Rabu, 7 Disember 2011

Ombak Rindu



Lagi sebuah filem adaptasi dari novel arahan Osman Ali selepas filem Cun....Apa yang menarik bagi saya adalah cerita yang sangat manis untuk ditonton...sekali tonton rasa puas tapi rasa nak menonton lagi...seperti filem Cun, yang saya tonton lebih 10 kali. Cinematography yang cantik berlatar kan sawah padi seolah Osman Ali berasal dari sana...Ciri-ciri kampung tetap kekal disitu walaupun  Haris adalah seorang lelaki kota.
Lakonan Maya Karin sangat menambat hati. Walaupun berlakon sebagai seorang ustazah yang mengaji dengan pelat-pelat lidahnya, namun ia sgt sweet...Lisa Surihani pula muncul dengan watak yang berbeza dan jauh dari watak yang dia pernah pegang sebelum ini. Aaron Aziz seperti biasa menambat hati semua penonton dengan aksi ganas dan romantis...Sukar nak digambarkan, tapi ia sangat berbaloi.
Tahniah kepada pelakon-pelakon yang menjayakan filem ini....novel yang hanya hidup dalam minda pembaca kini digambarkan di layar sehingga mewujudkan fenomena. Baru 7 hari penayangannya telah berjaya mengutip hampir 6 juta....
Kepada semua yang nak menonton filem ini saya amat galakkan. Tetapi filem ini agak kurang sesuai pada kanak-kanak. Sangat sesuai untu pasangan suami isteri...di sana anda akan dapat merasai betapa bahagianya hidup rumahtangga bila kedua-duanya redha....
Selamat menonton!!!



Tiada ulasan:

Our Blues drama review -malay version

  Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...