Jumaat, 19 Disember 2008

Adakah anda menganggur?

Isu pengangguran merupakan isu yang agak serius pada masa kini. Ditambah pula dengan suasana kegawatan ekonomi dunia pada masa sekarang, isu ini kembali popular kerana ia bukan sahaja melibatkan golongan siswazah tetapi turut membabitkan golongan yang telah berkerjaya namun terpaksa diberhentikan atas alasan menjimatkan kos syarikat. Pada masa ini ramai orang tidak selesa dengan keadaan masing-masing dan mencari peluang lain dalam keadaan semua rakyat sedang sibuk untuk menjimatkan perbelanjaan mereka. Maka sudah tentulah keadaan ini agak membimbangkan.

Pada pendapat saya, rezeki Allah S.W.T itu ada di mana-mana. Namun ia terletak pada kebijaksanaan kita untuk mencapainya. Saya bercakap dari sudut pengalaman kerana sebelum ini juga saya adalah seorang siswazah yang menganggur.

Setelah tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dari Universiti Malaya kuala Lumpur saya berkahwin dan pada masa itu saya belum mempunyai pekerjaan. Konflik berlaku dalam diri saya kerana pada masa itu saya menyedari yang saya tidak begitu minat dalam bidang komputer. Lalu saya mencari peluang untuk menjadi guru. Bermula dengan seorang guru tusyen dirumah, saya mula mencari peluang untuk mengajar kerumah-rumah pelajar. Melalui cara ini saya dapat meningkatkan pendapatan dan pengalaman saya walaupun saya tidak bekerja tetap. Pendapatan agak lumayan kerana modal yang saya perlukan adalah minda dan minyak kereta. Saya memperolehi hampir RM 1,000 sebulan melalui tusyen dirumah saya sendiri dan kerumah pelajar (Home Tutor).

Setelah setahun mengajar saya didedahkan dengan bidang insuran. Saya mengambil peperiksaan Life Insurrance. Setelah lulus ujian tersebut saya menyertai Takaful ikhlas sebagai perunding takaful. Pendapatan sebagai perunding takaful juga sangat memberangsangkan dan pada masa itu saya menyedari yang saya sangat berminat dalam bidang perhubungan awam. Baru 6 bulan saya menyertai Takaful ikhlas, saya telah mendapat tawaran sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Daripada pengalaman saya ini saya dapat mempelajari banyak perkara terutamanya, kita perlu menghargai diri kita walaupun pada masa itu, tiada sesiapa pun yang tahu tentang kewujudan kita. Selain dari itu, bagi siswazah yang belum lagi mendapat pekerjaan di luar sana, jangan berasa rendah diri dan tekunlah atas apa yang kita minat. Suatu masa nanti apa yang kita inginkan akan dapat kita kecapi. Kejayaan seseorang tidak sahaja diukur dari tingginya pangkat atau gaji, tetapi ia juga mengambilkira kejayaan kita dalam membina diri kita dan keturunan kita agar berbakti kepada negara dan agama.

Tiada ulasan:

Our Blues drama review -malay version

  Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...