Rabu, 27 Mei 2009

Kedaulatan Raja-Raja Melayu Mesti Dijunjung

Kes tentang tuntutan siapa yang layak sebagai Menteri Besar Perak telah selesai dengan keputusan Mahkamah Persekutuan. Sepanjang kes ini, berbagai-bagai ragam manusia saya lihat sebagai tindakbalas terhadap situasi tersebut. Dalam hal ini, ramai juga terutamanya orang melayu telah menyalahkan Sultan Perak atas keputusan yang mereka rasa tidak adil itu. Namun bagi saya, dalam kita sibuk menyalahkan orang lain, ada baiknya jika kita renung kembali tentang bangsa dan agama islam.

Sultan merupakan ketua negeri manakala Menteri Besar adalah ketua kerajan negeri. Pada peringkat negeri, ketua negeri dikenali dengan pelbagai nama seperti Sultan, Raja atau Yang di-Pertuan Besar juga Yang Dipertua Negeri sementara ketua kerajaan pula ialah Menteri Besar atau Ketua Menteri.


KETUA NEGARA DAN NEGERI

Jawatan Yang di-Pertuan Agong bukanlah jawatan yang diwarisi turun temurun. Malaysia mengamalkan sistem kerajaan Raja Berperlembagaan dalam demokrasi berparlimen pada dua peringkat iaitu peringkat Persekutuan dan peringkat Negeri. Pada peringkat Persekutuan, Ketua Negara ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, sementara ketua kerajaan ialah Perdana Menteri. Pada peringkat negeri pula, ketua negeri dikenali dengan pelbagai nama seperti Sultan, Raja atau Yang di-Pertuan Besar juga Yang Dipertua Negeri sementara ketua kerajaan pula ialah Menteri Besar atau Ketua Menteri.

MAJLIS RAJA-RAJA

Dalam Perlembagaan Persekutuan urusan pemilihan dan perlantikan Yang di-Pertuan Agong adalah terletak pada Majlis Raja-Raja. Dalam sistem kerajaan Persekutuan yang terdapat ramai Raja, sebuah Majlis yang dinamakan Majlis Raja-Raja telah ditubuhkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan sebagai tempat bagi Raja-Raja dan Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri bertemu dan berbincang. Dalam beberapa perkara yang tertentu, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan supaya memperolehi nasihat daripada Majlis Raja-Raja.


NASIHAT KERAJAAN

Institusi pemerintahan beraja merupakan sumber kekuasaan dan kewibawaan, pemerintah dan kerajaan. Institusi ini merupakan sumber kekuatan rakyat dan tempat rakyat mencari perlindungan, keadilan, memberikan kesetiaan, kecintaan dan taat setia kepada negara. Di negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah sistem kerajaan Raja berperlembagaan, kuasa rakyat terletakhak pada Parlimen yang kemudiannya meletakhakkan kuasa eksekutif kepada Jemaah Menteri. Walau bagaimanapun, setiap tindakan pihak berkuasa dilaksanakan atas nama Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat kerajaan.


Jika anda pernah menyertai Kursus Kenegaraan, anda akan tahu betapa pentingnya untuk kita mendaulatkan Raja. Khususnya bagi orang melayu dan bumiputera, jika tiada institusi Raja, maka kewujudan bangsa kita mungkin akan dinafikan haknya. Kita akan sama seperti kaum lain. Tiada keistimewaan beragama, berbahasa dan mengamalkan budaya-budaya kita. Tiada subsidi, tiada tanah rezab, tiada tanah kurnia dan banyak lagi hak yang akan ditidakkan untuk kita sebagai kaum yang mula-mula menduduki tanah melayu.

Apabila isu ini dibangkitkan, saya yakin ramai yang akan berkata "mengapa perlu bergantung pada subsidi? Sampai bila? Berdikari lah....bersaing dengan kaum lain" Memang ada benarnya, tetapi dari segi Agama Islam dan kedudukan bangsa, bagaimana pula? Itu adalah lebih penting dari segalanya.....Sudah tentu kita tidak mahu anak cucu kita dilucut haknya sedangkan ini negara nenek moyang mereka.

Kita sebagai rakyat perlu akur kepada pemerintah. Agama islam juga mensyaratkan begitu. Pemerintah melihat negara dari sudut yang luas dan pelbagai aspek perlu ditimbang. Namun kita sebagai rakyat, tidak tahu sepenuhnya tentang kemelut ekonomi dan politik negara kerana ada sesetengah perkara perlu dirahsiakan demi kebaikan negara.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

walaupun dah 3 tahun cite ni still up to date..congrats blog owner :) and tq sooo much..this topic very helpful =D.

Our Blues drama review -malay version

  Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...