Khamis, 18 Disember 2008

ISAC

PENGENALAN

ISAC adalah singkatan kepada IT Skill Assessment and Certification. Ia merupakan satu alat bagi menentukan kesediaan personel sektor awam untuk bekerja dalam persekitaran Kerajaan Elektronik. Alat ini direka khas untuk menentukan keperluan persekitaran Malaysia, khususnya sektor awam.

OBJEKTIF

Objektif ISAC adalah untuk menilai :

Pengetahuan asas ICT dan
Kemahiran asas ICT dalam kontek komunikasi dan produktiviti

KURIKULUM

Bahagian 1 - Penilaian pengetahuan yang merangkumi :

Koridor Raya Multimedia
Kerajaan Elektronik
Pengetahuan asas komputer dan perkembangan ICT
Pakej/alat produktiviti umum
Internet dan email

Bahagian 2 - Menilai kemahiran dalam :

Mencari dan memperolehi maklumat menggunakan internet.
Menyediakan dokumen pemprosesan atau dokumen persembahan berkaitan dengan pengendalian tugas-tugas asas.
Berkomunikasi secara elektronik melalui emel.

FORMAT PENILAIAN

Bahagian 1 - Ujian pengetahuan yang mengandungi 40 soalan objektif yang perlu dijawab dalam masa 20 minit
Bahagian 2 - Ujian kemahiran yang mengandungi 3 soalan dan calon-calon dikehendaki menjawab semua soalan tersebut dalam masa 40 minit.

PERSIJILAN

Calon akan diberi sijil pengiktirafan sekiranya lulus kedua-dua bahagian dalam satu ujian yang sama.

PUSAT PENILAIAN ISAC

Penilaian ISAC boleh dijalankan di pusat-pusat ISAC seperti berikut :

INTAN Kampus Utama (INTAN Bukit Kiara)
INTAN Kampus Wilayah Utara (INTURA)
INTAN Kampus Wilayah Selatan (IKWAS)
INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM)
INTAN Sabah
INTAN Sarawak
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

UNTUK MENDUDUKI UJIAN ISAC SILA TULIS KEPADA :

Timbalan Pengarah (ICT),
Institut Tadbiran Awam Malaysia (INTAN),
Kampus Utama Bukit Kiara,
Jalan Bukit Kiara,
50480 Kuala Lumpur,
Kuala Lumpur.

[Sukatan Peperiksaan]

[Prosedur Mohon ISAC untuk Pengesahan dalam Perkhidmatan]

Nota:

Pastikan pakaian semasa menghadiri Penilaian ISAC adalah pakaian resmi pejabat bukan pakaian casual.

PERTANYAAN :

Unit Pembangunan Sistem I
Program Penyelidikan & Pembangunan ICT
Pusat Teknologi Pengurusan INTAN (IMATEC)
INTAN Bukit Kiara.
Emel : isachelp@intanbk.intan.my
Tel : 03-20847314

JADUAL & SENARAI PESERTA ISAC.


MUAT TURUN BROSUR

NOTA ISAC

Tiada ulasan:

Our Blues drama review -malay version

  Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...