Rabu, 16 Jun 2010

Kos menunaikan fardhu haji

KUALA LUMPUR 15hb Mei 2009:  
Tambang mengerjakan haji bagi musim ini dijangka meningkat berikutan kerja menaik taraf tempat tinggal dan sistem pengangkutan yang dilakukan kerajaan Arab Saudi di Tanah Suci, sekali gus menyebabkan perbelanjaan pembiayaan penginapan serta pengangkutan melonjak.

Tahun lalu, seramai 27,000 jemaah haji tidak mengalami kesan kenaikan kos menunaikan haji berikutan kesediaan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) menanggung kos tambahan sebanyak RM 2,600 bagi setiap jemaah.

Tabung Haji memperuntukkan lebih RM100 juta daripada keuntungan yang diraih tahun lalu untuk menanggung kos kenaikan tambang, penginapan dan makanan yang tidak dapat dielakkan. Ketika ini, tambang haji ialah RM 8,973 di Semenanjung dan masing-masing RM 9,054 dan RM 9,096 di Sabah dan Sarawak

sumber : Berita Harian


Perkara
Jemaah
Tabungan Jemaah
Subsidi Tabung Haji
Kos Sebenar Mengerjakan Haji
S’mnnjung
Malaysia
RM 8973
RM 2600
RM 11,573
Sarawak
RM 9096
RM 2600
RM 11,696
Sabah
RM 9054
RM 2600
RM 11,654
 Saya baru je berbincang dengan rakan-rakan yang dah ada pengalaman ke tanah suci dan ada hasrat ingin menunaikan fardhu haji. Saya mengira-ngira simpanan, namun bila agaknya dapat kesana. Adakah hanya akan duduk diam melihat kawan-kawan pergi kesana tanpa ada niat atau harapan kesana. 
Jika berhajat ingin menunaikan haji melalui syarikat swasta, paling minimum anda mesti ada RM20,000, jadi kira sajalah berapa yang kita simpan sekarang untu menunaikan rukun islam kelima itu. Menabunglah sekarang. semoga kita dapat kesana dalam keadaan yang masih sihat dan bertenaga. InsyaAllah.....


Ketahui pelan simpanan khas untuk haji di Ikhlas Hajj Saving Takaful 
dan berhubunglah dengan saya.....

Tiada ulasan:

Our Blues drama review -malay version

  Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...