Isnin, 25 November 2013

Boleh kah menyusu anak semasa sakit

BOLEHKAN MENYUSUKAN ANAK KETIKA IBU DEMAM?

SOALAN:
Assalammualaikum, doctor saya ingin pandangan doctor, apakah kesan pada anak kalau seorang ibu yang demam meyusukan anak itu (breast feeding).

Sebagai manusia, kita sering mengalami demam. Cuma ada kalanya kita tidak perasan yang kita mengalami demam, kerana demam yang rendah selalunya akan sembuh tanpa diberikan ubat.

Demam dapat diukur dengan menggunakan alat thermometer. Fever selalu didefinasikan sebagai peningkatan suhu badan melebihi suhu badan yang normal, iaitu 36.5–37.5 °C (98–100 °F). 

Secara am apabila seseorang itu mengalami kenaikan suhu, beliau akan mengalami rasa sejuk walaupun suhu badan meningkat. 

Apabila peningkatan suhu semakin tinggi, beliau akan merasakan rasa merasa panas dan ‘tidak sihat’.

Ramai yang agak keliru dan risau dengan kemudharatan yang mungkin dialami oleh anak yang disusui oleh ibu yang sedang mengalami demam. Secara logik pemikiran, seorang ibu yang sedang sakit dan demam akan menyebarkan penyakitnya kepada anak yang disusui. Namun ini tidak benar.

Banyak pendapat-pendapat dari pakar perubatan, bahawa penyususan susu ibu harus diteruskan walaupun seorang itu sedang mengalami demam. Apabila seorang ibu sedang ‘demam biasa’ seperti selsema, sakit tekak, batuk, mereka digalakkan untuk terus menyusukan anak mereka. Ia tidak memudharatkan anak yang disusui. 

Cuma apabila mendapatkan rawatan, harus memberitahu doktor bahawa dia sedang menyusukan anak, agar doktor akan memastikan ubat yang diberikan untuk merawat ibu yang demam itu selamat untuk diberikan kepada mereka.

Dalam kebanyakan kes-kes demam, tidak satu pun yang menghalang pemberian susu kepada anak kecuali pesakit HIV atau keadaan itu terlalu lemah. Di Negara-negara maju, pesakit HIV sememangnya dilarang memberikan susu kepada anak mereka.

Sebagai contoh lagi, jika seorang ibu disyaki mengalami penyakit “keracunan makanan”, penyususan badan harus diteruskan, asalkan simptom yang dialami hanya melibatkan sistem penghadaman usus saja. 

Jika kuman penyakit itu telah memasuki sistem peredaran darah (septicaemia), dibimbangi kuman-kuman itu telah memasuki susu ibu. Dalam kes seperti ini, ibu yang demam dan sakit tidak dibenarkan menyusukan anak mereka. 

Selain itu jika ibu yang demam dan sakit telah dimasukkan ke hospital kerana keadaan fizikal terlalu lemah, maka penyusuan juga boleh ditangguhkan sehingga mereka sihat. 

Doktor pakar perubatan juga berpendapat bahawa menyekat penyusuan ibu di waktu sedang ‘demam biasa’ boleh menyebabkan bayi akan mudah jatuh sakit dan demam kerana tidak mendapat perlindungan dari susu ibu.

Teruskanlah menyusukan anak kerana susu ibu akan memberikan perlindungan kepada bayi yang disusui daripada kuman-kuman yang telah mengakibatkan ibu mereka demam. Ini kerana susu ibu kaya dengan nutrient dan antibodi melawan kuman. 

Apabila seorang ibu mengalami demam, maka terdapat reaksi immunologi, iaitu pembentukan antibodi yang dipercepatkan dengan suhu tinggi yang dialami oleh ibu dan antibody ini disalurkan kepada susu ibu. 

(rujuk: Schulman CI, Namias N, Doherty J, Manning RJ, Li P, Elhaddad A, Lasko D, Amortegui J et al (2005). "The effect of antipyretic therapy upon outcomes in critically ill patients: a randomized, prospective study". Surgical infections 6 (4): 369–75)

Antara reaksi immunologi yang berlaku ialah:
1. Meningkatkan pergerakan leukocytes.
2. Menggalakan sel darah putih memusnahkan kuman
3. Mengurangkan kesan toksin
4. Memperbanyakkan sel-sel antibodi (T-cells)
(rujuk: Craven, R and Hirnle, C. (2006). “Fundamentals of nursing: Human health and function”. Fourth edition. p. 1044

Ibu yang demam juga digalakkan agar mengamalkan kebersihan diri untuk mengelakkan bayi mereka dijangkiti seperti membasuh tangan sekerap yang mungkin, mengelakkan batuk atau bersin kepada muka bayi. 

Masalah yang sering dihadapi oleh ibu yang demam ialah mereka tidak mempunyai selera untuk makan, sedangkan untuk memastikan pengeluaran susu ibu yang banyak, seorang ibu harus menjaga pemakanan dan minum dengan banyak. Jika tidak beliau tidak mampu mengekalkan bekalan susu yang harus diberikan kepada anak-anak mereka.

Jadi teruskan menyusukan menyusu bayi untuk kebaikan bayi itu sendiri.

Wallahu a’lam.

http://drzubaidi.com/blog

Tiada ulasan:

Our Blues drama review -malay version

  Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...