Rabu, 3 Februari 2010

Seminar Kenali Potensi Diri - Revolusi 2010

 
Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 Shah Alam 



Kanopi luar dewan disediakan untuk urusan pendaftaran dan pengambilan sijil penyertaan


Peserta berebut-rebut mendapatkan sijil penyertaan


Peserta berpusu-pusu pulang selepas seminar tamat

Pada 30 Januari 2010 yang lalu telah berlangsungnya Seminar Kenali Potensi Diri-Revolusi 2010 di Dewan Raja Muda Musa Shah Alam. Seramai lebih kurang 3500 peserta telah hadir dalam seminar satu hari ini dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Yuran seminar adalah RM50 selepas promosi besar-besaran di akhbar dan media massa. Jadi saya pun tak melepaskan peluang ini untuk hadir memandangkan harga yang rendah di samping sifat ingin tahu semulajadi saya untuk mengetahui apakah yang dibawa oleh Dr. Azizan Osman.

Beliau ni adalah orang yang sangat berpengalaman walaupun umurnya baru mencecah 35 tahun, namun telah banyak yang beliau tempuhi dalam hidup. Pendek kata, memang beliau seorang yang berkebolehan dan aktif. Kalau nak lihat profile beliau, boleh lawati laman sesawang http://www.rahsiatarikhlahir.com.my dan facebook beliau.

Apa yang saya pelajari dalam seminar ini???

Itu adalah soalan cepu emas yang anda semua nantikan. kami semua diajar tentang bagaimana mengira tarikh lahir seseorang untuk mengetahui rahsia personaliti, kecenderungan, kelebihan dan kelemahan seseorang. Pendek kata berikan sahaja tarikh lahir anda untuk saya tafsirkan personaliti anda. Ini boleh dikategorikan sebagai mengenali personaliti untuk mengetahui potensi dan keupayaan diri dalam setiap bidang yang kita ceburi. Mengenali diri adalah sangat penting kerana jika kita tidak mengenal diri kita, bagaimana kita hendak mengenal Allah Yang Maha Kuasa?

Selain dari itu melalui ilmu ini, kita dapat mengetahui kelebihan dan keistimewaan diri untuk digunakan untuk kejayaan dan kelemahan diri untuk diperbaiki untuk kebaikan masa depan kita juga.  Sebagai bonus, Dr. Azizian Osman juga mengajar kami tentang kuasa minda untuk merealisasikan segala impian seseorang. Ia memang bertepatan dengan sistem doa yang kita amalkan ke hadrat Allah swt untuk meminta sesuatu. Cuma Dr. Azizan Osman menekankan betapa fokus minda itu penting bagi kita memohon sesuatu doa. Di sini juga wujudnya satu istilah "getaran wang".

Saya sendiri belum mendalami ilmu Getaran Wang ini. Cuma jika anda beri tarikh lahir anda untuk dikira bagi mengetahui personaliti, saya boleh lakukan InsyaAllah....

Perlu diingatkan, ini bukanlah satu ilmu menelek nasib atau untung rugi seseorang. Ilmu ini hanya untuk merungkai personaliti dan sifat seseorang. Maka ia tidak menyalahi hukum dan islam itu sendiri. Sesiapa yang berminat untuk menyertai seminar ini, boleh sertainya dengan mendapatkan tiket RM50 di seluruh Malaysia. Saya akan menghadiri kursus lanjutan SKPD ini pada bulan Mac nanti selama 2 hari di Kuala Lumpur.
semoga saya mendapat segala ilmu yang berharga untuk dipraktikkan untuk masa depan dan keluarga.

 
Dr. Azizan Osman 

  
Inilah dewan yang menempatkan 3500 peserta....


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam...tarikh 21101974..apa kekuatan yg ader..?


Provided by All Famous Quotes

Follow my post