Selasa, 26 Januari 2010

Kota Kinabalu dari perspektif mila




cuaca dari luar tingkap pesawat MAS Boeing 777


replika ikan di tengah-tengah bandaraya



belakang pasar Filipina



pasar menjual ikan masin dan pelbagai produk laut


pemandangan senja di waterfront


inilah pasar filipina yang menjual pelbagai barang hiasan dan kraftangan



puncak tertinggi di asia tenggara dilihat dari kinabalu pine resort



 aktiviti biasa di pasar filipina



buah-buahan di pekan kundasang



Menara kebanggaan rakyat sabah



pemandangan indah dari kabin kinabalu pine resort


Sabah merupakan destinasi pelancongan yang kaya dengan keindahan alam dan aktiviti masyarakat yang berbilang bangsa. Walaupun dah kerap ke sini, tapi saya rasa seolah-olah tidak pernah jemu dengan bandar Kota Kinabalu. Percutian kali ini membawa kami singgah ke Kundasang yang terletak di kaki gunung Kinabalu.

Rasa bangga dapat melihat puncak tertinggi di Malaysia, bahkan di asia tenggara ini. Apatah lagi jika dapat mencecahkan kaki ke puncaknya. Saya rasa ia pasti satu pengalaman yang membanggakan. Gunung Kinabalu jelas kelihatan pada waktu subuh iaitu pada jam 5.30 pagi. Apabila semakin siang, gunung Kinabalu akan ditutupi awan dan tidak dapat dilihat sama sekali.

Hasil bumi disekitar gunung ini memang mewah sekali. Sayur-sayuran segar dan hijau. Saiznya besar dan sihat. Kawasan sekitar kundasang agak sejuk sekitar 16-18 darjah celcius. Jika hari hujan, suhu akan lebih sejuk dan suasana berkabus tebal.

Bandar Kota Kinabalu pula terkenal dengan mutiara dan kristal. Boleh dikatakan kebanyakan kedai menjual barang ini. dari murah hingga ratusan harganya. Memang cantik dan pasti memikat golongan hawa. jika kene dengan caranya, mungkin kita akan mendapat harga yang terbaik.

Selepas ini mungkin saya akan ke kawasan lain seperti Kudat, Tawau dan Sandakan. Sememangnya Malaysia kaya dengan khazanah alam yang mengagumkan....


Tiada ulasan:


Provided by All Famous Quotes

Follow my post