Ahad, 25 Disember 2011

Selamat Tahun Baru dengan Azam Baru!!!


Selamat sejahtera semua!!!
Tinggal beberapa hari lagi 2011 akan melabuhkan tirainya...sekali lagi tahun baru menjeguk dan kali ini 2012.

Terpulanglah pada masing2 untuk mentafsir kehadiran 2012 ini....ada yang mempercayai bahawa kiamat akan berlaku. Wallahuaalam....

Seperti tahun2 sebelumnya, tahun baru disambut dengan pelbagai azam baru...ups, cuba cek dulu impian 2011, adakah semuanya menjadi kenyataan? Kalau tak, maka terpulang juga pada anda sama ada nak meneruskan azam itu atau tinggalkan saja dengan memulakan azam baru. Atau bagi yang takde azam tu, ups....cuba cek apakah matlamat hidup anda...

Bercakap memang senang, tapi merealisasikan matlamat itu bukanlah semudah ungkapan. Macam mana nak jadikan matlamat tu satu kenyataan. Saya pernah menulis tentang matlamat hidup....rasanya bagi yang masih kabur tentang bagaimana nak mencapai matlamat tu, boleh lah ke sini untuk info lanjut.

Ada sesetengah orang kata, matlamat tu biar besar, supaya kita berusaha dengan gigih untuk capai matlamat tu. Berjaya atau tidak itu bukanlah satu yang wajib, terpulang kepada kemampuan masing-masing. Tapi nasihat saya, biarlah matlamat itu, dapat membahagiakan diri sendiri dan manusia di sekeliling kita....jangan selfish tau!!!

Akhir kata, selamat mencipta matlama 2012. Semoga semua berjaya mencapai impian yang diidamkan...Senyum selalu...

Tiada ulasan:


Provided by All Famous Quotes

Follow my post