Rabu, 27 Januari 2010

Al-Fatihah buat Almarhum Sultan Iskandar

Pada 22 Januari yang lalu, seluruh rakyat Negeri Johor dilanda kesedihan dengan kembalinya ke rahmatullah sultan yang disayangi rakyat jelata, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77. Baginda mangkat pada pukul 7.08 malam di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru selepas dimasukkan ke hospital itu pada hari sebelumnya kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, pada malam tersebut juga. Jenazah Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah pada pukul 2 petang hari ini.

Pada masa pengumuman tentang baginda dimasukkan ke hospital kerana gering dan Tengku Mahkota Johor dilantik sebagai pemangku, saya berada di Kota Kinabalu Sabah. Saya hanya berdoa dan berharap yang baginda akan sembuh kerana sebelum ini pun baginda ada juga dimasukkan ke hospital. Pada mulanya saya tidak menyangka yang Tuanku akan meninggalkan kami selamanya, namun ternyata Allah lebih mengasihi Tuanku. Pada pagi 23 Januari, jam 5.30 selepas saya menunaikan solat subuh, saya membuka tv. Agak terkejut juga kerana ada bacaan Al-Fatihah. Namun saya berfikir mungkin itu adalah pembuka siaran, nammun sangkaan saya meleset kerana hampir semua siaran membuat perkara yang sama. Saya mula rasa tidak sedap hati.

Malam tadi saya tidur dalam jam 10 malam. Awal kerana di Sabah, jam 10 seperti jam 11 di semenanjung. lagipun saya perlu tidur awal untuk bertolak awal ke kundasang bersama keluarga. Bila terjadinya perkara begini, saya rasa sedih, kerana pada masa pemergian baginda, saya berada jauh dari negeri Johor. Namun pasrah dan berdoa agar roh baginda dicucuri rahmat.

Almarhum memang terkenal dengan sifat garangnya. Boleh dikatakan seluruh rakyat Johor takutkan baginda dan keluarga baginda. Namun dalam sifatnya yang garang itu, baginda sangat menitik beratkan agama islam. Johor adalah satu-satunya negeri yang mempunyai sistem pendidikan agama islam yang sistematik. Anak-anak johor secara automatik akan belajar di sekolah agama sebagaimana pentingnya sekolah rendah. Setiap temuduga yang melibatkan jawatan sebagai pegawai kerajaan di negeri Johor  mesti mengandungi soalan berkaitan ibadah dan hukum. Kadangkala calon perlu membaca surah dan akan disemak oleh ustaz sendiri. Tiada negeri lain yang mengamalkan cara tersebut. 

baginda sultan juga mempunyai askarnya sendiri. Setahu saya, jika ingin menjadi askar Diraja, mereka mesti boleh membaca Al-quran dengan baik. Selain dari itu, siaran2 Radio di negeri Johor juga, mengandungi segmen yang khas untuk pembelajaran agama islam. Pendek kata memang baginda sangat menitik beratkan tentang islam.

Ada juga orang yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah tentang baginda. Bagi saya ini adalah satu langkah yang silap dan pelakunya mesti dihukum setimpalnya atas perbuatan yang tidak bermoral itu. Umum mengetahui bahawa Raja adalah ketua agama islam dan orang melayu. Tanpa kedudukan mereka, mana mungkin islam dan melayu akan terpelihara di muka bumi Malaysia ini. Siapalah kita untuk mengadili orang lain kerana kita sendiri tidak sempurna di "mata" Allah.

Tahniah kepada Sultan Johor yang baru, Sultan Ibrahim Ismail yang telah dimasyhurkan secara rasmi sebagai Sultan Johor dalam pengumuman yang dibuat oleh Menteri Besar Johor Datuk abdul Ghani Othman di Singgahsana Istana Besar Johor pada 10.31 malam tersebut. Kami semua berharap, agar segala yang telah ditinggalkan oleh baginda akan dapat kami teruskan demi agama, bangsa dan negara. Daulat Tuanku...


DYMM Sultan Johor



DYMM Seri Paduka Baginda Almutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail

image
  1. Diputerakan pada 8 April 1932 di Istana Semayam, Johor Bahru
  2. Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajarannya di English College (sekarang Sekolah Sultan Abu Bakar) di Johor Bahru.
  3. Baginda seterusnya melanjutkan pelajarannya di Trinity Grammer School Australia dan selepas itu ke United Kingdom.
  4. Setelah menamatkan pengajiannya, baginda berangkat pulang ke Johor pada tahun 1956 dan terus berkhidmat sebagai Pegawai Kadet Johor Civil Service.
  5. Baginda telah dilantik sebagai Tengku Mahkota pada 29 April 1981.
  6. Pada 11 Mei 1981 baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang keempat
  7. Baginda telah dilantik sebagai Canselor Universiti Teknologi Malaysia pada 5 April 1982
  8. Baginda ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong VIII pada 15 November 1984
  9. Baginda pernah mendapat latihan asas ketenteraan dalam Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (Johore Military Forces) yang diasas dan ditubuhkan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar
  10. Pada masa lapang baginda gemar bermain polo, papan layar, memburu dan bermain golf.
  11. Baginda Sultan telah bernikah dengan Sultanah Hajah Zanariah binti Tengku Ahmad dan telah dikurniakan 10 orang anakanda - dua orang putera dan lapan orang puteri.


Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda, Sultanah Zanariah binti Al-Marhum Tunku Ahmad

image
  1. Seri Paduka Baginda Sultanah Zanariah binti Almarhum Tunku Ahmad berasal dari keluarga Diraja Kelantan
  2. Diputerikan pada 5 Julai 1940 di Dusun Green, Pasir Mas, Kelantan.
  3. Baginda mula mendapat pendidikan formal di Sekolah Sultanah Zainab, Kelantan pada tahun 1946.
  4. Kemudian baginda telah melanjutkan pelajaran baginda di Convent Bukit Nenas, Kuala Lumpur dari tahun 1950 hingga 1952
  5. Baginda meneruskan pelajaran di Sekolah Sultan Ibrahim, Pasir Mas.
  6. Baginda telah berangkat ke England dalam tahun 1954 untuk melanjutkan lagi pelajaran baginda di Upper Chime School Isle of Wight
  7. Dengan daya usaha baginda sendiri, baginda telah menubuhkan sebuah badan yang diberi nama Majlis Wanita Negeri Johor atau ringkasnya MAWAR.
  8. Pada masa lapang, baginda gemar beriadah, menunggang kuda, bermain golf, tenis dan membaca.

Tiada ulasan:

Our Blues drama review -malay version

  Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...