Khamis, 9 Oktober 2008

Penyusuan Bayi

Bermula sejak kelahiran Hakim (anak pertama) lagi saya telah mempraktikkan kaedah penyusuan badan. Sekarang saya sedang menyusukan Nadia (anak saya yang kedua) dan kini anak saya berumur 11 bulan. Saya masih meneruskannya kerana saya rasa susu ibu sememangnya makanan yang terbaik untuk anak-anak saya. Selain dari itu saya juga dapat merasakan bahawa ikatan kasih sayang antara anak-anak dan saya sangat erat.
Semalam seorang rakan saya telah bertanyakan soalan kepada saya. Katanya “ Bagaimana nak membanyakkan air susu?”. Saya terdiam seketika semasa soalan itu diajukan kepada saya namun dengan pengalaman yang saya ada, saya pun menjawab persoalan itu dengan ringkas dan padat. Justeru saya ingin berkongsi pendapat dengan rakan-rakan diluar sana yang mungkin mengalami masalah yang sama.
Sedari anak lahir, semua kaum ibu akan dianugerahkan keistimewaan ini. Semasa itu, air susu adalah sedikit dan warnanya seakan kekuningan. Namun usah risau kerana susu tersebut merupakan susu awal yang sangat tinggi khasiat dan antibiotik untuk bayi. Teruskan memnyusukan bayi sekerap yang mungkin kerana ini akan merangsang pengeluaran air susu. Kadang-kadang kita rasa perit kerana bayi akan menyusu dengan kuat. Namun ini boleh dikurangkan dengan teknik penyusuan yang betul contohnya posisi bayi menyusu, dan berehatlah semasa menyusukan bayi (jangan rasa tertekan).
Seterusnya, si ibu juga perlu mangambil makanan yang seimbang. Protein, karbohidrat dan vitamin perlu dititikberatkan dalam makanan seharian. Pengambilan sup sayur telah dibuktikan boleh meningkatkan pengeluaran air susu. Hindari makanan pedas, berbau (petai dan jering) dan berkafein kerana makanan ini boleh mempengaruhi kandungan air susu dan mungkin boleh menyebabkan perut bayi tidak selesa. Jangan membiarkan perut kosong kerana bayi juga akan merasa tidak kenyang dengan susu yang diminum dan boleh juga menyebabkan kembung perut.
Saya juga meminum air yang banyak kerana selain tubuh memerlukan air yang cukup, bayi juga memerlukannya. Dengan lain perkataan, anda berkongsi dengan bayi anda. Maka air yang bersih sangat penting untuk ibu.
Kaedah urutan mahupun tradisional dan moden juga boleh membantu. Jika di kampong, bidan akan mengurut si ibu untuk menggalakan air susu tetapi di bandar saya tidak pasti, bagaimana kaedah urutan tersebut. Jika sukar, anda boleh juga membuat senaman reganganyang ringan dan jangan sesekali membahayakan diri sendiri. Buatlah mengikut kemampuan.
Akhir sekali minda yang positif penting semasa atau sebelum kita menyusukan anak kita. Ini sangat penting kerana otak mengawal kadar hormon seseorang. Berdoalah agar kita dapat memberi anak kita makanan dan didikan yang terbaik.
Semoga dengan tips saya yang tak seberapa ini dapat membantu rakan-rakan. Jika ada lagi sebarang tips yang berguna, boleh juga dikongsikan dengan saya.

Tiada ulasan:

Our Blues drama review -malay version

  Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...