan ini akan memberikan anda pengalaman yang anda perlukan. Dengan syarat, anda melibatkan diri di dalam melaksanakan projek ini. Janganlah pula upah orang lain untuk sediakan portfolio anda. Apabila anda membuat projek ini, anda boleh menjelaskan kepada penemuduga tentang perjalanan keseluruhan projek tersebut. Seolah-olah anda telah ‘pernah’ berkerja di syarikat lain sebelum ini. Kerana sekiranya anda benar-benar pernah berkerja sebelum ini, penemuduga berminat nak tahu penglibatan anda di dalam projek-projek syarikat. Jadi, secara dasarnya sama sahaja.
"Syarikat akan lebih berminat kepada calon temuduga yang pernah melibatkan diri dengan sesuatu task yang sebenar."
Sekiranya anda melakukan yang terbaik, usaha dan pengalaman anda menyiapkan projek tersebut akan nampak pada hasilnya.
Jadi, pernyataan “pengalaman diperlukan” bukanlah satu tembok penghalang dan bukanlah alasan untuk mengatakan susah nak dapatkan kerja. Fikir dan usaha lebih sikit untuk diri sendiri.
"Ilmu teori sahaja tidak menjamin bahawa seseorang itu mampu melakukan sesuatu kerja. Ilmu yang dipraktikkan adalah lebih memberi manfaat."
Mulakan projek / produk / portfolio anda sendiri SEKARANG!

Selamat berjaya!

sifoo.com

Tiada ulasan:


Provided by All Famous Quotes

Follow my post