Hari ini saya menghadiri kursus di Kota Bharu. Lokasinya adalah Hotel Ridel yang terletak betul-betul di tepi sungai Kelantan. Ini adalah kali ke dua saya menjejakkan kaki di sini. Lokasi yang agak jauh menyebabkan kurang ke sini.
Kalau tak kerana kewajipan tugas, memang saya malas menghadiri kursus ini. Memandangkan ia berlansung pada hujung minggu iaitu waktu bersama keluarga. Tapi perlu cekalkan hati kerana pergi untuk menimba ilmu dan pengalaman.
Cuaca di nilai cerah. walaupun renyai-renyai sekali sekala. Namun masih baik berbanding Kota Bharu. Sejak semalam saya mendengar berita tentang cuaca hujan di Kelantan yang menyebabkan sesetengah kawasannya telah dinaiki air. Namun tidak di bandar Kota Bharu. Saya berharap agar ia tidak akan menjejaskan aktiviti di sini kerana saya perlu balik pada hari ahad.
Penerbangan Air Asia berjalan dengan lancar. Jam 1.40 ptg kami berlepas. Cuaca KLIA ok cuma bila masuk ke awan, hanya /awan tebal sahaja yang dapat dilihat dari tingkap kapal terbang. Kapal tak berapa penuh. Saya dihidangkan nasi lemak ayam. Saya makan sampai habis sebab perut memang lapar.
Habis makan tiba pula waktu mendarat. Kapal bergegar kerana awan tebal semasa pesawat nak merendahkan kedudukan. Sedikit demi sedikit ia turun, gegaran tetap terasa. Kadang-kadang terasa pesawat hilang ketinggian. turun naik sampai bandar KB dapat dilihhat. Namun kapal tak dapat mendarat juga sehingga terpaksa naik semula. Saya mengira dalam tiga kali pesawat berbuat demikian. Pilot yang bertugas tidak cakap banyak. Saya rasa pilot tu orang baru, muda lagi. dari suara dia bercakap. Rasanye begitulah.
Akhirnya setelah gagal mendarat, pilot mengumumkan yang dia terpaksa berpatah balik ke LCCT kerana keadaan cuaca yang tak mengizinkan. memang terasa angin lintang menerjah pesawat. Goyang-goyang, masa tu Tuhan saje yang tahu betapa takutnya. Bila kita di atas awan, tak ada pilihan yang boleh dilakukan bila menghadapi situasi cemas macam ni. Terjun tak boleh. Buka tingkap tak boleh. Kepercayaan sepenuhnya diberikan kepada pilot yang bertugas. Bertawakal lah.......
Sampai di LCCT ada kapal lain yang sedang menanti kami. Kami pun bertukar kapal. Pakcik dan makcik yang duduk di sebelah saya membatalkan niat mereka untuk terus terbang. Takut katanya dan tidak sanggup menghadapi risiko. Kesian saya pada pasangan tu. Nak buat macam mana. Memang tak ada pilihan. Tapi saya tetap ingin meneruskan perjalanan ini walaupun tak pasti sama ada kali ini kami dapat mendarat atau tidak.
Dalam penerbangan kedua, saya di tawarkan "free sit", duduk lah mana-mana yang kosong. Ada pasangan tu membawa anak kecil bersama. belum setahun pun anak itu. Terpaksa meredah hujan renyai untuk naik pesawat Air Asia. seperti yang anda maklum, LCCT tidak menawarkan tangga yang bersambung ke pintu. Penumpang perlu berjalan kaki bagi menaiki pesawat. Terdetik dalam hati saya, tidak ada kah krew Air Asia yang ingin memayungkan bayi tersebut? Kesiannya dia.....
Sebelum naik tadi, ada penumpang terjatuh kerana terlanggar beg penumpang lain. Dalam hati saya terdetik, mungkin kami pun serabut dengan penerbangan sebelumnya. Kaki dan lutut bergegar dan terpaksa berjalan jauh dari kapal ke kapal lain, menyebabkan kami keletihan.
