Khamis, 3 Februari 2011

Ingat lagi ke pada ATCO???

Assalamualaikum semua...
Ingat lagi tak kpd jawatan ATCO A29?
Baru-baru ni saya dapat berita yang kawan-kawan adik-adik yang  dah setahun lebih menunggu panggilan temuduga jawatan itu, telah mendapat panggilan temuduga dari SPA. Saya harap ia berpanjangan sehingga anda semua mendapat jawatan tersebut... Alhamdulillah....berkat kesabaran anda semua menanti...ada rezekinya...
Mesti ada yang dah berkerjaya dan berkahwin.....namun terpulang kepada anda sama ada untuk meneruskan atau tidak....ia terpulang kepada niat...
Apa yang saya dapat bantu adalah posting2 lepas yang telah saya siarkan...harap anda dapat baca.
Walau apapun yang kita lakukan buatlah dengan sebaik mungkin kerana bagaimana anda melakukan suatu perkara adalah bagaimana anda melakukan semua perkara!
Akhir kata selamat maju jaya...

11 ulasan:

Munir Kangsari berkata...

round da corner ja. Saya on 22nd d Penang interview.

Pujangga Palsu berkata...

salam kak mila. saya ada emel akak bgtahu dapat panggilan temuduga bulan ni (feb 2011) selepas ujian lisan DCA dulu (jul 2009).

tima kasih buat akak n geng2 lain yg telah kongsi banyak info kt blog ni

Munir Kangsari berkata...

Pujangga, kawan2 lain kumpul di sini

http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=517434&extra=page%3D1&page=6

come n join us

Syahmi berkata...

Assalamualaikum... Saya sudah 3rd interview di Putrajaya on 18/2/11. Ada dua interviewer. 99% english. Basically diaorg nak tgk minat kita. Betul ke nak? Sanggup ke kerja shift? Technical question tak byk. Cuma dia tanya apa yg u tau pasal ATC? Interviewer mmg friendly. Dia kata aku org yg ceria. kakakakakah.

Munir Kangsari berkata...

Syahmi,

nervous nervous

Thanks bro for d info. Kalau boleh eloborate lah lagi mengenai soalan2yang diutarakan. Panel SPA macam mana? What kind of question depa utarakan kat hang?

Syahmi berkata...

Panel SPA tanya apa yg u faham pasal 1malaysia.. Panel DCA tanya penting ke tak kerja ATCO? Aku jawab penting. Dia tanya kalo ATCO ramai2 mogok mintak naik gaji n taknak keje, what will happen? Aku jawab disaster. Dia tanya lagi doktor n atc apa persamaannya? Aku jawab securing/saving human lives. Interviewer mmg baik. Senyum jer kat aku. Dia kata dia taknak sgt soal pasal technical sbb dia tahu aku dah tahu. Cuma dia tanya aku ada baca/surf internet ke tak? Aku jawab yes sir. Kesimpulannya dia yg tanya dia yg tolong jawab. Jangan nervous kawan2, "Muka ada senyum".

Munir Kangsari berkata...

Untung lah Syahmi dapat penemuduga macam tu.

Panel SPA pun cakap English ka?
Resume in English kan?
Bapa salinan nak bawa?
Bapa orang panel?

Syahmi berkata...

Yes Tuan Munir.. 99% english. Satu2 nya perkataan bukan inggeris ialah 'silaturrahim'. Tu pun bahasa arab. Resume bahasa inggeris. Bawak lebih dari 2 salinan. Panel 2 org. By right you should give it to both interviewer.. Dia kata kalo aku dapat either masuk hq subang or pegi MAVA, Sepang.

Munir Kangsari berkata...

Thanks Syahmi for d info.

UIkss awat nak p HQ Subang bukan semua training MAVA dulu ka?

Doa untuk saya na.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikom

errr gaji mase training bape ek ?

sry kalau solan nih ,,,cam bodoh jek

saye outstation kat brunei..so kalo nak balik ade kos sikit ,,so nak tau la kalau balik tuh berbaloi ke tak....

mila berkata...

rasanya ada akk update kat blog ttg elaun masa training....adik kene baca la kot satu2...sorry sebab akk sendiri pun dah lupa...or u just sharing dgn member2 yg dah berjaya kat sini, mcm munir or syahmi k


Provided by All Famous Quotes

Follow my post