Isnin, 23 Januari 2012

Tahun 2012 satu permulaan yang mencabar

Awal tahun aku dah diuji...namun aku dapat menghadapinya dengan jaya. Tapi kalau ia masih belum selesai, aku sedia menghadapi..
Tahun ini mungkin satu lembaran baru bagiku terutama dalam bidang kerjaya. Mungkin juga satu rezeki atau peluang meningkatkan diri. Aku amat berharap agar dapat memikul segala tanggungjawab yang diberikan dengan tabah dan berjaya. Yang paling penting, aku tak akan sia-siakan kepercayaan yang orang berikan kepada aku...kita tunggu dan lihat saja hasilnya nanti.
Aku dah mencuba bisnes, dan pelbagai bisnes...tapi kejayaannya tak lah besar sangat...mungkin aku tak ada bakat berniaga.
Selepas ini, aku kene lebih berhati-hati memilih kawan dan orang yang aku percaya. Memang tak dinafikan dalam dunia ni, berbaga-bagai jenis manusia yang kita boleh jumpa. Baik dan jahat...semuanya...jadi berhati-hati lah ye.
Apa guna dendam dan dengki...Allah swt kan ada...dia mendengar doa orang yang teraniaya. Kalau kita menghianati orang lain pun, bukanlah hidup kita selamat sangat.
Kepada kawan-kawan sekelian, selamat menempuhi cabaran dunia dan kerjaya. Semoga kita akan mendapat kejayaan dari hasil penat lelah sekarang ini. Adios!!!

