Saya ingin mengucapkan selamat datang kepada rakan En. Abu Naim B. Kassan, dari Segamat Johor ke Politeknik Nilai Negeri Sembilan. Lawatan ini adalah atas jemputan sebagai penceramah program "A Creative Touch Of Excellent : Entrepreneurship".
Secara keseluruhannya, kami sangat berpuas hati dengan ceramah yang diberikan, tambahan pula disampaikan dari penceramah yang berpengalaman dan bijak menangkap bola mata kami semua.
Kehadiran En. Abu Naim tidak lah tangan kosong, kami diberikan hadiah sampel percuma Prominex, iaitu satu rumusan Homeopati dan Biokimia untuk kesihatan minda dan keseluruhannya.
Di samping itu kami ditawarkan peluang perniagaan produk ini. Jika anda berminat, boleh hubungi saya atau En. Abu Naim sendiri di http://nikmat4u.blogspot.com/ dan layari juga http://prominex.blogspot.com/ .
Jangan lepas kan peluang menyertai perniagaan ini dengan modal hanya RM 60 sahaja. Anda akan mendapat 3 botol prominex yang berkhasiat dan komisyen bulanan.
Isnin, 30 November 2009
Tips Kurus Badan
Nak kuruskan badan ni, tidaklah susah mana. Kalau boleh buat 2 perkara ini, insyaAllah boleh kurangkan berat badan dengan cepat.
1. Kurangkan makan nasi & makanan berlemak. Cuba amalkan makan roti yang ada bijirin bagi menggantikan nasi.
2. Buat exercise keluarkan peluh sekurang2nya 30 minit setiap hari. Paling baik ialah ‘jogging’ atau berenang.
Dibawah ini saya catatkan petua atau tips nak kuruskan badan;
* Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Tujuh Malam. Elakkan Mengambil Makanan Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme yang rendah pada waktu malam akan menyebabkan makanan Disimpan Sebagai Lemak.
* Jangan Mudah Terpedaya Iklan-iklan Merampingkan Badan Atau Produk-produk Pil Kurus. Kebanyakkannya Indah Khabar Dari Rupa. Duit Habis, Badan Tetap sama.
* Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Membuat Keputusan Membeli Produk Diet Yang Banyak Terdapat Di Pasaran Dan Farmasi. Pandangan Doktor Adalah Lebih Selamat.
* Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat Badan Secara Drastik Dan Mendadak. Ini Boleh Mengganggu Kesihatan Dan Kemungkinan Berat Badan Anda Akan Naik Secara Mendadak Pula.
* Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu, Berkunjunglah Ke Jim Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat Dapat Membakar Lemak.
* Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa Yang Singkat.
* Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Anda Akan Kecewa Jika Masih Tiada Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih Sekali Dalam Seminggu.
11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.
12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.
13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah .
14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet
15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.
16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitami n, mineral dan sedikit lemak.
17. Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.
18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar.Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.
19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.
20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!
21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja teris.
22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.
23. Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.
24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.
25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing.
sumber dari : lepakk.com
Khamis, 26 November 2009
Isnin, 23 November 2009
Asas petua internet
Oleh NURUL ANUAR KARI
PETUA yang juga merujuk kepada satu bentuk nasihat, petunjuk, atau panduan yang berguna untuk diamalkan individu lain telah lama menjadi kaedah tradisional mewariskan ilmu serta pengalaman dari orang tua-tua kepada generasi berikutnya.
Di zaman moden yang serba canggih kini, petua-petua lama telah banyak dilupakan. Banyak ilmu atau petua lama yang hilang berikutan keengganan generasi muda mempelajari mahupun mengamalkannya.
Namun, dalam suasana teknologi moden sedia ada, terdapat pihak yang mula menyebarkan bermacam nasihat dan petua melalui e-mel berangkai. Disebabkan kesamaran individu yang ‘menurunkan’ dan sumber maklumat berkenaan, petua yang disampaikan sering menimbulkan keraguan dan tanda tanya.
Adakah petua itu benar? Bolehkah ia diamalkan? Apa bukti ilmu yang diajar itu selamat dan berkesan?
Berasas
Menyampaikan ilmu melalui internet bukan sahaja lebih pantas dan mudah, ia juga menjimatkan kos dan mengelakkan pembaziran kertas. Namun, masalah utama penyampaian melalui internet adalah kesahihan maklumat yang diterima di samping kesukaran membetulkan penyebaran maklumat yang salah.
Untuk itu, beberapa nasihat berangkai yang disebarkan akan dirungkai kebenarannya melalui teori dan kajian semasa yang sama ada menyokong atau menyangkal dakwaan tersebut.
Petua pertama yang ingin dirungkai adalah perkembangan fizikal dan mental anak yang dikaitkan dengan keadaan ibu ketika mengandung. Dari segi petua orang tua-tua, ibu mengandung dilarang melihat orang yang menghidap penyakit tertentu (kecacatan fizikal), terlalu beremosi dan perlu mendapat apa diidamkan anak dalam kandungan.
Secara saintifiknya, tiada bukti menunjukkan apa yang dilihat ibu akan berlaku kepada anaknya (kecacatan atau penyakit). Namun, begitu banyak kajian baru menunjukkan emosi ibu memberi kesan besar kepada perkembangan emosi anak. Ini menyokong petua lama untuk menjaga emosi ibu dan juga memenuhi permintaan apa yang diidamkan (kebiasaannya makanan tertentu).
Dari segi fizikal, tahap kesihatan badan ibu sememangnya telah lama diperakui akan memberi kesan terus kepada tahap kesihatan anak kelak.
Petua yang paling kerap disampaikan, melalui mulut, internet mahupun bahan bercetak pula adalah berkaitan susu ibu. Disokong semua kajian global, susu ibu bukan sahaja lebih baik dari susu lembu atau soya, ia juga penting untuk perkembangan fizikal dan mental anak, malahan dapat merapatkan hubungan kedua-duanya. Susu ibu juga memberi perlindungan dari penyakit melalui imunisasi pasif apabila antibodi ibu dipindah kepada anak.
Walaupun semakin ramai ibu bapa kini memilih penyusuan badan, masih ramai lagi yang memilih untuk memberi susu lembu atau susu soya kepada anak. Ini mengundang bahaya bukan sahaja dari sebarang bahan tambahan (terutamanya bahan kimia) dalam susu berkenaan, malahan dari botol plastik yang digunakan.
Bisphenol A (BPA) yang digunakan untuk menghasilkan botol susu bukan sahaja ‘meniru’ fungsi hormon badan malahan meningkatkan risiko obesiti, masalah seksualiti dan masalah kesihatan, terutamanya jika anak didedahkan pada peringkat awal hidup, dan dalam jangka masa yang panjang.
Belum ada kajian yang membuktikan kaitan penuh penggunaan produk plastik, sama ada untuk bayi atau golongan dewasa, dengan penyakit-penyakit tertentu. Namun, nasihat yang disebarkan supaya mengelak atau mengurangkan penggunaan peralatan plastik untuk makan atau minum tidak boleh diabaikan sepenuhnya.
Kajian sedia ada mungkin masih gagal mengesan sebarang kaitan tetapi ramai pakar sudah membangkitkan kebarangkalian bahan di dalam pinggan, cawan dan sudu plastik yang digunakan mengancam kesihatan. Nasihat utama buat masa ini adalah untuk mengelakkan penggunaan peralatan plastik dengan makanan atau minuman panas. Ini bagi mengelakkan bahan kimia dalam plastik berkenaan (seperti BPA) menyerap masuk ke dalam makanan atau minuman tersebut.
Berisiko
Kanak-kanak merupakan golongan paling berisiko menghadapi masalah kesihatan akibat pendedahan terhadap bahan kimia dalam makanan diproses mahupun radiasi dari pelbagai alat digital yang digunakan di dalam rumah. Seperti BPA, kajian semasa belum dapat menunjukkan kaitan penuh jumlah bahan kimia dalam makanan dan juga radiasi alat digital dengan masalah kesihatan.
Namun, pakar-pakar kesihatan menasihatkan ibu bapa supaya mengurangkan jumlah pendedahan kepada anak-anak kerana walaupun jumlah bahan kimia atau radiasi rendah, tempoh pendedahan yang lebih lama berbanding individu dewasa mungkin memberi kesan buruk kepada fizikal dan mental anak kelak.
Petua ini amat wajar diikuti ibu bapa dan golongan dewasa memandangkan terlalu banyak produk makanan diproses dijual di pasaran kini. Apa sahaja makanan yang ditambah bahan kimia untuk meningkatkan rasa, warna mahupun sebagai pengawet dikira sebagai makanan diproses. Ini termasuk produk-produk siap dibungkus untuk memudahkan dimasak.
Tambahan pula, ibu bapa juga mula memberi alat digital seperti telefon bimbit, permainan video dan pemain muzik MP3 yang mendedahkan anak kepada kesan gelombang radiasi, sedikit atau banyak.
Kebelakangan ini juga, terdapat peningkatan mendadak maklumat berangkai yang membabitkan pengambilan ubat, produk kesihatan dan suplemen tertentu melalui internet. Sememangnya terdapat produk yang boleh membantu meningkatkan tahap kesihatan tetapi perlu difahami bahawa tiada produk yang 100 peratus dapat mencegah penyakit (seperti didakwa sesetengah laman web dan e-mel).
Seperti juga senaman, menjaga pemakanan, gaya hidup dan mengenal faktor risiko; ubat, produk kesihatan dan suplemen cuma menjadi antara langkah untuk mengurangkan risiko menghidap penyakit tertentu. Pemeriksaan berkala sebenarnya lebih atau sama penting bagi membantu mengesan sebarang penyakit dari peringkat awal. Kebanyakan penyakit paling mudah dirawat, dikawal atau mungkin dipulihkan jika dikesan pada peringkat awal.
Kronik
Antara maklumat paling menarik disebarkan di internet kini adalah mengenai tahap pH (asid atau alkali) badan yang didakwa menentukan sel kanser hidup atau mati. Tahap pH dalaman badan, terutamanya darah, yang sedikit beralkali didakwa menghalang pertumbuhan dan juga membunuh sel kanser, membunuh kuman serta merawat penyakit tertentu.
Dilihat kembali kepada perubatan tradisional, banyak ramuan untuk merawat penyakit berasa pahit atau kelat akibat tahap pH yang beralkali. Kuman pula dilihat lebih suka hidup dalam suasana lebih berasid (seperti pada kulit manusia dengan pH sekitar 5.5). Secara umumnya ini mungkin ada kebenarannya. Namun, belum ada bukti saintifik kukuh yang dapat menyokong dakwaan ini.
Asas utama mengekalkan kesihatan adalah keseimbangan. Sesetengah sistem badan memerlukan suasana berasid, yang lain pula beralkali untuk berfungsi dengan baik. Jika keseimbangan dijaga, sistem imuniti badan dapat melindungi diri sendiri dari kebanyakan penyakit dan juga menghalang pembentuk kanser dari peringkat awal.
Antara teori utama berlakunya kanser juga menunjukkan kaitan dengan masalah sistem imuniti yang lemah sehinggakan gagal membunuh sel kanser dari peringkat awal - sehingga membentuk ketumbuhan besar, yang jauh lebih sukar untuk dikawal. Jika dapat dikawal dan dirawat dari peringkat awal, kebanyakan penyakit manusia tidak akan berkembang ke tahap yang lebih teruk.
Sebagai contoh, strok atau angin ahmar. Sebilangan pakar saraf mendakwa sebahagian besar kesan serangan strok terhadap seorang pesakit dapat dipulihkan jika mangsa dikesan dalam tiga jam pertama. Seperti kanser, strok yang dikesan awal membezakan keadaan pesakit - mampu pulih, atau lumpuh selamanya.
Antara tiga cara mudah mengesan mangsa serangan strok yang disebarkan melalui e-mel berangkai adalah kesukaran untuk senyum, bercakap dengan lancar atau sukar mengangkat kedua belah tangan. Dakwaan terbaru, lidah juga menjadi penanda serangan strok. Jika seseorang itu sukar menjelirkan lidahnya, lidah senget ke tepi ataupun bengkok, dia mungkin telah mendapat serangan strok.
Bagaimanapun, perbincangan dengan beberapa pakar neurologi tempatan menyangkal dakwaan ini kerana belum ada bukti yang mengaitkan kesan strok kepada fungsi lidah. Namun, tidak disangkal sebarang perubahan dramatik dalam fungsi mental atau fizikal badan seseorang mungkin menandakan perubahan atau kerosakan besar pada otak.
Seperti yang diwar-warkan juga, antara punca utama kerosakan kepada otak dan juga badan adalah kurang rehat serta tekanan (stres). Tidak cukup rehat, tidur serta stres boleh membawa kepada penyakit tertentu dan telah dibuktikan melalui beberapa kajian akan meningkatkan tekanan darah, tekanan emosi, diabetes akut, kerosakan fungsi organ, malah boleh membawa maut.
Makanan
Petua makan! Nasihat mengenai pemakanan mungkin antara paling penting memandangkan kita makan dan minum setiap hari. Nasihat mengenai pengambilan buah ketika perut kosong dan juga meminum air kosong selepas bangun tidur amat baik untuk diamalkan.
Buah, juga seperti sayur, kaya dengan serat dan dapat membantu membersihkan sistem penghadaman. Serat buah memudahkannya bergerak lancar melalui usus, sambil mencuci dan membuang toksin.
Namun, memakan buah selepas mengambil makanan berat tidak sesuai kerana serat buah akan bercampur dengan makanan lain dan menyukarkan pergerakannya melalui usus. Ini menyebabkan makanan mereput sebelum dapat diserap sementara serat yang ‘tersangkut’ menyebabkan perut berangin.
Tindakan banyak berjalan atau melonggarkan tali pinggang selepas makan juga tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menyebabkan usus yang penuh dengan makanan ‘terjatuh’ atau beralih kedudukannya. Beri sedikit masa untuk makanan melalui perut dan usus sebelum banyak bergerak ataupun melonggarkan tali pinggang.
Rasa mengantuk selepas makan juga sebenarnya normal memandangkan darah dari seluruh badan (termasuk kepala) akan bertumpu ke abdomen untuk proses penghadaman dan penyerapan nutrien.
Cara makan juga sebenarnya memainkan peranan. Penggunaan tangan ada kelebihannya tersendiri! Petua menjilat hujung jari selepas makan (bagi yang menggunakan tangan) mungkin berkaitan dengan kehadiran enzim-enzim tertentu yang mampu mencerna bahan genetik (DNA dan RNA).
Mengikut teori penyerapan DNA secara spontan, terdapat kebarangkalian kecil DNA asing menyerang ke dalam sel badan manusia. Pencernaan bahan genetik (dari sel haiwan dan tumbuhan) mungkin dapat menghalang penyerapan unsur genetik asing ke dalam sel badan semasa penghadaman - yang mungkin boleh membawa kepada pembentukan kanser dan kerosakan sel.
Dari segi jumlah makanan juga, kita tidak sepatutnya mengambil terlalu banyak makanan atau nutrien tertentu. Makanan atau nutrien yang baik untuk badan juga boleh menyebabkan keracunan jika diambil terlalu banyak.
Ini terbukti dengan kajian keracunan yang dicatatkan hasil pengambilan terlalu banyak vitamin A dan C. Terlalu banyak serat pula boleh membawa kepada masalah ‘angin’, sementara meminum terlalu banyak air kosong pula mampu menjejaskan keseimbangan osmosis dan fungsi sistem dalaman badan.
Akhir sekali, apa yang dimakan sepatutnya tidak ‘diperam’ terlalu lama. Petua supaya tidak menahan kencing mahupun membuang air besar penting untuk membuang toksin dari dalam badan. Menahan kencing bukan sahaja meningkatkan penyerapan toksin dari air kencing, malahan meningkatkan risiko pembentukan batu
karang di dalam buah pinggang dan pundi kencing.
Kita juga disarankan membuang air besar sekurang-kurangnya dua kali setiap hari, pagi dan malam. Jika ditahan terlalu lama, usus besar yang berfungsi menyerap kembali air dari dalam najis akan menyerap bersama toksin yang larut di dalam air. Pengumpulan toksin bukan sahaja menjejaskan tisu usus, malahan mungkin dikembalikan ke dalam aliran darah, ke seluruh badan.
Melihatkan begitu banyak nasihat yang dikongsi melalui internet, kita perlu memastikan yang mana benar, yang mana palsu dan yang mana cuma jenaka semata-mata. Lebih-lebih lagi jika panduan samar yang melibatkan pemakanan harian dan juga kesihatan anak-anak kecil.
kesihatan@utusan.com.my
|

Khamis, 19 November 2009
SEJARAH AYAT KURSI
Allah,
tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,
Yang Tetap hidup,
Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).
Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.
yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.
Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a.. w. bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."
Sabda baginda lagi;
"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal
dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda
sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Mala ikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Mala ikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan
pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi
sumber : emel dari yahoo
pertolongan kepadanya
sumber : emel dari yahoo
Rabu, 18 November 2009
Jerat Internet
PENGGUNAAN Internet kian meningkat di kalangan penduduk negara ini dengan kebanyakan masyarakat di Malaysia mula mengenali kebaikan yang mampu mengubah kehidupan.
Apatah lagi dengan kemudahan rangkaian jalur lebar yang memudahkan akses kepada Internet rancak dipromosikan, syarikat telekomunikasi menawarkan pakej dengan harga semurah RM49 sebulan.
Di sebalik celik Internet di kalangan warganegara Malaysia, timbul pula persoalan moral yang dibangkitkan seperti buli siber, pencurian data dan sebagainya.
Salah satu agensi kerajaan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang bertanggungjawab mengawasi keselamatan 'online' di negara ini iaitu Cybersecurity Malaysia melaporkan hampir 2,937 insiden online berlaku pada tahun ini .
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lt Kol (b) Husin Jazri, mendedahkannya sebagai meningkat 68 peratus berbanding tempoh sama iaitu Januari hingga Oktober pada tahun lalu.
"Ia satu angka yang serius dan mungkin lebih banyak kerana insiden yang kami ada berdasarkan laporan dibuat.
"Cuba bayangkan insiden yang tidak dilaporkan, ia mungkin lebih banyak daripada kaca mata kita," katanya.
Husin berkata, perkataan insiden digunakan organisasinya kerana laporan yang diterima daripada orang awam mungkin boleh dijadikan kes atau tidak bergantung kepada masalah online dihadapi pengguna.
"Masalah keselamatan komputer pada masa kini lebih kompleks, ia bukan lagi berkaitan isu teknikal tapi sudah membabitkan isu moral dihadapi pengguna yang mengakses Internet," katanya.
Malaysia akan bersama dunia pada 30 November ini bagi menyambut Hari Keselamatan Komputer, menunjukkan isu keamanan suasana perkomputeran perlu dititikberatkan dalam usaha memberikan kehidupan bahagia tanpa ancaman siber.
"Kita masih di peringkat awal dalam dunia Internet, namun perlu berhati-hati agar tidak terperangkap dengan jenayah siber yang boleh mengakibatkan kehidupan musnah hanya kerana satu klik," katanya.
Menurutnya, jumlah 16.5 juta pengguna komputer peribadi (PC) di negara ini menunjukkan pelbagai transaksi berlaku sama ada perbankan, sosial dan sebagainya yang berupaya mengundang ancaman.
"Malah, aktiviti sosial di laman web seperti Facebook, MySpace dan banyak lagi memungkinkan gejala tidak sihat berlaku sekiranya tidak dikawal dengan baik," kata Husin.
Beliau mendedahkan, laporan terkini menunjukkan pengguna Facebook di negara ini mencecah angka 2,619,040 pengguna dan diletakkan di tangga ke-18 di dunia sebagai negara yang aktif memperbaharui status masing-masing dalam laman web sosial itu.
"Ia angka yang bagus menunjukkan kadar celik teknologi maklumat (IT) di kalangan pengguna, namun pengguna juga perlu celik keselamatan kerana ia penting bagi memelihara identiti," katanya.
Tambahnya,ini berikutan 2,937 insiden yang berlaku sehingga Oktober lalu membabitkan masalah menumpang identiti orang lain, perkhidmatan dinafikan, penipuan dan pemalsuan, terdedah kepada niat jahat, gangguan kandungan tidak senonoh, kod jahat atau 'malicious' dan gangguan sistem.
Malah, tidak terkecuali masalah kegiatan menyamar sebagai individu tertentu dengan tujuan mengaibkan atau mengaut keuntungan yang mula menular mencari mangsa untuk ditipu.
Ketua Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT), Adli Abd Wahid, memaklumkan hampir 151 kes membabitkan gangguan di Internet dilaporkan kepada pasukannya.
"Insiden tertinggi dilaporkan pada Februari lalu dengan 23 laporan manakala Julai mencatatkan angka kedua tertinggi iaitu 22 laporan," katanya.
Beliau berkata, setiap insiden boleh disusuli dengan laporan polis memandangkan organisasinya tidak bertanggungjawab sebagai penguat kuasa.
"Gangguan di Internet boleh tergolong dalam kategori 'cyberstalking' atau 'penghendap siber'," kata Adli.
Penghendap siber didefinisikan sebagai penggunaan Internet atau saluran elektronik lain untuk menghendap orang lain dengan tujuan jahat sama ada sebagai individu atau organisasi.
Kelakuan ini termasuk tuduhan palsu, memfitnah, mengancam, mengeksploitasi seks, menyalahguna e-mel orang lain, mencuri identiti dan mengumpul maklumat orang lain yang bertujuan mengganggu individu terbabit.
Adli berkata, terdapat insiden dilaporkan menunjukkan e-mel mangsa diconteng pada dinding tandas yang mengatakan mangsa ingin menawarkan perkhidmatan seks.
"Pada kebiasaannya, pemangsa adalah individu mengenali mangsa seperti bekas teman lelaki atau suami yang mahu membalas dendam," katanya.
Beliau berkata, pasangan kekasih atau suami isteri mengetahui data lengkap pasangan masing-masing dan membalas dendam dengan membocorkan maklumat peribadi sebaik mereka berpisah.
Dalam pada itu, Husin menambah, terdapat mangsa yang berada dalam keadaan trauma apabila identitinya dicuri dan didaftarkan sebagai pengguna palsu di laman web sosial selepas dia memutuskan hubungan.
"Maklumat mangsa didaftarkan ke akaun MySpace dengan menyatakan mangsa berminat untuk menawarkan khidmat seks," katanya.
Tidak beberapa lama dulu, berlaku kes sama yang dihadapi pelakon terkenal tanah air, Haliza Misbun apabila identitinya dimuatkan dalam akaun Facebook.
Nama baik Haliza, 36, tercemar dengan perbuatan individu tidak bertanggungjawab yang menyamar dirinya, sekali gus, 'melayan mesra' peminat pelakon itu yang mendaftar masuk dalam senarai kenalan.
Haliza membuat dua laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur pada 11 September lalu dan Balai Polis Bukit Indah, Ampang, Selangor (12 September).
Selain itu, pelakon terbabit turut menghantar kedua-dua salinan aduannya kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Cyberjaya untuk tindakan susulan.
Berdasarkan laporan Harian Metro, Haliza memaklumkan dia malu dan kesal apabila ada individu tidak bertanggungjawab sanggup menipu peminat dengan menyamar sebagai dirinya di Facebook dan dianggap mencemarkan imejnya.
Baru-baru ini, terdapat laporan di San Francisco, Amerika Syarikat yang melaporkan lima pengguna Facebook menyaman rangkaian sosial Internet itu kerana membenarkan anggotanya berkongsi aspek kehidupan dalam laman web.
Tindakan undang-undang yang difailkan di sebuah mahkamah di selatan California menuduh Facebook menjadi 'lombong' data dan tidak menunaikan janji untuk memberikan pengguna kawalan ketat terhadap data yang dimasukkan ke dalam profil.
Saman itu menuntut bayaran ganti rugi, namun Facebook menolak saman itu dengan mendakwa ia tidak berasas.
Antara plaintif ialah seorang wanita yang menyertai Facebook pada fasa awalnya ketika keanggotaannya dihadkan kepada pelajar kolej.
Facebook dituduh mengkhianati wanita itu dengan menjadikan laman berkenaan rangkaian sosial terbuka yang hingga kini dianggotai 250 juta orang di seluruh dunia.
Laman web itu satu bentuk medium sosial media kerana lebih menghubungkan seseorang secara santai yang mungkin bertebaran jauh, merentas benua menerusi platform Internet.
Pengguna boleh meluahkan perasaan atau pandangan menerusinya dan pada masa sama sebagai platform untuk memperkenalkan diri dan menggambarkan identitinya yang sebenar.
Walau bagaimanapun, kita perlu berhati-hati ketika mendedahkan maklumat di laman sembang kerana Facebook dan laman sembang lain juga pernah dikaitkan dengan Agensi Perisikan Pusat (CIA) milik Amerika Syarikat satu ketika dulu.
Kebimbangan mengenai keselamatan data mungkin timbul jika ada pengguna Facebook yang menyalahgunakan maklumat atau profil seseorang untuk tujuan tertentu dengan menjual maklumat itu kepada syarikat tertentu kerana dalam banyak keadaan, tidak ada sistem yang dijamin selamat.
Maklumat peribadi yang disimpan dalam laman sosial boleh digunakan sesiapa saja untuk menghantar virus atau spam menerusi e-mel kerana menerusi Internet, seseorang itu boleh menjadi sesiapa saja tanpa perlu menyalurkan maklumat sebenar.
Pengguna sendiri perlu menjadi penapis kepada semua maklumat yang mahu disiarkan.
Kalau dilihat senario semasa, tidak semua pengguna laman sembang mahu mendedahkan identiti sebenar dan lebih selesa menggunakan nama samaran yang bertujuan untuk berseronok semata-mata.
Menyentuh mengenai tindakan jika menjadi mangsa di laman web sosial, Husin berkata, pengguna boleh melaporkan kepada organisasinya kerana agensi terbabit lebih dikenali kerana di bawah pengawasan kerajaan.
"Sekiranya pengguna mengalami insiden akaun diceroboh tanpa kebenaran dan kecurian maklumat, bolehlah merujuk kepada kami menerusi perkhidmatan Cyber999," katanya.
Tambahnya, jika mangsa melaporkan mengenai insiden mereka terus kepada pengurusan laman web sosial, ia mungkin sukar dipercayai namun jika menggunakan khidmat Cyber999 mungkin dapat mengukuhkan laporan terbabit.
Justeru, pengguna perlu bijak memelihara data peribadi agar nasi tidak menjadi bubur pada kemudian hari yang memberi kesan negatif kepada kehidupan.
Sila baca artikel bertajuk "Jerat Internet", di alamat http://www.hmetro. com.my/Current_ News/myMetro/ Wednesday/ itMetro/20091118 102600/Article/ index_html
Isnin, 16 November 2009
RAHSIA DI SEBALIK CIUMAN LELAKI
Apakah tanda di sebalik ciuman suami atau pasangan anda? Tahukah anda di sebaliknya ada tersirat rahsia? Ya! Apakah rahsia di sebalik sebuah ciuman?
Kalau si lelaki atau pun wanita dilihat sedang mencium manja seorang kanak2 kecil yg comel, ia boleh dilihat sebagai tanda kasih dan minatnya terhadap si kecil itu. Ia suatu petanda sayang dan prihatinnya terhadap kanak2 itu. Tetapi apabila ada pasangan lelaki mencium atau mengucupi wanita, apakah tanda dan rahsia di sebaliknya?
Sesungguhnya kucupan atau ciuman seorang pasangan lelaki terhadap pasangan wanitanya itu terselit rahsia yg perlu anda ungkapi dan fahami persiratannya. Ia mempunyai makna-makna tertentu dan kita akan seronok apabila benar2 dapat menyingkapnya. Ia memudahkan anda utk memahami sikap si dia. Ciuman pada bahagian2 tertentu di tubuh wanita mempunyai rahsia yg berbeza lagi tersendiri. Ciuman atau Kucupan pada Tangan Jika seorang lelaki mencium belakang tangan anda, itu tandanya si dia menyanjung dan menghormati anda. Lelaki atau sesiapa sahaja yg bersopan akan mengucup orang yg dihormati dan disanjunginya pada bahagian belakang tangan orang yg berkenaan. Ini biasanya dilakukan oleh seorang anak terhadap ibu bapanya, seorang bawahan ke atas atasannya, seorang murid terhadap gurunya dan seterusnya.. .. Jarang berlaku seorang lelaki mengucup tangan pasangan wanitanya, apatah lagi seorang suami kepada isterinya. Jika berlaku juga sedemikian, itu menandakan si lelaki berkenaan benar-benar menyanjungi dan menghormati wanita tersebut sebagai seorang yg istimewa dalam hidupnya.
Ciuman di Dahi
Selalu juga kita saksikan seorang lelaki mencium pasangan wanitanya di dahi. Apakah tandanya? Jika anda pernah dihadiahkan sebuah kucupan di dahi ,itu tandanya si dia begitu kasih terhadap anda. Dan kasihnya begitu kudus. Anda dapat berasakan getaran kasihnya pada anda begitu syahdu.
Ciuman Sayang
Jika pasangan anda mengucup anda di pipi, itu tandanya si dia sayang pada anda. Malah jika anda sedang marah dan dia tiba2 mencium pipi anda, itu maknanya dia tetap sayang pada anda walaupun apa yg terjadi. Malah ciuman sayang di pipi sering dihadiahkan oleh sang suami kepada isteri dalam suasana gurau senda dan ceria. Begitu juga apabila suami baru pulang dari kerja atau berjalan jauh, satu ciuman di pipi menandakan dia sayangkan anda, rindukan anda dan cintanya pada anda terus bersemi.
Ciuman Cinta
Saat anda sedang berdiri, tiba2 suami anda datang sambil memegang kedua pangkal lengan anda. Lalu anda dan dia saling berhadapan sehingga wajah anda bertembung dengan wajahnya. Lalu sebuah kucupan hinggap di bibir anda. Itu tandanya sebuah ciuman cinta sedang ditebarkan. Anda tetap dicintainya, bahkan kian hangat sehangat ciuman yang terhinggap.
Kucupan dari Belakang
Pernahkan anda dikejutkan oleh suami anda dengan kucupan dari arah belakang? Contohnya sedang anda sibuk mencuci pinggan, tiba2 pasangan anda menerpa dari arah belakang dan mengucup tengkuk dan pipi anda. Ini menunjukkan betapa pasangan anda begitu geram terhadap anda. Dan anda pun terasa terngiang bulu roma di saat itu. Namun anda patut berasa senang hati kerana tahu tahu betapa dia terngidamkan anda!
Kucupan Lutut
Betapalah lelaki ini telah rebah ke kaki anda. Benar, jika anda terjumpa lelaki yg sanggup mencium lutut anda, biarpun masih beralaskan pakaian, itu tandanya sudah teruk benar minatnya terhadap anda. Dalam hal ini, mudah pula anda mengambil kesempatan kerana dia akan tunduk pada setiap kemahuan anda.
Ciuman Di hujung Kaki
Ia amat jarang dilakukan oleh kebanyakan dari kita melainkan dalam sesetengah budaya dan adat resam India. Jika ada juga lelaki luar melakukannya , ia kira sudah luar biasa. Perlakuan ciuman di hujung kaki yang bukan kerana adat, itu petanda si lelaki berkenaan sudah terlalu merendah diri dan terlampau memuja anda. Anda boleh menganggap si dia boleh diperlakukan apa saja oleh anda. tapi, tengoklah juga. Lelaki pandai berlakon dan mungkin dia cuma melakonkan saja utk mendapat perhatian anda sedang hakikatnya tidak boleh diperlakukan seperti yg anda tafsirkan. Apa pun, kucupan sedemikian tidak seharusnya dilakukan.

Ps: Ini utk husband and wife je eh, kalau selain dari itu, sume palsu dan tidak boleh dipercayai langsung......so yang tak kawin lagi tu, jgn ngada-ngada nak try k.........
Khamis, 12 November 2009
Mila Menulis Tentang Isu Penangkapan Dr. Asri
Semenjak berita penangkapan Dr. Asri menggemparkan seluruh Malaysia, saya seakan-akan baru mula tersedar akan perbezaan pandangan yang di bawa oleh beliau. Saya selalu membaca penulisan beliau dalam Blog Minda Tajdid, namun mungkin kerana sifat yang tidak kritis dan cetek ilmu agama, saya tidak mengkaji perbezaan tersebut.
Setakat yang saya belajar dan saya faham, Agama Islam mempunyai 4 sumber rujukan yang diterima umum iaitu Al-Quran, Sunnah, Hadith dan Ijma'. Al-Quran merupakan sumber rujukan utama ummat islam namun terjemahan Al-Quran ini mempunyai banyak pendapat. Sunnah merupakan amalan yang lebih kepada perbuatan Rasulullah SAW yang merupakan nabi akhir zaman. Baginda telah menyempurnakan segala ajaran islam untuk diamalkan oleh seluruh ummat akhir zaman. Hadith adalah segala percakapan Rasulullah yang disampaikan dari mulut kemulut dan terdapat beberapa jenis hadith yang boleh dipakai sebagai rujukan. Akhir sekali Ijma' adalah pendapat ulama-ulama yang terpilih yang akan berbincang tentang hukum sesuatu isu dan mereka menghuraikan islam mengikut keadaan dan situasi setempat. Ulama adalah pewaris nabi, maka di Malaysia, ia dinamakan pendapat Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Hanya empat ini rujukan Islam dan segala persoalan mengenainya perlulah diserahkan kepada yang berhak. Sekiranya ada sebilangan pendapat yang bercanggah dengan ASWJ, maka perlu kembali semula merujuk kepada ASWJ untuk dipastikan.
Jadi dalam isu ini, bukanlah tugas saya untuk menyalahkan sesiapa. Sebagai seorang yang beragama islam, saya sangat mengharapkan agar segala amalan dan ibadah saya diterima oleh Allah SWT. Jangan lah ada sebarang penyelewengan yang boleh mempengaruhi minda kita dari terus mengamalkan islam yang sebenarnya. Saya berfikir, jika ulama-ulama di Malaysia saling bercanggah pendapat, bagaimanakah kredibiliti mereka dalam menjadi sumber rujukan ummat islam?
Saya pun berasa pelik bagaimana seorang ustaz mendapat sokongan dari rakan-rakan artis yang selama ini saya fikir tidak pernah menjadikan golongan ulama sebagai idola mereka. Selama ini saya melihat kebanyakan fatwa dari ulama tidak dihiraukan malah dipersoalkan. Namun dalam isu ini, Dr. Asri mendapat sokongan belakang, dari artis-artis. Dari situ saya berasa sangat pelik dan membuat saya berfikir.
Saya memohon maaf sekiranya ada individu yang tidak berpuas hati dengan pandangan saya ini. Walaupun saya bukanlah seorang yang belajar agama dengan mendalam, tetapi dari basic ilmu yang saya sebutkan di atas tadi, saya yakin dengan pendirian dan pegangan saya terhadap islam di Malaysia yang menjadikan ASWJ sebagai rujukan utama agama islam di Malaysia.

Isnin, 9 November 2009
Memahami isu penangkapan Dr. Asri
Yusri Mohamad ialah Naib Presiden, Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM)
Tulisan ini asalnya bertujuan sebagai respons khusus kepada dua tulisan Datuk Dr.Mohd.Asri Zainul Abidin dalam Mingguan Malaysia yang bertajuk Fitnah dan Perjuangan dan Sejarah Akan Berulang.
Bagaimanapun, oleh kerana sekarang ini pandangan masyarakat lebih tertumpu kepada isu penangkapan beliau, wajarlah di sini kita soroti persoalan Dr. Asri secara lebih umum.
Apabila berita beliau ditahan tersebar, tidak kurang yang simpati kerana asas penangkapannya, iaitu mengajar tanpa tauliah dirasakan terlalu kecil. Mereka yang lebih mengenali dan analitikal terhadap Dr. Asri pula beranggapan sememangnya beliau tidak wajar dibenarkan bebas menyebarkan pandangannya. Terlepas daripada soal wajar atau tidaknya Dr. Asri ditangkap, undang-undang yang mewajibkan tauliah untuk mengajar agama Islam tidaklah perlu dipertikaikan.
Undang-undang itu bukan sahaja bertujuan untuk memastikan hanya mereka yang berkelulusan dibenarkan mengajar. Ia juga bertujuan agar mereka yang tidak sesuai dan layak, dapat dihalang daripada mengajar walaupun mempunyai pelbagai kelulusan dan gelaran akademik. Jika ada yang tidak sesuai dan layak tetapi masih berdegil untuk mengajar walaupun telah diberi amaran, maka tidak salahlah tindakan penangkapan diambil jika dirasakan perlu.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa pula seorang seperti beliau dikatakan tak sesuai dan tidak layak mengajar? Jawaban pokok kepada soalan ini adalah, Dr. Asri sebenarnya mewakili dan menjuarai suatu aliran pemikiran yang tidak selari dengan fahaman Islam sebenar atau yang biasa dinamakan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Oleh kerana fahaman Islam ASWJ menjadi pegangan asas para ulama dan pihak berkuasa agama di semua negeri, maka Dr. Asri dalam banyak hal menjadi tokoh yang sangat kontroversial kerana beliau sering menimbulkan pandangan yang mengelirukan masyarakat dan secara langsung atau tidak, menggugat kestabilan hidup beragama di negara kita.
Oleh kerana beliau jelas mengambil pendekatan bertentangan dengan arus perdana Islam di Malaysia, tidak hairanlah beliau diminati oleh sebahagian tokoh, individu dan organisasi yang sememangnya prejudis terhadap arus perdana Islam di Malaysia. Beliau turut diminati oleh mereka yang cenderung terlebih liberalis, rasionalis dan 'pemberani' dalam soal-soal agama kerana mereka ini juga terasa terbatas dengan kuatnya arus perdana Islam ASWJ di Malaysia.
Dr. Asri juga menerima dokongan atau sekurang-kurangnya simpati segelintir tokoh agama dan orang politik yang memang sealiran dengan beliau. Aliran Islam yang diperjuangkan oleh Dr. Asri boleh digelar pelbagai nama walaupun beliau sendiri cenderung menggunakan istilah yang bunyinya lebih positif seperti 'tajdid' atau 'kaum muda' serta mengelakkan istilah yang lebih kontroversi seperti 'Wahhabi'.
Apa pun labelnya, hakikatnya aliran ini memang wujud di dunia Islam walaupun merupakan aliran minoriti umat Islam yang majoritinya beraliran ASWJ. Perlu diingat para pendokong aliran ini sendiri sering mendakwa bahawa aliran mereka adalah aliran ASWJ sebenar. Antara ciri utama aliran 'kaum muda' seperti yang dipegang oleh Dr. Asri ini adalah kecenderungan merujuk terus kepada nas-nas al-Quran dan sunah tanpa mengutamakan tafsiran dan ijma' para ulama. Kecenderungan ini membawa kepada penolakan terhadap kebakuan fiqh Mazhab yang empat, akidah 'Ash'aari- Maturidi dan kerohanian tasawuf.
Pegangan
Di Malaysia, sejak awal lagi aliran ASWJ telah menjadi pegangan majoriti dan aliran yang dominan. Pun begitu, minoriti individu dan tokoh yang cenderung kepada aliran 'kaum muda' sudah ada sebelum munculnya Dr. Asri lagi. Mereka ini berada di pelbagai tempat tetapi mereka umumnya tahu diri dan tidak cuba mencabar secara agresif aliran perdana ASWJ. Bagaimanapun, fenomena Dr. Asri yang agresif dan lantang itu dilihat telah menyuntik keberanian kepada pengikut aliran ini untuk turut cuba mencabar dominasi fahaman ASWJ di Malaysia.
Dalam 'perjuangan' mendominasikan alirannya, Dr. Asri banyak bergantung kepada bakat pidato dan penulisannya berjubahkan nas-nas al-Quran dan sunah yang terpilih dengan tafsiran yang selari dengan alirannya. Beliau juga sering berselindung di sebalik tokoh-tokoh ulama terkenal sama ada dengan memilih pandangan tertentu yang memihak kepadanya sahaja serta mengaburkan aspek kontroversi tokoh-tokoh tersebut. Inilah yang sering beliau lakukan dengan tokoh-tokoh seperti Ibnu Taymiyyah, Ibnul Qayyim, Muhammad Ibn Abdul Wahab, Yusuf al-Qaradhawi dan Hamka.
Dalam dua tulisan terbarunya, Dr. Asri cuba bersandar kepada populariti Hamka dan ayahnya yang turut membawa aliran pembaharuan dalam masyarakat Islam Indonesia. Mungkin Dr. Asri ingin mengatakan bahawa beliau sebanding dengan Hamka, ditentang kerana membawa aliran pembaharuan yang bercanggah dengan ulama tradisi. Seperti biasa, mereka yang tidak meneliti dan pada masa yang sama mengagumi Hamka secara mutlak mungkin termakan dengan hujahnya ini tetapi pada hakikatnya, Hamka juga ada sisi kontroversinya dan bukanlah serba maksum. Kritikan Hamka terhadap ulama Malaysia seperti yang dipetik oleh Dr. Asri bukanlah buah pandangan terbaiknya yang perlu kita telan bulat-bulat. Kita ingin tanyakan kepada Dr. Asri, apabila beliau memetik kata-kata Hamka, "Tidak hairan, sebab feudalisme raja-raja di sana sebagai raja Islam, bersandar kepada ulama kolot yang mengutamakan taklid kepada ulama supaya rakyat taat kepada ulama, ertinya kepada raja, erti kepada Inggeris!", adakah beliau bersetuju dengan kenyataan ini? Jika betul ia adalah suatu gambaran salah yang menghina bukan sahaja para ulama tanah air, tetapi turut memperlekehkan institusi Raja-raja yang tak dapat dinafikan sumbangannya dalam menaungi agama di negara kita dari dahulu hingga sekarang.
Dari satu sudut lain, mereka yang mengkaji juga akan segera mengakui bahawa nasib sejarah dan realiti Islam dalam perlembagaan dan pentadbiran di Indonesia dan Malaysia jelas berbeza. Di Indonesia, Islam gagal diperuntukkan secara rasmi dalam perlembagaan sehingga urusan agama tidak dapat dikawal dengan kemas oleh undang-undang dan institusi rasmi.
Teman-teman yang prihatin dari Indonesia sering mengeluh bahawa inilah suatu kelebihan Islam di Malaysia berbanding dengan negara mereka yang akhirnya menyumbang kepada kerencaman yang melampau dan kurangnya kesepaduan umat Islam Indonesia. Kita patut tanyakan Dr. Asri, adakah beliau mahu kita mencontohi Indonesia dalam aspek ini dan melemahkan lagi kesatuan suara dan rasa umat Islam di Malaysia?
Sesiapa pun yang sedia mengkaji secara tekun dan jujur segala ucapan, tulisan dan sikap Dr. Asri (yang kebanyakannya boleh didapati di laman webnya) dengan berlatarbelakangkan pertembungan aliran ASWJ dan aliran-aliran pinggiran, akan segera banyak menemukan pola-pola pemikiran yang bertentangan dengan jumhur (majoriti) umat. Taklid dan hormat kepada tokoh ulama dan mazhab ditentang hanya untuk digantikan secara halus dengan taklid kepada tokoh dan alirannya sendiri. Dr. Asri juga sering menyeru kepada minda yang terbuka tetapi pada masa yang sama sering mempermasalahkan perbezaan pandangan dalam isu-isu ranting hingga menimbulkan ketegangan sesama Islam. Pandangan mazhab dan jumhur ulama kerap digambarkan sebagai ketinggalan dan jumud sedangkan dalam pelbagai persoalan lain aliran ini jauh lebih ketat dan keras daripada pandangan jumhur ulama.
Tulisan ini bukanlah sebuah perbahasan terperinci fenomena Dr. Asri tetapi cuba melakarkan suatu gambaran besar tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku. Gambar yang terhasil sebenarnya amat membimbangkan. Jika tidak berhati-hati, umat Islam di Malaysia yang sudah parah menanggung perpecahan mengikut garis kefahaman politik mungkin akan dirumitkan lagi dengan perpecahan aliran agama melibatkan ketiga-tiga sendi iaitu tauhid, Fikah dan tasawuf. Emosi dan simpati semata-mata tidak memadai untuk mencari sikap yang tepat dalam isu ini.
Dalam mabuk lagu perubahan dan pembaharuan yang dimainkan oleh Dr. Asri dan teman-teman sealirannya, kewibawaan kerangka fahaman agama serta keutuhan suara umat Islam boleh terhakis. Jika tidak berhati-hati kita akan mengulangi kesilapan isteri Aladdin yang termakan pujukan si tukang sihir jahat lalu menukarkan lampu lama yang penuh kesaktian dengan lampu baru yang hanya hebat luarnya tapi kosong isinya.
Wallahualam.
dan Bekas Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia.

Jumaat, 6 November 2009
Penerbangan Air Asia dari KUL ke KB
Hari ini saya menghadiri kursus di Kota Bharu. Lokasinya adalah Hotel Ridel yang terletak betul-betul di tepi sungai Kelantan. Ini adalah kali ke dua saya menjejakkan kaki di sini. Lokasi yang agak jauh menyebabkan kurang ke sini.
Kalau tak kerana kewajipan tugas, memang saya malas menghadiri kursus ini. Memandangkan ia berlansung pada hujung minggu iaitu waktu bersama keluarga. Tapi perlu cekalkan hati kerana pergi untuk menimba ilmu dan pengalaman.
Cuaca di nilai cerah. walaupun renyai-renyai sekali sekala. Namun masih baik berbanding Kota Bharu. Sejak semalam saya mendengar berita tentang cuaca hujan di Kelantan yang menyebabkan sesetengah kawasannya telah dinaiki air. Namun tidak di bandar Kota Bharu. Saya berharap agar ia tidak akan menjejaskan aktiviti di sini kerana saya perlu balik pada hari ahad.
Penerbangan Air Asia berjalan dengan lancar. Jam 1.40 ptg kami berlepas. Cuaca KLIA ok cuma bila masuk ke awan, hanya /awan tebal sahaja yang dapat dilihat dari tingkap kapal terbang. Kapal tak berapa penuh. Saya dihidangkan nasi lemak ayam. Saya makan sampai habis sebab perut memang lapar.
Habis makan tiba pula waktu mendarat. Kapal bergegar kerana awan tebal semasa pesawat nak merendahkan kedudukan. Sedikit demi sedikit ia turun, gegaran tetap terasa. Kadang-kadang terasa pesawat hilang ketinggian. turun naik sampai bandar KB dapat dilihhat. Namun kapal tak dapat mendarat juga sehingga terpaksa naik semula. Saya mengira dalam tiga kali pesawat berbuat demikian. Pilot yang bertugas tidak cakap banyak. Saya rasa pilot tu orang baru, muda lagi. dari suara dia bercakap. Rasanye begitulah.
Akhirnya setelah gagal mendarat, pilot mengumumkan yang dia terpaksa berpatah balik ke LCCT kerana keadaan cuaca yang tak mengizinkan. memang terasa angin lintang menerjah pesawat. Goyang-goyang, masa tu Tuhan saje yang tahu betapa takutnya. Bila kita di atas awan, tak ada pilihan yang boleh dilakukan bila menghadapi situasi cemas macam ni. Terjun tak boleh. Buka tingkap tak boleh. Kepercayaan sepenuhnya diberikan kepada pilot yang bertugas. Bertawakal lah.......
Sampai di LCCT ada kapal lain yang sedang menanti kami. Kami pun bertukar kapal. Pakcik dan makcik yang duduk di sebelah saya membatalkan niat mereka untuk terus terbang. Takut katanya dan tidak sanggup menghadapi risiko. Kesian saya pada pasangan tu. Nak buat macam mana. Memang tak ada pilihan. Tapi saya tetap ingin meneruskan perjalanan ini walaupun tak pasti sama ada kali ini kami dapat mendarat atau tidak.
Dalam penerbangan kedua, saya di tawarkan "free sit", duduk lah mana-mana yang kosong. Ada pasangan tu membawa anak kecil bersama. belum setahun pun anak itu. Terpaksa meredah hujan renyai untuk naik pesawat Air Asia. seperti yang anda maklum, LCCT tidak menawarkan tangga yang bersambung ke pintu. Penumpang perlu berjalan kaki bagi menaiki pesawat. Terdetik dalam hati saya, tidak ada kah krew Air Asia yang ingin memayungkan bayi tersebut? Kesiannya dia.....
Sebelum naik tadi, ada penumpang terjatuh kerana terlanggar beg penumpang lain. Dalam hati saya terdetik, mungkin kami pun serabut dengan penerbangan sebelumnya. Kaki dan lutut bergegar dan terpaksa berjalan jauh dari kapal ke kapal lain, menyebabkan kami keletihan.
Kali ini perjalanan berjalan lancar. Saya dengar pilot bertugas memberi salam dan selamat sejahtera kepada penumpang. Lega hati saya apabila dapat mendengar suara pilot bertugas. Saya yakin penumpang lain pun berasa demikian. Apatahnya kami mengharapkan beliau seorang yang dapat memandu kami mendarat dengan selamat di Kota Bharu. Pada dia disandarkan kepercayaan. Tambahan pula kami telah melalui situasi yang cemas tadi.
Dalam hati saya berdoa, agar Allah selamat kan pendaratan kami. Rahmati kami yang ingin melawat Kelantan yang memang kita kenali sebagai Negeri Serambi Mekah. Negeri yang kita ketahui secara tradisionalnya mengamalkan islam dalam semua aspek. Dan kami yang ingin melawat Kelantan juga mempunyai niat yang baik iaitu ingin menimba ilmu, kerana tugas, ingin melawat saudara mara, ingin pulang melawat ibu bapa dan ingin berniaga. Alhamdulillah, tepat jam 4.40 petang kami mendarat dengan mudah. Bila tayar pesawat menjejak tanah, lega terasa. dan inilah yang semuua penumpang dapat rasakan.
semasa berbaris keluar, saya nampak, pilot pesawat keluar dari kabin. Saya jarang melihat situasi begini walaupun dengan penerbangan MAS. Saya dapat rasakan yang kami amat dihargai. Saya sempat mengucapkan terima kasih kepada kapten tersebut. Kata saya "terima kasih kerana kami dapat mendarat, tadi tak dapat landing pun....." saya rasa dia faham. Dia mengangguk-angguk kepala sambil senyum. Kacak pilot tu. Tapi yang penting dia orang islam.
Begitulah perjalanan ke Kota Bharu pada hari ini. Moralnya, hargailah diri kita bila berdiri di atas muka bumi. Memandu di jalan raya.......hargailah diri kita kerana kita yang mengemudi kenderaan itu dan bukan orang lain. Di atas muka bumi, kita banyak pilihan untuk bertindak. tetapi jika di atas awan atau di dalam air mahupun di dalam tanah, kita hanya mampu bertawakkal pada Alah SWT.
Saya menulis cerita ini adalah sekadar berkongsi pengalaman. Di sini juga pentingnya perana pilot dan Pegawai Kawalan Trafik Udara dalam menentukan keselamatan penumpang kapal. Saat-saat cemas ini mungkin tidak dialami oleh ATCO di menara kawalan. namun dengan tanggungjawab dan kredibiliti, mereka perlu peka dengan segala situasi ini. Kerana bukan seorang dua, tapi beratus-ratus nyawa akan melayang hanya kerana sedikit kecuaian. Semua perkara tidak boleh diambil remah. Jika ATCO di Kota Bharu tidak sensitif dengan cuaca dan angin di sana, mungkin kami tak selamat. Maka tahap kepekaan mereka perlu tinggi.
Jadi kepada semua bakal-bakal ATCO yang nak temuduga nanti, boleh baca dan rasai pengalaman kami. agar nanti kamu semua dapat menjadi ATCO yang bertanggungjawab.

Isnin, 2 November 2009
Terapi Kambing...
Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing. Pengurai Kolestrol Tepu Salah satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti berikut; 1. Kolestrol daripada minyak tumbuhan seperti minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak jagung dan sebagainya (kecuali minyak zaitun). 2. Kolestrol daging lembu dan ayam. 3. Kolestrol tepu daripada makanan laut (kecuali ikan) iaitu sotong, udang, ketam, kerang, siput. 4. Kolestrol tepu daripada organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, usus, dan organ-organ lain seperti telinga, lidah, mata, dan sebagainya. 5. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh kolestrol tumbuhan seperti keropok lekor, tauhu goreng, taugeh goreng, telur goreng (bahagian kuning telurnya) dan sebagainya. 6. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh sodium (garam pengawit) seperti daging berger atau daging di restoran makanan segera. 7. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti Vitamin C seperti daging yang diperah limau atau mengambil herba chitosan (herba slimming) atau kuah laksa yang diperah limau atau amalan meminum jus oren setelah mengambil makanan tinggi protein. 8. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti karbon seperti ikan bakar, sate atau daging panggang. Daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan seperti yang dinyatakan di atas. Ikatan kolestrol tepu boleh dicegah sekiranya terdapat Omega 3 di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan ia hanya boleh diurai dengan kolestrol kambing sahaja. Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein akan mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Kandungan kolestrol tepu jenis ini sekiranya terdapat banyak dalam darah akan mengakibatkan masalah jantung. Sodium (sejenis garam) yang digunakan untuk mengawit daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging berger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti Mono Sodium Glitumat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia akan menyebabkan strok. Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening. Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi. Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan). Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung. Mencantikkan Kulit Dalam daging kambing turut terdapat Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu dan mencantikkan kulit. Pengambilan protein tinggi yang berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan menyebabkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari. Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang putih dan cantik. Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi menjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang. Jantung yang menerima kolestrol daging kambing akan lebih lembut dan lancar pergerakannya. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan. Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran kasih sayang. Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan, silalah amalkan memakan daging kambing. Ps : Terima kasih kepada En. Abu Naim atas kiriman emel. Kebetulan, saya memang suka sangat daging kambing....yum yum.... |
Tips Keselamatan Kanak-Kanak
Kes kehilangan anak kesayangan sememangnya suatu yang menyedihkan. Tambahan pula jika telah ditakdirkan yang anak tersebut hilang selama-lamanya tanpa dijumpai dan mendengar khabar berita tentangnya. Bagi ibu bapa ini merupakan satu dugaan yang amat hebat dan kalau boleh ingin dihindari oleh sesiapa sahaja.
Saya juga merupakan seorang ibu dan memahami situasi seperti ini. Perkara seperti ini boleh kita elakkan sebelum berlaku. Setiap ibu bapa perlu mengambil langkah berjaga-jaga setiap hari apabila melepaskan kanak-kanak keluar dari rumah. Saya ada beberapa tips yang boleh kita kongsi dan bincangkan bersama.
1. Hindari tempat-tempat yang sesak dan berisiko tinggi yang boleh membahayakan keselamatan anak-anak.
Jika boleh, tinggalkan anak bersama pengasuh jika benar-benar terpaksa ke tempat tersebut. Di Kuala Lumpur khasnya, banyak tempat yang kita ketahui memang tinggikadar kesesakkannya seperti Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Chow Kit dan banyak lagi. Kawasan ini sememangnya telah kita ketahui banyak jenayah seperti ragut dan 'pick pocket' berlaku. selain dari bahaya jenayah, tempat-tempat awam seperti ini juga terdedah dengan kuman atau virus yang boleh berjangkit.
2. Benarkan anak-anak membawa beg sandang.
Tujuan membawa beg sandang adalah supaya ibu bapa dapat menulis nama dan nombor telefon untuk disimpan di dalam beg anak-anak agar sekiranya sesuatu berlaku, pihak ketiga dapat merujuk kepada maklumat tersebut. Namun mungkin sesetengah ibu bapa rasa ragu dengan tindakan ini. Jika tidak anda juga boleh menyelitkan maklumat tersebut ke dalam kocek si manja.
3. Jangan pakaikan anak dengan barang kemas
Ini memang seolah-olah anda menyerahkan anak anda kepada penjenayah. Sekalipun ia adalah barang kemas tiruan, elakkan sama sekali.
4. Awasi anak-anak semasa membeli belah
Antara ibu dan bapa mestilah ada seorang yang akan memantau anak-anak semasa di pusat membeli belah. kanak-kanak memang susah dikawal kerana biasanya mereka akan leka bermain atau berjalan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Jadi ibu bapa perlu lah sentiasa memerhati anak mereka sambil sibuk membeli belah.
5. Jangan biarkan anak keluar sendiri tanpa ditemani orang dewasa
Sesetengah ibu bapa merasa ia akan mengongkong anak mereka. Tetapi bagi saya, itulah hakikatnya demi menjaga keselamatan mereka.
6. Keluar bersama ibu bapa
Ada baiknya jika ibu bapa sentiasa meluangkan masa untuk anak-anak sekiranya mereka perlu keluar untuk membeli keperluan atau bertemu rakan. Jika anda benar-benar yakin yang anak anda akan selamat, teruskanlah....
7. Ajar anak mengetahui nama ibu, bapa dan keluarga terdekat malah nombor telefon
Ajar anak-anak bercakap nama mereka, nama penjaga, tempat tinggal dan lebih baik lagi nombor telefon anda. Lebih baik lagi, ajar anak menggunakan telefon dan nombor kecemasan.
8. Ajar anak supaya tidak mempercayai orang yang tidak dikenali.
Tunjuk gambar keluarganya dan uji ingatan anak-anak dengan menyebut nama keluarga dalam gambar. Sentiasa tanamkan dalam hati mereka supaya mencurigaiorang yang tidak dikenali.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil sebelum sesuatu perkara buruk itu berlaku. langkah pencegahan seperti ini bukan sahaja boleh mencegah jenayah malah memastikan keselamatan sosial anak anda terjamin. Sebagai ibu bapa, kita perlu prihatin dengan persekitaran anak-anak kerana situasi sekarang tidak sama lagi dengan situasi kita pada zaman dahulu.

Tauge oh tauge......
Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang biasa dan langsung tidak menyelerakan.
Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.
Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.
Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin ( canavanine ), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang , serta mencegah kerapuhan tulang ( osteoporosis )
Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus.
Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka.
Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.
Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda .
Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser .
Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser.
Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya . JOM kita ramai-ramai makan tauge hari-hari!!!!!!!!!!!
Langgan:
Catatan (Atom)
Our Blues drama review -malay version
Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...
-
Hidup ini ada pasang surutnya, kadang-kadang kita tiada kawan pada saat-saat kita sangat memerlukan kawan. Tapi kita ada diri kita sendiri, ...
-
KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH(KPLI) SUDAH BOLEH DISEMAK MELALUI LAMAN WEB tarikh peperiksaan MTEST 28 MARCH 2009 http://apps.emoe.gov.my/k...
-
PENGENALAN ISAC adalah singkatan kepada IT Skill Assessment and Certification. Ia merupakan satu alat bagi menentukan kesediaan personel ...