Jumaat, 29 Mei 2009

Resipi Yee Mee




Bahan-Bahan

1 bungkus Yee mee
1 dollar Sawi panjang – dipotong-potong
½ bungkus Cendawan kering – direndam dengan air panas dan dipotong tiga
2 sudu kecil Serbuk lada hitam
2 sudu besar Kicap pekat hitam
2 sudu besar Sos tiram
10 ulas Bawang putih- dicincang halus
Beberapa keping Ayam bahagian tulang

Cara

1. Ayam diperap bersama serbuk lada hitam dan sos tiram.
2. Tumis bawang putih, diikuti pula dengan ayam yang diperap tadi sehingga garing.
3. Kemudian masukkan cendawan yang dipotong tiga dengan air rendamannya.
4. Masukkan kicap dan tambah air panas mengikut berapa banyak yee mee yang digunakan. Biarkan mendidih seketika.
5. Akhir sekali masukkan yee mee dan sawi, gaul rata sehingga masak.

Tiada ulasan:

Our Blues drama review -malay version

  Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...