Selasa, 18 Oktober 2011

Musim kpli ke la ni?

Tengok tengok trafik di cct, ramai yg searh ttg kpli. So nak ty la, now tgh buka permohonan ke? Kalau ada, nak jugak la join.....mana tau ada rezeki kan....tapi, untuk pengetahuan semua, info ttg kpli tu dah lama.....saya pun tak pasti ttg kerelevennannya (perkataan baru reka.....huk huk)
Seperti biasa saya akan cuba update maklumat terkini dlm cct. Tapi ikut pada masa sebab sekarang ni, waktu kerja pun payah nak cilok2 dah....semua masa terisi dengan kerja dan sangatlah efektif.....
Sekiranya rakan2 nak berkongsi info, bole la drop di chatbox atau komen terus di sini k....
Selamat menjalani urusan seharian....go go chaiyok!

Lgu ni untuk u alls.....dgr ye....lagu lama ni

Check out this video on YouTube:

http://www.youtube.com/watch?v=BV_VQQ490Z8&feature=youtube_gdata_player

Jumaat, 14 Oktober 2011

Mimpi dalam konteks islam

>> Oleh Mohd Fadly Samsudin


MASYARAKAT kita sering mengaitkan mimpi sebagai petunjuk kepada perkara baik atau buruk. Namun, tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang tersirat.

Pegawai Agama Masjid Putra Nilai, Mohd Fakhrurrazi Mohd Hanafi, berkata kepercayaan masyarakat kepada penafsiran mimpi adalah tidak bersandarkan dalil syarie yang disepakati ulama mengenai kesahihannya.

“Kitab rujukan seperti Tajul Muluk dan sebagainya bukanlah satu kitab muktabar. Ia hanyalah petua orang terdahulu. Umat Islam perlu memilih panduan berkaitan permasalahan penafsiran mimpi ini sebagaimana hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. yang bermaksud:   “Jangan engkau ceritakan mimpi itu kecuali kepada orang yang alim atau orang yang cerdik akalnya.

“Nabi Yusof a.s diberikan mukjizat mahir menafsir mimpi sehingga berjaya mengeluarkan negara Mesir daripada kemarau yang panjang melalui mimpi rajanya ketika itu.

“Bahkan nabi s.a.w bersabda dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim, sesiapa yang bermimpi berjumpaku dalam mimpi maka ia benar kerana iblis tidak dapat menyerupai wajahku.

“Persoalannya, sejauh mana keyakinan dan pengetahuan kita berkaitan keperibadian Nabi Muhammad s.a.w. Bahkan di sinilah orang ramai mengaku berjumpa nabi s.a.w dalam mimpi yang mendakwa mereka berkomunikasi dengannya dalam bahasa Melayu,” katanya.

Beliau berkata menghairankan apabila nabi s.a.w berbangsa Arab Quraisy mampu bertutur dalam bahasa Melayu dan dengan itu terserlah tugas iblis yang mahu menyesatkan orang ramai.

“Petanda dalam mimpi seperti patah gigi, dibelit ular, dikejar ombak dan sebagainya ada tafsiran tersendiri sebagai ilham yang dikurniakan kepada individu dengan syarat tertentu seperti orang itu bertakwa, tidak melakukan maksiat. Barulah petunjuk itu hampir kepadanya.

“Paling jelas, sekiranya seseorang bermimpi berada dalam rumah ibadat agama lain itu adalah petanda orang berkenaan akan ditimpa musibah sihir,” katanya.

Beliau berkata apabila kita bermimpi perkara buruk atau ngeri, nabi s.a.w mengajar kita supaya mendapatkan berlindung daripada Allah s.w.t.

Menurutnya, orang yang mendakwa bermimpi arwah boleh disebabkan waris amat merinduinya sehingga terbawa-bawa dalam tidur.

“Justeru, pastikan kita mengikut sunnah sebagaimana yang diajar nabi seperti membaca ayat Kursi.
Hadis al-Bukhari yang diriwayatkan
oleh Abu Hurairah r.a, Baginda bersabda yang bermaksud: Apabila engkau
baring di tempat tidurmu, maka
bacalah ayat Kursi. Maka sesungguhnya akan sentiasa bersamamu penjaga daripada Allah dan syaitan tidak menghampirimu sehingga subuh.

“Nabi juga mengajar supaya merapatkan kedua belah tangan, kemudian meniup keduanya dengan membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq
dan an-Nas kemudiannya menyapu seluruh tubuhnya dengan kedua belah tangan dimulakan dari kepala,
muka kemudian seluruh badan yang tercapai tangan sebanyak tiga kali,” katanya.




Metro

Rabu, 12 Oktober 2011

Sapa yang guna iPad2?

Sape yg menggunakan ipad? Recently i bought one.....sume org ty knp tak beli galaxy tab? Sy jwb, sy mmg sgt admire dgn gadget apple.....dah biasa guna windows,android malah symbian and now want to explore new dimension yg dicipta oleh steve jobs ni....(dah meninggal pun org nya....tp i kagum dgn ideanya)
Setakat ni sgt menarik malah ipad ni sgt senang digunakan. Tak hairan la kalau gadget ni didtgkan tanpa sebarang manual, hanya usb chager nye dan booklet kecil yg tiada manual pengguna langsung!Namun kita boleh perolehi manual pengguna di web apple shj...
Software pula dikatakan semua berbayar....ada kwn sy kata yg ipad ni, everything needs money.....emmmmm bagi sy.....berbalik pada tujuan mmbeli ipad....sy cuma nak peranti yg boleh dibawa kemana2tnpa beban....utk online fb, blog, google, lagu, citer.... Dan anything for fun. Bukan utk buat keje ofis seperti yg pc or laptop buat. Telefon tak perlu sbb sy dah ada phone yg bole 3g jugak.....so ikut pada kehendaklah....so tak de prob nak dptkan software sb sy cuma main game dan internet browsing je kat ipad ni....
Tapi kalau u alls nk guna jugak utk ofis silakanlah membeli software tersebut di apps store nya ye....harga pun taklah berapa mahal....sy rasa kita semua boleh beli....
So now, apalagi yg dirGykan, tepuk dada ty selera....tapi mmgpuas hati dgn performance processornya....laju dan senyap...
Tak kenal maka tak cinta....now i tgh kagum dgn iphone5 pulak....huhu sgt best...intelligent!
Apa-apa pun just drop by and kita kongsi pengalaman k......bye!


Provided by All Famous Quotes

Follow my post