Kali ini perjalanan berjalan lancar. Saya dengar pilot bertugas memberi salam dan selamat sejahtera kepada penumpang. Lega hati saya apabila dapat mendengar suara pilot bertugas. Saya yakin penumpang lain pun berasa demikian. Apatahnya kami mengharapkan beliau seorang yang dapat memandu kami mendarat dengan selamat di Kota Bharu. Pada dia disandarkan kepercayaan. Tambahan pula kami telah melalui situasi yang cemas tadi.
Dalam hati saya berdoa, agar Allah selamat kan pendaratan kami. Rahmati kami yang ingin melawat Kelantan yang memang kita kenali sebagai Negeri Serambi Mekah. Negeri yang kita ketahui secara tradisionalnya mengamalkan islam dalam semua aspek. Dan kami yang ingin melawat Kelantan juga mempunyai niat yang baik iaitu ingin menimba ilmu, kerana tugas, ingin melawat saudara mara, ingin pulang melawat ibu bapa dan ingin berniaga. Alhamdulillah, tepat jam 4.40 petang kami mendarat dengan mudah. Bila tayar pesawat menjejak tanah, lega terasa. dan inilah yang semuua penumpang dapat rasakan.
semasa berbaris keluar, saya nampak, pilot pesawat keluar dari kabin. Saya jarang melihat situasi begini walaupun dengan penerbangan MAS. Saya dapat rasakan yang kami amat dihargai. Saya sempat mengucapkan terima kasih kepada kapten tersebut. Kata saya "terima kasih kerana kami dapat mendarat, tadi tak dapat landing pun....." saya rasa dia faham. Dia mengangguk-angguk kepala sambil senyum. Kacak pilot tu. Tapi yang penting dia orang islam.
Begitulah perjalanan ke Kota Bharu pada hari ini. Moralnya, hargailah diri kita bila berdiri di atas muka bumi. Memandu di jalan raya.......hargailah diri kita kerana kita yang mengemudi kenderaan itu dan bukan orang lain. Di atas muka bumi, kita banyak pilihan untuk bertindak. tetapi jika di atas awan atau di dalam air mahupun di dalam tanah, kita hanya mampu bertawakkal pada Alah SWT.
Saya menulis cerita ini adalah sekadar berkongsi pengalaman. Di sini juga pentingnya perana pilot dan Pegawai Kawalan Trafik Udara dalam menentukan keselamatan penumpang kapal. Saat-saat cemas ini mungkin tidak dialami oleh ATCO di menara kawalan. namun dengan tanggungjawab dan kredibiliti, mereka perlu peka dengan segala situasi ini. Kerana bukan seorang dua, tapi beratus-ratus nyawa akan melayang hanya kerana sedikit kecuaian. Semua perkara tidak boleh diambil remah. Jika ATCO di Kota Bharu tidak sensitif dengan cuaca dan angin di sana, mungkin kami tak selamat. Maka tahap kepekaan mereka perlu tinggi.
Jadi kepada semua bakal-bakal ATCO yang nak temuduga nanti, boleh baca dan rasai pengalaman kami. agar nanti kamu semua dapat menjadi ATCO yang bertanggungjawab.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Our Blues drama review -malay version
Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...
-
Hidup ini ada pasang surutnya, kadang-kadang kita tiada kawan pada saat-saat kita sangat memerlukan kawan. Tapi kita ada diri kita sendiri, ...
-
KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH(KPLI) SUDAH BOLEH DISEMAK MELALUI LAMAN WEB tarikh peperiksaan MTEST 28 MARCH 2009 http://apps.emoe.gov.my/k...
-
PENGENALAN ISAC adalah singkatan kepada IT Skill Assessment and Certification. Ia merupakan satu alat bagi menentukan kesediaan personel ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan