Selasa, 13 Januari 2009

Kesilapan Yang Terindah

Pagi ini saya mendengar radio di dalam kereta sepanjang perjalanan ke tempat kerja. Sememangnya itulah yang saya selalu lakukan setiap hari bekerja kerana selain dapat menghiburkan saya dengan lagu-lagu, saya juga dapat menimba pengetahuan dan pengalaman dari penyampai dan pendengar yang sudi menembusi bilik siaran untuk berkongsi pendapat, pandangan mahupun masaalah.

Topik hari ini telah membuka minda saya tentang satu perkara yang kita pernah lakukan iaitu "kesilapan dalam hidup". Saya harap kesilapan ini bukanlah yang selalu dilakukan kerana jika kita selalu tersilap, kita adalah orang yang bersalah.

Adalah mustahil untuk mengundurkan masa demi untuk memperbaiki kesilapan lalu. Tetapi apa yang kita bopleh lakukan adalah, melihat kembali kesilapan kita dan memperbaikinya demi kepentingan diri dan orang lain. Menangis boleh, tetapi bukan selamanya kita menangis. Menyesal tidak salah, tetapi mesti disusuli dengan usaha untuk memperbaiki diri.

Anggaplah ia adalah satu ketentuan Illahi kepada kita. Bukakan hati dan minda kita, terimalah seadanya. kesilapan itu mungkin berpunca dari diri kita ataupun orang lain, maka maafkanlah diri kita kerana melaluinya kita akan dapat memaafkan orang lain. Perasaan dendam hanya akan memakan diri sendiri dan mendatangkan penyakit. Jadi bersikap terbukalah dan pasrah.

Namun dari kepasrahan itu, kumpullah kekuatan untuk terus melangkah tanpa menoleh perkara di belakang. Teruskan melangkah dan carilah seberapa ramai kawan yang boleh membantu. Ambil lah pelbagai peluang walaupun kita tidak yakin, tapi melaluinya kita akan mendapat kekuatan dan rakan.

Semoga coretan saya ini dapat menenangkan hati dan memberi inspirasi kepada anda. Semua orang pernah melakukan kesilapan, namun orang yang berjaya adalah orang yang pernah melakukan kesilapan dan bangkit semula dari kesilapan tersebut. Orang yang paling berjaya adalah orang yang pernah membuat kesilapan pada zaman silamnya.

Tiada ulasan:

Our Blues drama review -malay version

  Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...