Isnin, 23 Mac 2009

ASEAN (versi BM)

Pengenalan


ASEAN adalah singkatan bagi Association of Southeast Asian Nations yang dikenali dalam bahasa Malaysia sebagai Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara. Ia ditubuhkan pada 8 Ogos 1967.


ASEAN yang dianggotai 10 negara mempunyai penduduk berjumlah kira-kira 515 juta orang yang terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya dan agama dengan jumlah keluasan lebih kurang 4.5 juta kilometer persegi.




Negara-negara Pengasas ASEAN


Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand.


Negara Anggota ASEAN Dan Tarikh Kemasukan
Malaysia 8 Ogos 1967

Indonesia 8 Ogos 1967

Filipina 8 Ogos 1967

Singapura 8 Ogos 1967

Thailand 8 Ogos 1967

Brunei Darussalam 7 Januari 1984

Vietnam 28 Julai 1995

Laos 23 Julai 1997

Myanmar 23 Julai 1997

Kemboja 30 April 1999




Sejarah


ASEAN atau Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 selepas satu sidang kemuncak diadakan di Bangkok dan dihadiri oleh perwakilan Kerajaan Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura. Dalam sidang kemuncak ini satu deklarasi telah ditandatangani, iaitu Deklarasi Bangkok. Deklarasi ini telah menjadi asas kepada pembentukan ASEAN. Pengisytiharan ASEAN telah ditandatangani oleh Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri Malaysia), Tun Adam Malik (Menteri Luar Indonesia), S. Rajaratnam (Menteri Luar Singapura), Thanat Khoman (Menteri Luar Thailand) dan N. Ramos (Setiausaha Luar Filipina).
Rantau ASEAN mempunyai populasi penduduk kira-kira 500 juta orang, dengan keluasan 4.5 juta kilometer persegi dan jumlah keluaran domestik bersama kira-kira US$ 737 billion.
Penyertaan Malaysia dalam ASEAN adalah berdasarkan keazaman Negara ini untuk menyelesaikan perbezaan politik dengan Filipina dan Singapura. Di samping itu, Malaysia berhasrat untuk menjalin hubungan yang erat dengan Indonesia yang dipimpin oleh Presiden Suharto. Pertikaian dan perbalahan politik semasa yang wujud di kawasan serantau dan keperluan untuk menyelesaikan masalah ini merupakan motif utama dalam menentukan kewujudan ASEAN. Ini diperkukuhkan lagi menerusi persefahaman bersama di kalangan lima buah Negara kawasan serantau mengenai sokongan pihak luar (dirujukkan kepada Negara China) bagi pemberontakan dalam negeri oleh pihak komunis.




Matlamat Penubuhan ASEAN


- Mempercepat pertumbuhan ekonomi, pembangunan sosial dan kemajuan budaya di rantau ini melalui kerjasama ke arah melahirkan komuniti Asia Tenggara yang aman dan makmur.
- Memupuk keamanan dan kestabilan serantau dengan menjungjung tinggi keadilan dan keluhuran undang-undang dari segi hubungan antara negara di rantau ini, di samping berpegang teguh pada prinsip-prinsip yang terkandung dalam Piagam Bangsa-bangsa Bersatu.
- Memupuk kerjasama serta semangat bantu-membantu dalam bidang pendidikan, professional, teknikal dan pentadbiran.
- Bekerjasama dengan lebih berkesan bagi memajukan bidang pertanian dan industri, meningkatkan perdagangan termasuk dengan membuat kajian mengenai perdagangan komoditi antarabangsa, memajukan kemudahan pengangkutan dan komuniksi serta memperbaiki taraf hidup penduduk.
- Memperbanyakkan lagi kajian mengenai Asia Tenggara.




Kerjasama Dalam Bidang Politik dan Keselamatan


Kerjasama dalam bidang politik dan keselamatan menjadi agenda utama ASEAN pada peringkat awal penubuhannya. Antara agenda penting ASEAN yang melibatkan isu-isu politik dan keselamatan ialah:
- ZOPFAN (Zon Aman, Bebas dn Berkecuali) 1971.
- Perjanjian Berbaik-baik dan Kerjasama Asia Tenggara (TAC) 1976.
- Deklarasi Konkord ASEAN 1976.
- Forum Serantau ASEAN (ARF) 1994.
- Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara 1995.




Kerjasama Dalam Bidang Ekonomi


Antara kerjasama ekonomi yang dilaksanakana oleh ASEAN ialah:
Projek Industri ASEAN 1976.
Skim Pelengkap INdustri ASEAN 1981.
Skim Usahasama Perindustrian ASEAN 1983.
Kawasan PErdagangan Bebas Asean (afta) 1992.
Skim Keutamaan Tarif Sama Rata Berkesan (CEPT) 1993.
Sidang Kemuncak ASEAN dan Negara Tuan Rumah
Sidang Kemuncak Pertama – Bali, Indonesia (1976)
Sidang Kemuncak Kedua - Kuala Lumpur, Malaysia (1977).
Sidang Kemuncak Ketiga – Manila, Filipina (1987).
Sidang Kemuncak Keempat – Singapura (1992).
Sidang Kemuncak Kelima – Bangkok, Thailand (1995).
Sidang Kemuncak Keenam – Hanoi, Vietnam (1998).
Sidang Kemuncak Ketujuh – Bandar Seri Bagawan, Brunei (2001)
Sidang Kemuncak Kelapan – Phnom Penh, Kemboja (2002).
Sidang Kemuncak ASEAN Dengan Rakan Dialog
Sidang Kemuncak ASEAN+3 Pertama – Kuala Lumpur, Malaysia (1997).
Sidang Kemuncak ASEAN+3 Kedua – Bangkok, Thailand (1998).
Sidang Kemuncak ASEAN+3 Ketiga – Manila, Filipina (1999).
Sidang Kemuncak ASEAN+3 Keempat – Singapura (2000)
Sidang Kemuncak ASEAN+3 Kelima – Bandar Seri Begawan, Brunei (2001).
Sidang Kemuncak ASEAN+3 Keenam – Phnom Penh, Kemboja (2002).
Rakan dialog ASEAN terdiri daripada China, Jepun, Korea Selatan dan India.

Tiada ulasan:


Provided by All Famous Quotes

Follow my post