Kes kehilangan anak kesayangan sememangnya suatu yang menyedihkan. Tambahan pula jika telah ditakdirkan yang anak tersebut hilang selama-lamanya tanpa dijumpai dan mendengar khabar berita tentangnya. Bagi ibu bapa ini merupakan satu dugaan yang amat hebat dan kalau boleh ingin dihindari oleh sesiapa sahaja.
Saya juga merupakan seorang ibu dan memahami situasi seperti ini. Perkara seperti ini boleh kita elakkan sebelum berlaku. Setiap ibu bapa perlu mengambil langkah berjaga-jaga setiap hari apabila melepaskan kanak-kanak keluar dari rumah. Saya ada beberapa tips yang boleh kita kongsi dan bincangkan bersama.
1. Hindari tempat-tempat yang sesak dan berisiko tinggi yang boleh membahayakan keselamatan anak-anak.
Jika boleh, tinggalkan anak bersama pengasuh jika benar-benar terpaksa ke tempat tersebut. Di Kuala Lumpur khasnya, banyak tempat yang kita ketahui memang tinggikadar kesesakkannya seperti Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Chow Kit dan banyak lagi. Kawasan ini sememangnya telah kita ketahui banyak jenayah seperti ragut dan 'pick pocket' berlaku. selain dari bahaya jenayah, tempat-tempat awam seperti ini juga terdedah dengan kuman atau virus yang boleh berjangkit.
2. Benarkan anak-anak membawa beg sandang.
Tujuan membawa beg sandang adalah supaya ibu bapa dapat menulis nama dan nombor telefon untuk disimpan di dalam beg anak-anak agar sekiranya sesuatu berlaku, pihak ketiga dapat merujuk kepada maklumat tersebut. Namun mungkin sesetengah ibu bapa rasa ragu dengan tindakan ini. Jika tidak anda juga boleh menyelitkan maklumat tersebut ke dalam kocek si manja.
3. Jangan pakaikan anak dengan barang kemas
Ini memang seolah-olah anda menyerahkan anak anda kepada penjenayah. Sekalipun ia adalah barang kemas tiruan, elakkan sama sekali.
4. Awasi anak-anak semasa membeli belah
Antara ibu dan bapa mestilah ada seorang yang akan memantau anak-anak semasa di pusat membeli belah. kanak-kanak memang susah dikawal kerana biasanya mereka akan leka bermain atau berjalan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Jadi ibu bapa perlu lah sentiasa memerhati anak mereka sambil sibuk membeli belah.
5. Jangan biarkan anak keluar sendiri tanpa ditemani orang dewasa
Sesetengah ibu bapa merasa ia akan mengongkong anak mereka. Tetapi bagi saya, itulah hakikatnya demi menjaga keselamatan mereka.
6. Keluar bersama ibu bapa
Ada baiknya jika ibu bapa sentiasa meluangkan masa untuk anak-anak sekiranya mereka perlu keluar untuk membeli keperluan atau bertemu rakan. Jika anda benar-benar yakin yang anak anda akan selamat, teruskanlah....
7. Ajar anak mengetahui nama ibu, bapa dan keluarga terdekat malah nombor telefon
Ajar anak-anak bercakap nama mereka, nama penjaga, tempat tinggal dan lebih baik lagi nombor telefon anda. Lebih baik lagi, ajar anak menggunakan telefon dan nombor kecemasan.
8. Ajar anak supaya tidak mempercayai orang yang tidak dikenali.
Tunjuk gambar keluarganya dan uji ingatan anak-anak dengan menyebut nama keluarga dalam gambar. Sentiasa tanamkan dalam hati mereka supaya mencurigaiorang yang tidak dikenali.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil sebelum sesuatu perkara buruk itu berlaku. langkah pencegahan seperti ini bukan sahaja boleh mencegah jenayah malah memastikan keselamatan sosial anak anda terjamin. Sebagai ibu bapa, kita perlu prihatin dengan persekitaran anak-anak kerana situasi sekarang tidak sama lagi dengan situasi kita pada zaman dahulu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Our Blues drama review -malay version
Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...
-
Hidup ini ada pasang surutnya, kadang-kadang kita tiada kawan pada saat-saat kita sangat memerlukan kawan. Tapi kita ada diri kita sendiri, ...
-
KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH(KPLI) SUDAH BOLEH DISEMAK MELALUI LAMAN WEB tarikh peperiksaan MTEST 28 MARCH 2009 http://apps.emoe.gov.my/k...
-
PENGENALAN ISAC adalah singkatan kepada IT Skill Assessment and Certification. Ia merupakan satu alat bagi menentukan kesediaan personel ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan