Rabu, 17 Disember 2008

Mutiara (Pearl)

Pearl (mutiara) merupakan batu permata yang bukannya dihasilkan dari alam semulajadi tetapi dihasilkan oleh tiram. Pearl merupakan batu permata yang organik yang terjadi apabila tiram menyelaputi sesuatu bahan dengan nacre (sejenis bahan gentian organik yang dihasilkan oleh tiram dan haiwan jenis moluska sebagai cengkerang). Dahulu, pearl dianggap sebagai aset bagi kewangan dan boleh ditandingi dengan harta kerana kesukaran untuk mendapatkannya. Beribu-ribu tiram terpaksa diburu hanya untuk mendapatkan satu butir pearl. Ini kerana pearl sangat sukar ditemui dan hanya terjadi dengan kebetulan sahaja.

Pearl pada hari ini dikultur oleh manusia. Satu bebola kecil dari gentian atau cengkerang diletakkan di dalam tiram dan tiram tersebut dilepaskan semula ke dalam air. Selang beberapa tahun, tiram itu akan dikutip dan pearl akan terhasil kerana tiram tersebut telah menyelaputi bebola tersebut dengan bahan organik yang dinamakan nacre seperti yang telah dinyatakan sebelum ini. Jepun merupakan pengeluar utama "cultured pearl" (pearl yang dikultur). Di dalam air yang bersuhu tinggi di Pasifik Selatan, tiram dikultur bagi menghasilkan pearl yang lebih besar, manakala di Tahitian, "black pearl" dikultur dan dikeluarkan di situ. Pearl dari tiram air tawar dikultur di China.

Pearl terbahagi kepada beberapa jenis iaitu;
Pearl semulajadi (tanpa campur tangan manusia)
Pearl yang dikultur ("cultured pearl" ini telah diperkenalkan sejak 1893)
"Baroque pearl" (pearl yang mempunyai bentuk yang pelik)
"Blister pearl" (Pearl yang terhasil di bahagian dalam cengkerang)
"Biwa pearl" (pearl yang mempunyai bentuk yang pelik dan didapati di Tasik Biwa, Jepun)
"Black pearl" (pearl yang berwarna hitam)
Pearl air tawar ("fresh water pearl" mempunyai bentuk seperti gumpalan nasi)
"Mabe pearl" (blister pearl yang dikultur)
"Seed pearl" (kecil dan banyak digunakan oleh permata Victorian dan dijahit pada baju).

Pearl mempunyai varieti warna putih, putih kekuningan, kuning, pink, dan hitam. Bentuknya tidak semestinya bulat yang sempurna walaupun pada kebiasaannya pearl sering dilihat berbentuk bulat sempurna. Pearl yang dikultur mahupun secara asli mengambil masa sekurang-kurangnya 7 hingga 8 tahun untuk dihasilkan. Pearl mempunyai kekerasan 2.5 hingga 4.5 pada skala Mohs. Penjagaan yang rapi diperlukan bagi pearl. Cahaya yang dipancarkan oleh pearl terjadi daripada lapisan yang berlapis membentuk karakteristik luster (kilauan) yang menarik.

Pearl yang berharga semestinya yang dihasilkan secara semulajadi. "Black pearl" juga mempunyai nilai yang baik di pasaran. Di Jepun, industri pearl yang dikultur diterajui oleh "Mikimoto Pearl". Mikimoto adalah nama tempat dimana pearl yang dikultur di situ mempunyai kualiti yang tinggi dan didapati dalam pasaran antarabangsa dengan harga yang tinggi di atas permintaan pasaran yang baik. Namun begitu, pearl yang berharga dinilai dari kilauan cahaya yang dihasilkan oleh "orient luster". Pearl yang baik tidak mempunyai sebarang kecacatan pada teksturnya. Warna merah jambu yang dikenali sebagai "rose tint" merupakan kegemaran ramai peminat.

Pearl dikeluarkan di Jepun (laut dan tasik air masin), China (air tawar), India dan Sri Lanka (bahagian kepulauan dan teluk), Laut Merah, Laut Pasifik Selatan, dan Teluk Tahitian. Selain itu, Scotland, Ireland, France, Austria, German, dan Amerika Syarikat (Mississippi) mengeluarkan pearl air tawar. Pearl asli dikeluarkan dari Jepun, Teluk Gulf, Teluk Manaar (Lautan Hindi), dan Laut Merah sejak ribuan tahun lagi. Malaysia juga mempunyai rekod di dalam pengeluaran pearl.

Pearl merupakan birthstone bagi bulan Jun. Dalam mitos China, pearl merupakan air mata naga yang jatuh dari langit ketika naga sedang bertempur sesama sendiri. Tamadun Greek pula percaya pearl merupakan air mata dewa-dewa dan percaya pearl boleh mengabulkan permintaan mereka dari dewa dan menghalang perkahwinan dari putus. Namun demikian, kepercayaan tentang pearl di dalam tamadun lama hanyalah tinggal legenda semata-mata.

Tiada ulasan:

Our Blues drama review -malay version

  Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...