Selasa, 5 Jun 2012

Ikan Asam Nenas

Hidangan sihat, Ikan Asam Nenas

Hari ni puasa, jadi petang tadi lepas balik keje terus masuk dapur.

Resepi harini mmg dah di rancang dari weekend lalu..jadinya dah beli nenas simpan dalam fridge. Simple je resepi ni..boleh disiapkan dalam masa 15 minit jew...

Mula-mula, masak nasi dulu ye...ok now start.

Bahan utama :
1. Ikan Kembung 6 ekor (ikut selera) - apa-apa ikan pun boleh...cuci bersih dan pastinya yang segar dari ladang.
2. 1/2 biji Nenas dipotong-potong. Nenas yang baru nak masak...macam mana nak tau..tgk kulit,pilih yg belum kuning.
3. Serai 1 atau 2 batang.

Bahan kisar :
1. Cili merah 3 batang (kalau suka pedas, boleh guna cili padi merah)
2. Sebiji tomato (secret recipe ni tau....)
3. Satu sudu kecil serbuk kunyit

Mula-mula, masukan bahan kisar ke dalam periuk, campurkan 3 cawan air....didihkan. Apabila mendidih masukan nenas, ikan dan serai...didihkan lagi...akhir sekali masukan garam secukup rasa....

Tak perlu tambah gula sebab nenas sudah agak manis. Tak perlu asam keping sebab nenas dah cukup masam. Just nice.....

Bila semua dah mendidih dan ikan cukup masak, angkat dan boleh disantap dengan nasi panas...sediakan sedikit ulaman dan jangan lupa sambal tempoyak..hehe

Selamat mencuba!!!

Tiada ulasan:

Our Blues drama review -malay version

  Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...