Selasa, 3 Mac 2009

SEJARAH SEGAMAT



Segamat merupakan sebuah daerah paling tua di negeri Johor yang kaya dengan sejarah silamnya lalu ianya digelar "Daerah Lagenda".

Sejarah silam daerah Segamat sering dikaitkan dengan kehebatan kerajaan Malim Dewa yang kononnya pada suatu masa dahulu pernah wujud di satu kawasan luas merintangi Kuala Muar hinggalah ke hulu daerah Segamat. Menurut cerita orang tua-tua Putera kepada Raja Malim Dewa iaitu Raja Malim Deman pernah mencintai seorang Puteri yang bernama Puteri Santan Bertapis. Malangnya, Puteri yang digilakan oleh Malim Deman itu telah dibawa lari oleh seorang Putera dari kayangan. Kegagalan untuk mencari Puteri tersebut telah menyebabkan baginda membuat satu sumpahan iaitu selagi Puteri yang dicintainya itu tidak ditemuinya maka daerah Segamat akan dilanda banjir. Dengan demikian, daerah ini telah dikenali sebagai "Daerah Sumpahan Malim Deman".



Dari perspektif Sejarahnya pula, kira-kira 500 tahun yang lalu , peristiwa Bendahara Tepuk iaitu Bendahara Melaka yang terakhir berserta rombongannya telah melarikan diri ke Segamat apabila Melaka ditawan oleh Portugis. Tempat yang mula-mula didatangi oleh Bendahara Tepuk dan orang-orangnya ialah di satu kawasan berhampiran sungai Segamat. Kawasan tersebut berbukit-bukau dan terdapat sebatang anak sungai yang penuh dengan lubuk dan tebingnya pula batu-batu kecil putih berserakan. Justeru Bendahara Tepuk pun menamakan penempatan ini sebagai "Kampung Lubuk Batu".

Dan di pengkalan Lubuk Batu, kononnya terdapat 2 peristiwa penting telah berlaku. Pada hari Bendahara sampai ke Lubuk Batu itu cuaca sangat panas. Justeru, Bendahara Tepuk yang telah uzar dan tidak bergigi serta kakinya yang lumpuh terpaksa diusung ke pengkalan untuk mandi. Airnya yang jernih lagi sejuk betul-betul menyegarkan tubuh Bendahara lalu beliau pun berkata "Segar amat badanku ini". Kononnya perkataan "Segar Amat yang dilafazkan oleh Bendahara Tepuk itu lahirlah nama "Segamat".

Segamat juga disebut sebagai "Rantau Panjang" dalam abad ke-18. Ini ada kaitannya dengan keadaan muka bumi sekitar kawasan sungai Segamat pada masa itu. Menurut orang tua-tua, pada masa dahulu kawasan tebing sungai Segamat begitu lurus dengan pasir di tebingnya halus. Apabila terkena sinaran matahari, sepanjang tebing sungai kelihatan seperti hamparan permaidani putih. Air sungainya yang jernih dan berkilau-kilauan menambahkan lagi keindahan kawasan sekitar itu.

Orang-orang Segamat suka berkunjung ke sebuah kawasan bernama Pasir Jenaling untuk berkelah. Ia merupakan sebuah kawasan yang airnya jernih and pasirnya putih berhampiran dengan pengkalan Esah (sekarang terletak di belakang Pawagam Cathay). Orang-orang luar yang datang ke Segamat melalui sungai akan berhenti di pengkalan Esah di mana terdapat pokok-pokok Jambu and leban ditebing sungai. Keadaannya yang condong telah menamakan Segamat sabagai "Jambu Condong" dan "Leban Condong".

Reference
"Segamat - Sejarah & Mitosnya" by Drs. Ungku Mohd. Zaman Tahir

http://www.segamat.com/news/sejarah_segamat.html

Tiada ulasan:


Provided by All Famous Quotes

Follow my post