Khamis, 21 Januari 2010

Ginkgo Biloba



PENGENALAN
 
Ginkgo Biloba adalah salah satu spesies tumbuhan hidup paling tua. Daunnya dikaji secara meluas untuk kegunaan hari ini. Tidak seperti kebanyakan herba perubatan lain, daun ginkgo tidak digunakan dalam keadaan asal (semulajadi) tetapi digunakan dalam bentuk kepekatan, iaitu ekstrak ginkgo biloba (GBE).
Di Eropah dan Amerika Syarikat, suplemen ginkgo adalah herba perubatan yang terbaik jualannya dan berterusan menjadi ubat yang paling tinggi permintaannya di Perancis dan Jerman.
Ginkgo biloba telah digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat proses peredaran darah yang terganggu (circulatory disorders) dan menguatkan daya ingatan. Kajian saintifik sejak bertahun-tahun yang lalu turut menyokong perubatan tradisional ini. Bukti menunjukkan GBE adalah berkesan dalam merawat penyakit yang berkaitan dengan pengurangan aliran darah ke otak yang biasanya berlaku pada individu yang berumur. Kajian makmal menunjukkan GBE memperbaiki peredaran darah dengan membesarkan saluran darah dan mengurangkan kelekitan platlet darah.
Daun ginkgo juga mengandungi dua jenis bahan kimia (flavonoid dan terpenoid) yang dipercayai mengandungi ciri-ciri antioksidan. Antioksidan adalah bahan yang diperlukan oleh tubuh untuk meneutralkan radikal bebas dan membantu mengurangkan atau mencegah kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Kehadiran radikal bebas boleh melumpuhkan sebatian dalam badan yang mengubah membran sel, merosakkan DNA dan juga menyebabkan sel mati. Radikal bebas terjadi secara semulajadi dalam badan tetapi toksin persekitaran (termasuk cahaya UV, radiasi, asap tembakau dan pencemaran udara) juga boleh menambah bilangan zarah-zarah yang rosak. Radikal bebas dipercayai menyumbang kepada masalah kesihatan termasuk sakit jantung dan kanser sebagaimana ia menyebabkan penyakit Alzheimer dan penyakit kronik lain.

STRUKTUR FIZIKAL
 
Ginkgo Biloba merupakan spesies pokok tertua. Sepohon tunggal ginkgo boleh hidup selama 1000 tahun dan tumbuh sehingga ketinggian 120 kaki. Ia mempunyai ranting/dahan pendek dengan daun berbentuk kipas dan buah yang tidak boleh dimakan yang mengeluarkan bau yang kuat. Buahnya mengandungi biji benih dan terdapat satu laporan keracunan makanan setelah makan biji benih tersebut.
 Kajian moden telah memfokus kepada GBE iaitu ekstrak ginkgo biloba yang disediakan daripada daun hijau yang telah kering. Ekstrak ini dipekatkan dan kelihatan lebih efektif secara klinikal dalam merawat masalah kesihatan (terutamanya penyakit yang berkaitan dengan peredaran darah).

KANDUNGAN
 
Lebih 40 komponen yang diekstrak daripada pohon ginkgo telah dikenalpasti tetapi hanya 2 komponen yang dipercayai memberi kesan herba yang bermanfaat kepada manusia iaitu flavonoid dan terpenoid. Flavonoid (seperti quercetin dan rutin) mempunyai kesan antioksidan yang berpotensi tinggi. Kajian makmal menunjukkan flavonoid melindungi saraf, otot jantung, saluran darah dan retina daripada rosak. Manakala terpenoid (seperti ginkgolide) memperbaiki aliran darah dengan mengembangkan saluran darah dan mengurangkan kelekitan platlet.

