Rabu, 22 Oktober 2008

Think Positive!

Agak lama juga saya tidak menulis dalam blog ini. Saya ingin memohon maaf sekiranya rakan-rakan ternanti-nanti coretan terbaru saya. Minggu lepas saya agak sibuk dengan tugas di luar dan langsung tak dapat menulis apa-apa. Namun ada cerita yang saya ingin kongsikan dengan saudara semua.

Saya telah didatangi oleh seorang pegawai yang agak tinggi pangkatnya dari saya. Beliau telah bertanyakan kepada saya satu persoalan yang saya rasa kalian selalu mendengarnya, “Saya tak nak pakai kot ni, warnanya tak sesuai sangat dengan seluar saya”.

Saya cuba meyakinkan yang kot itu sesuai, berbanding sekiranya beliau tidak memakai kot tersebut. Mendengar kenyataan saya itu, beliau [pun memakai semula kot itu dan meminta pendapat saya tentang penampilan beliau. Saya dengan ikhlas menjawab, “ok, perfect!”. Beliau pun berlalu untuk menghadiri satu majlis yang beliau sendiri menjadi vip nye.

Rentetan dari peristiwa yang spontan ini saya dapat sesuatu yang saya juga perolehi sepanjang kerja luar saya minggu lepas : “Think positive!”. Bagi saya pemikiran positif adalah kunci segalanya. Semua perkara dalam dunia ini jika kita fikirkan dari sudut yang positif, akan mendatangkan hasil yang juga positif. Saya sendiri telah mempraktikkan formula ini.

Seperti dalam masalah pegawai tinggi tadi, jika beliau merasakan pakaian yang dia pakai pada hari itu segak dan padan, orang lain di sekeliling akan melihat penampilannya sebagai hebat.

Ia sama juga sekiranya kita mengalami masalah dengan rakan sekerja atau bos kita. Jika kita memikirkan kebencian dan kemarahan, maka itulah yang akan terserlah dari diri kita dan hasilnya juga negative pada orang lain. Jika kita bersifat sebaliknya, dengan izin Tuhan, orang lain dapat merasakan aura positif dari kita dan seterusnya rakan yang bermasalah itu juga akan menjadi rakan kita.

Kesimpulannya, rasa yakin dan positif itu bukanlah dating dari luaran kita, pangkat atau apa yang kita ada. Walaupun sedikit sebanyak sangat membantu, namun apa yang penting adalah bermula dari diri kita sebenarnya. Bagamana kita ingin orang lain melihat diri kita adalah yang mereka akan lihat. Jadi renungkanlah dan cuma fakir positif!

Tiada ulasan:

Our Blues drama review -malay version

  Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...