Rabu, 17 Disember 2008

Diamond

Diamond ialah karbon allotrop dimana atom karbon tersusun di dalam bentuk kristal isometrik-heksoktahedral (allotrop karbon termasuk grafit dan fullerena). Diamond merupakan batu permata yang paling keras di dunia, dengan nilai 10 pada skala kekerasan Mohs. Diamond juga mempunyai keupayaan menyerakkan cahaya yang tinggi dan perkataan (diamond) diambil daripada bahasa Greek "adamas" ("mustahil untuk dijinakkan") bagi menunjukkan sifat cahaya yang dipancarkannya amat mustahil untuk "dijinakkan." Diamond merupakan mineral galian yang terkenal kerana kualiti fizikalnya yang hebat terutama dari segi kekerasan untuk industri dan perhiasan.

Diamond merupakan bahan terbaik bagi perkakasan memotong dan pelicin serta penggunaan biasa termasuk mata gergaji dan mata penggerudi. Ini kerana kekerasan diamond yang tinggi dan diamond hanya boleh dicalar atau dipotong dengan diamond. Serbuk diamond sering digunakan sebagai bahan geseran (abbrasive). Dianggarkan lebih 130 juta karat (26,000 kg) diamond dilombong setahun dan daripada jumlah itu hampir US$9 billion diamond atau 100,000 kg diamond dihasilkan secara sintetik setiap tahun.

Diamond di dalam sejarah telah digunakan sebagai ikon keagamaan di India dan kegunaannya sebagai alat pengukir telah direkodkan dalam sejarah awal manusia. Populariti diamond mula meningkat pada abad ke 19 kerana bekalan yang meningkat, teknik potongan yang diperbaiki, perkembangan ekonomi dunia, dan kempen pengiklanan yang inovatif dan berjaya. Diamond dinilai dengan menggunakan istilah “four Cs” (4 C): carat, clarity (kejernihan), color (warna), dan cut (potongan).

Diamond dilombong di dalam paip kimberlite dan lamproite gunung berapi. Secara kasarnya, hampir 49% diamond berasal dari bahagian utara Afrika, selain daripada negara pengeluar lain seperti Kanada, India, Russia, Brazil dan Australia. Pembentukan diamond memerlukan keadaan yang sangat spesifik. Pembentukan diamond memerlukan bahan yang mengandungi karbon terdedah kepada tekanan yang tinggi (diantara 45 hingga 60 kilobar) dan suhu diantara 900–1300°C. Keadaan ini hanya ditemui di dua tempat atas muka bumi ini; bahagian mantel litosferik di bawah plat benua yang stabil dan kawah di mana meteorite jatuh.

Tiada ulasan:

Our Blues drama review -malay version

  Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...