Sabtu, 5 Jun 2010

Kursus Komunikasi dan Hubungan Interpersonal


Apa khabar semua?
HEBAT!!!

Kursus ini telah berlansung selama 3 hari  di Institut KWSP, Bangi Selangor. Trainer kami adalah seorang yang sangat istimewa iaitu Cikgu Zaidi Johari. Beliau menetap di Kedah dan memiliki syarikat consultant iaitu ZAZ Learning Sdn. Bhd.

Secara keseluruhannya, kursus ini memang sangat bererti dan berharga bagi saya kerana penyampaian yang sangat bertenaga dan menarik hati dari Cikgu Zaidi. Beliau adalah seorang trainer yang sangat berpengalaman dan hebat!!! Sikapnya yang sangat bersahaja dan ramah pasti membuatkan ramai peserta tertarik hati untuk mendengar ilmu-ilmu yang beliau sampaikan. Oleh itu setiap ilmu yang beliau sampaikan tersemat dihati-hati kami semua.

Kepada sesiapa yang ingin menjemput Cikgu Zaidi sebagai penceramah atau trainer anda, boleh lah menghubungi saya untuk no telefon dan emel beliau. Saya jamin anda pasti anda tidak akan menyesal dan puas hati.

Kepada Cikgu Zaidi, terima kasih atas ilmu yang di berikan dan segalanya akan menjadi amalan dan ikutan kami. Saya mendoakan agar Cikgu terus berjaya mencapai cita-cita dan teruskan usaha sebagai pendidik kerana ia adalah tugas yang sangat mulia bila disulami dengan keikhlasan. Sesungguhnya kenangan kursus ini sangat dekat di hati saya dan semoga ukhwah yang terbina ini tidak akan berakhir di sini sahaja.

SESUNGGUHNYA ANDA HEBAT!!!

Tiada ulasan:


Provided by All Famous Quotes

Follow my post