Khamis, 5 Ogos 2010

Lost 3 kgs in a week!!!



Selepas 10 hari mengamalkan diet tanpa karbohidrat dan gula, saya pun cuba menimbang semula berat badan. Waaahhh sangat mengagumkan! berat turun sebanyak 3 kilo. Patutlah rasa pakaian saya longgar-longgar dah. Rupanya kadar penurunan agak banyak. Nampaknye sesi diet intensif akan diturunkan sehingga berat sasaran tercapai. tapi kalau saya nak mention berat badan sekarang ni rasanya sangatlah sensitif. InsyaAllah nanti kalau berat badan kembali ideal, saya sendiri takakn segan silu untuk mendedahkannya.

Apa yang saya amalkan?

Pagi saya bersarapan seperti biasa tetapi sama ada dengan cornflakes dan susu rendah lemak atau telur. tak kisahlah telur goreng, dadar atau scramble. Yang penting mestilah tiada nasi, mee, atau roti. malah segala jenis makanan berasaskan tepung pun saya elakkan.

Tengahari saya mengambil lauk-lauk seperti daging, ayam atau ikan. Lebihkan sayur-sayuran. jangan ambil nasi atau mee. Cuma makan lauk aje.

Makan malam sebelum 7 malam. Begitu juga, cuma makan lauk sahaja. Mesti makan 3 kali sehari tetapi makan lauk sahaja. semua makanan yang mengandungi kanji yang banyak akan dihindarkan. Sama juga dengan kentang dan buah-buahan. Kenapa tak boleh makan buah? bijak soalan itu. Ini kerana buah mengandungi banyak gula. walaupun dikatakan gula buah-buahan adalah gula yang ringkas tetapi ia tetap gula.

Air minuman yang dibenarkan hanyalah air suam. Kalau nak minum air berperisa, boleh, tapi yang tiada gula. pengambilan air mestillah kerap. Satu hari lebih kurang 2 botol besar air mineral.

Sesi penurunan berat badan ini akan berterusan lagi. baru 10 hari...tak bolehlah bangga sangat kan? InsyaAllah 10 hari lagi akan datang, saya akan kongsikan lagi perkembangan diet ini. So akhir kata, good luck to me!!!

Tiada ulasan:

Our Blues drama review -malay version

  Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...