Semenjak berita penangkapan Dr. Asri menggemparkan seluruh Malaysia, saya seakan-akan baru mula tersedar akan perbezaan pandangan yang di bawa oleh beliau. Saya selalu membaca penulisan beliau dalam Blog Minda Tajdid, namun mungkin kerana sifat yang tidak kritis dan cetek ilmu agama, saya tidak mengkaji perbezaan tersebut.
Setakat yang saya belajar dan saya faham, Agama Islam mempunyai 4 sumber rujukan yang diterima umum iaitu Al-Quran, Sunnah, Hadith dan Ijma'. Al-Quran merupakan sumber rujukan utama ummat islam namun terjemahan Al-Quran ini mempunyai banyak pendapat. Sunnah merupakan amalan yang lebih kepada perbuatan Rasulullah SAW yang merupakan nabi akhir zaman. Baginda telah menyempurnakan segala ajaran islam untuk diamalkan oleh seluruh ummat akhir zaman. Hadith adalah segala percakapan Rasulullah yang disampaikan dari mulut kemulut dan terdapat beberapa jenis hadith yang boleh dipakai sebagai rujukan. Akhir sekali Ijma' adalah pendapat ulama-ulama yang terpilih yang akan berbincang tentang hukum sesuatu isu dan mereka menghuraikan islam mengikut keadaan dan situasi setempat. Ulama adalah pewaris nabi, maka di Malaysia, ia dinamakan pendapat Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Hanya empat ini rujukan Islam dan segala persoalan mengenainya perlulah diserahkan kepada yang berhak. Sekiranya ada sebilangan pendapat yang bercanggah dengan ASWJ, maka perlu kembali semula merujuk kepada ASWJ untuk dipastikan.
Jadi dalam isu ini, bukanlah tugas saya untuk menyalahkan sesiapa. Sebagai seorang yang beragama islam, saya sangat mengharapkan agar segala amalan dan ibadah saya diterima oleh Allah SWT. Jangan lah ada sebarang penyelewengan yang boleh mempengaruhi minda kita dari terus mengamalkan islam yang sebenarnya. Saya berfikir, jika ulama-ulama di Malaysia saling bercanggah pendapat, bagaimanakah kredibiliti mereka dalam menjadi sumber rujukan ummat islam?
Saya pun berasa pelik bagaimana seorang ustaz mendapat sokongan dari rakan-rakan artis yang selama ini saya fikir tidak pernah menjadikan golongan ulama sebagai idola mereka. Selama ini saya melihat kebanyakan fatwa dari ulama tidak dihiraukan malah dipersoalkan. Namun dalam isu ini, Dr. Asri mendapat sokongan belakang, dari artis-artis. Dari situ saya berasa sangat pelik dan membuat saya berfikir.
Saya memohon maaf sekiranya ada individu yang tidak berpuas hati dengan pandangan saya ini. Walaupun saya bukanlah seorang yang belajar agama dengan mendalam, tetapi dari basic ilmu yang saya sebutkan di atas tadi, saya yakin dengan pendirian dan pegangan saya terhadap islam di Malaysia yang menjadikan ASWJ sebagai rujukan utama agama islam di Malaysia.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Our Blues drama review -malay version
Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...
-
Hidup ini ada pasang surutnya, kadang-kadang kita tiada kawan pada saat-saat kita sangat memerlukan kawan. Tapi kita ada diri kita sendiri, ...
-
KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH(KPLI) SUDAH BOLEH DISEMAK MELALUI LAMAN WEB tarikh peperiksaan MTEST 28 MARCH 2009 http://apps.emoe.gov.my/k...
-
PENGENALAN ISAC adalah singkatan kepada IT Skill Assessment and Certification. Ia merupakan satu alat bagi menentukan kesediaan personel ...
1 ulasan:
Bacaan tambahan :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1117&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm
Catat Ulasan