FAEDAH DALAM PERUBATAN
 
Merujuk kepada kajian yang dijalankan di makmal mendapati kebanyakan professional dalam bidang penjagaan kesihatan mencadangkan ginkgo untuk masalah kesihatan berikut :
1) Dementia (penyakit otak) dan Alzheimer
–   Digunakan secara meluas di Eropah untuk merawat Dementia (sakit sawan kronik) disebabkan kemampuannya untuk memperbaiki aliran darah ke otak dan ciri-ciri antioksidannya. Ginkgo juga telah diakui terbukti mampu memperbaiki pemikiran, pembelajaran dan ingatan dalam diri individu yang menghidap Alzheimer.
–   Kajian klinikal mendapati ginkgo boleh membekalkan fungsi berikut kepada pesakit Alzheimer iaitu :
a) memperbaiki pemikiran, pembelajaran dan ingatan (fungsi kognitif)
b) memperbaiki aktiviti hidup seharian
c) memperbaiki kelakuan sosial / sifat sosial
d) mengurangkan tekanan perasaan
-   Beberapa kajian mendapati ginkgo berkesan sebagai ubat utama untuk Alzheimer dalam melambatkan simptom dementia pesakit. Tambahan pula, ginkgo kadang kala digunakan sebagai pencegah kerana ia boleh melambatkan serangan Alzheimer pada sesiapa yang berisiko menghidapnya (sebagai contoh ; sejarah keluarga Alzheimer).
2) Masalah Mata
-   Flavonoid yang dijumpai dalam ginkgo boleh membantu memberhentikan atau mengurangkan masalah retinal (iaitu masalah bahagian belakang mata). Kerosakan retinal mempunyai beberapa penyebab yang berpotensi termasuk diabetes dan macular degeneration iaitu sakit bahagian dalam mata yang merosot – keadaan ini biasanya dihidapi oleh warga tua yang mana garisan dalam mata yang dikenali kawasan macula retina mengalami penipisan dan dalam sestengah kes boleh menyebabkan pendarahan.
-   Macular degeneration biasanya dipanggil age-related macular degeneration atau ARMD.
-   Merujuk kepada American Academy of Ophthalmology, macular degeneration adalah penyebab utama kehilangan pusat penglihatan (kebutaan) di Amerika Syarikat pada hari ini bagi kebanyakan rakyat yang berumur melebihi 50 tahun.
3) Intermittent Claudication
-   Disebabkan ginkgo dilaporkan memperbaiki aliran darah, herba ini telah dikaji pada pesakit Intermittent Claudication (kesakitan yang disebabkan oleh aliran darah yang tak seimbang ke kaki). Penghidap penyakit ini sukar berjalan tanpa mengalami kesakitan yang amat sangat.
-   Satu analisis berkenaan 8 kajian yang telah diterbitkan menunjukkan bahawa individu yang mengambil ginkgo mampu berjalan secara kasar 34 meter lebih jauh daripada yang mengambil placebo (ubat tanpa kesan fisiologi). Bahkan, ginkgo didapati adalah efektif sebagai ubat utama dalam merawat kesakitan jarak perjalanan (pain-free walking distance). Bagaimanapun, latihan berjalan biasa adalah lebih baik daripada ginkgo untuk memperbaiki jarak berjalan.
4) Lemah daya ingatan
-   Ginkgo dikenali secara meluas sebagai herba otak. Para penyelidik yang menjalankan analisis terhadap semua kajian yang telah diterbitkan dan berkualiti tinggi berkenaan ginkgo dan kerosakan ingatan halus / mild memory impairment (individu tanpa Alzheimer atau bentuk lain penyakit otak), menyimpulkan bahawa ginkgo adalah secara signifikannya lebih efektif daripada placebo dalam menguatkan ingatan dan fungsi kognitif.
-   Ginkgo biasanya ditambah dalam bar pemakanan, air minuman ringan dan buah-buahan untuk menguatkan ingatan dan menambah perlaksanaan kognitif, walaupun terdapat perdebatan sama ada kuantiti kecil ginkgo yang didapati dalam produk tersebut adalah efektif.
5) Tinnitus
-   Kerosakan saraf dan sesetengah penyakit saluran darah boleh menyebabkan tinnitus (penyakit telinga yang menyebabkan penghidapnya mendengar bunyi deringan, desiran, dengungan atau bunyi lain di telinga atau kepala tanpa kehadiran bunyi luaran).
-   Sesetengah penyelidik telah menjalankan kajian sama ada ginkgo melegakan simptom bagi penyakit pendengaran. Walaupun kualiti kebanyakan kajian adalah lemah, pengulas membuat kesimpulan bahawa ginkgo secara perlahan-lahan melegakan kenyaringan bunyi tinnitus.
-   Bagaimanapun, kajian yang dijalankan terhadap 1121 orang dengan tinnitus mendapati ginkgo (diberi 3 kali sehari untuk 3 bulan) adalah tidak begitu berkesan daripada placebo bagi merawat simptom tinnitus. Daripada penemuan yang konflik ini, nilai perubatan bagi ginkgo untuk tinnitus adalah tidak tentu. Kesimpulannya, tinnitus adalah masalah yang sukar diubati.
6) Kegunaan Lain
-    Para profesional dalam bidang penjagaan kesihatan mencadangkan ginkgo untuk merawat pelbagai penyakit ringan lain termasuk muntah-muntah, kebingungan, tekanan / kesedihan, pening kepala, tekanan darah tinggi dan erectile dysfunction (masalah berkaitan sistem seksual).
-   Satu kajian klinikal mendapati ekstrak ginkgo boleh mengurangkan kesan sampingan menopause sebagaimana osteoprosis dan penyakit kardiovaskular. Wanita enggan menggunakan terapi pengganti hormon farmasi (HRT) disebabkan kesan sampingan seperti pendarahan tak teratur dan peningkatan risiko kanser payudara. Beberapa kajian melaporkan bahawa ekstrak ginkgo mempunyai aktiviti estrogenik dan boleh jadi sesuai sebagai satu alternatif untuk HRT.
-   Satu ekstrak ginkgo telah dilaporkan secara signifikannya boleh memperbaiki ukuran fungsi seperti koordinasi, tahap tenaga, kekuatan, mental, mood dan sensasi dalam 22 individu dengan pelbagai sclerosis (pengerasan tisu).
 
HUBUNGI SAYA JIKA ANDA INGIN MENDAPATKAN GINKGO BILOBA, INSYA-ALLAH ANDA AKAN SIHAT DAN BOLEH JADI RAKAN KONGSI KAMI
(KAMI MEMERLUKAN PENGEDAR DI SELURUH MALAYSIA)

Indah dan sempurnanya marcapada ini
Laman blog saya: www.nikmat4u.blogspot.com
www.nurrm.com/?id=abunaim09


Provided by All Famous Quotes

Follow my post