Sabtu, 14 Januari 2012

Sebab-sebab Mengapa Apple Masih Boleh Bersaing




Spekulasi semasa tentang pemerintahan berterusan Steve Jobs, Ketua Pegawai Eksekutif 
Apple, menekankan betapa rapatnya pertalian produk Apple dengan pengasas itu. Tiada siapa yang tahu dengan tepat apa yang tidak kena dengan Steve Jobs tetapi ia mesti sesuatu yang serius. Beliau telah mengambil cuti selama enam bulan atas alasan sakit perut. Saya pasti kita semua mahukan supaya Steve sembuh dan kembali berkhidmat. Jika Steve bukan Ketua Pegawai Eksekutif, terdapat banyak sebab mengapa Apple pasti terus berkembang selepas era beliau.
1. Tiada siapa yang hidup selama-lamanya
Adakah 
Disney terkubur selepas Walt meninggal dunia? Apple akan terus beroperasi tanpa Jobs kerana ia kekal beroperasi tanpa beliau sebelum ini (1985). Semua institusi yang hebat biasanya menunjukkan prestasi yang baik walaupun tanpa pengasas mereka. Kebanyakan syarikat menunjukkan prestasi yang lebih baik selepas pemimpin mereka meninggalkan syarikat. Sebagaimana kata-kata pekerja Disney “Walt berada di taman pada setiap masa sekarang!” Steve Jobs tidak akan hidup selama-lamanya dan ia tidak mengubah hakikat bahawa Applemempunyai cerita pertumbuhan asas yang terbaik di dunia. Berapa ramai pada hari ini memiliki komputer Applesendiri? Berapa ramai yang mempunyai alat pemain muzik Appleatau telefon perniagaan?
2. Jobs akan menjadi sebahagian daripada pengurusan
Steve boleh bersara tetapi tidak akan terus meninggalkan 
Apple.Steve akan menjadi sebahagian daripada keputusan strategik seperti yang terbukti dari e-mel beliau kepada rakan-rakannya. Jobs danApple mempunyai rancangan untuk menyediakan plan kesinambungan pihak pengurusan syarikat. Adalah menjadi tangungjawab Jobs dan pengurusan yang sedia ada untuk melaksanakan rancangan tersebut. Jobs masih akan berkhidmat walaupun tidak aktif seperti sekarang.
3. Apple telah membangunkan budaya
Organisasi ini menekankan budaya yang sangat kuat. Dalam budaya korporat, semua orang tahu apa yang mereka harus lakukan walaupun tidak ada peraturan yang perlu diikuti untuk menyelesaikan keadaan tertentu. 
Apple telah membangunkan satu budaya yang akan kekal walaupun selepas ketiadaan Jobs.
4. Jurutera dan pengaturcara
Di 
Apple, Steve Jobs tidak mencipta aturcara sendiri. Beliau mengumpul jurutera dan pengaturcara yang cemerlang untuk menghasilkan ciptaan dan inovasi yang bagus. Beliau tidak menghasilkan semuanya berseorangan. Jobs sudah pasti memberi kesan enigmanya kepada orang di sekelilingnya.
5. Apple telah berkembang menjadi suatu kultus
Perkara yang unik tentang 
Apple adalah perkembangannya menjadi suatu kultus dan rakyat memilih Apple semata-mata kerana ia adalahApple. Majoriti tidak akan menukar penggunaan jenama Applekepada jenama lain.
6. Wawasan oleh Tim Cook
Tim Cook, lelaki yang menggantikan Steve Jobs, mempunyai wawasan tersendiri. Beliau telah menjaga operasi harian syarikat sejak dahulu. Dia mesti menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa birokrat dan bekerjasama dengan pasukan pencipta untuk kejayaan yang berterusan, seperti yang dilakukan oleh Setve Jobs.
7. Apple mempunyai produk teras
Kejayaan sebuah syarikat bergantung kepada produk terasnya dan
Apple mempunyai 3 produk utama yang berjaya iaitu Mac, iPhonedan aplikasi iTunes atas talian. Nampaknya mereka akan mendahului orang lain dan mempunyai masa depan yang cukup baik sehingga suatu jangka masa yang agak lama.
8. Ketua Pegawai Eksekutif
Ketua Pegawai Eksekutif selalunya dinilai terlalu tinggi. Mereka kebanyakannya akan mendapat kredit yang lebih untuk sesuatu kejayaan atau terlalu disalahkan untuk sesuatu kegagalan. Sesebuah syarikat yang dikendalikan oleh beratus-ratus jurutera, pengurus dan lain-lain yang mempunyai minda yang pintar. Ya, Ketua Pegawai Eksekutif mungkin adalah pembuat keputusan muktamad tetapi penggantian Ketua Pegawai Eksekutif tidak seharusnya menjejaskan syarikat.
9. Kesilapan Jobs
Banyak yang telah diperkatakan tentang kejayaan Steve Jobs dan ide-ide kreatif dan bernasnya di 
Apple. Walau bagaimanapun, beliau juga pernah membuat kesilapan yang tidak dijangka. Sebagai contoh pelancaran iPhone pertama dengan pelan harga yang tidak bagus. Selain iPod, tiada produk lain menembusi pasaran dengan kadar yang munasabah.
10. Sejarah PixarPixar, pencipta filem animasi cemerlang seperti Toy Story, The Incredibles dan Wall-E. Steve Jobs merupakan pengerusi Pixar untuk tempoh yang agak lama. Tetapi atas sebab-sebab yang jelas Steve tidak menghabiskan banyak masa bekerja untuk Pixar. Dalam tempoh itu seluruh Pixar menghasilkan filem-filem animasi yang menakjubkan. Itu adalah bukti yang cukup bahawa kumpulan lain yang bekerja di Pixar juga mempunyai minda yang imaginatif dan kreatif.

Sabtu, 7 Januari 2012

kenapa aku mesti besedih?

Kenapa aku mesti bersedih?
sedang segala-galanya di atur Allah SWT.
Sifat Allah SWT Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Tak kan Dia nak menganiaya hambanya.
Dia tiada sifat seperti manusia...
yang minta balasan bila memberi...
manusia yang benci bila dikhianati...
rasa dengki bila membenci...
Allah Maha Esa...tiada yang dapat menandinginya...
Buka kan luas telapak tangan
Panjatkan doa keHadratNya
Dekatkan diri kepadaNya
Moga Alah sentiasa di hati
tiada gusar yang akan menimpa
Kenapa harus bersedih?
Sedang semua isi alam milikNya
Tiada satu pun akan kekal
tetapkan pendirian mengingatiNya
moga hati cekal menerima cubaanNya
Kenapa aku mesti bersedih?
Sedang Alah mendengar rintihan hambanya
asal hati mengingatinya
kala susah atau senang
tetapkanlah solat
tiang agama
hanya itu yang akan dihisabNya
teguh tiang teguh rumanya


Provided by All Famous Quotes

Follow my post