Khamis, 27 November 2008

Kem Bina Negara Maran Pahang



Jambatan ke Kem yang mana dibawahnya terdapat jeram yang bersih

Pada 19 Hingga 23 November 2008 yang lalu, Jabatan Biro Tatanegara telah menganjurkan kem binanegara di KBN Maran Pahang. Seramai 105 peserta telah hadir dan kesemuanya adalah dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Peserta datang dari seluruh pelusuk negeri termasuk Sarawak.
Kursus ini merupakan salah satu dari syarat wajib bagi seorang pegawai awam. Walaupun pada awalnya, saya mempunya pandangan yang agak negatif tentang kursus ini, namun apa yang saya lihat adalah diluar dari jangkaan. Ternyata kursus ini telah memberikan saya satu pengisian yang amat bermakna disamping dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan diri saya. Secara jujur jika dibandingkan Kursus BTN dengan Kursus Induksi yang saya sertai, nyata kursus ini telah memberikan saya kesan yang amat mendalam.

Walaupun jika dibandingkan penginapan di hotel jauh lebih selesa berbanding di kem, namun bagi saya suasana kem KBN Maran adalah semulajadi dan sangat menenangkan. Segala aktiviti berjalan lancar dan seolah-olah telah di atur dengan rapi oleh jurulatih dan urusetia kursus.

Kepada semua rakan-rakan yang belum lagi menyertai kursus ini pesanan saya, buka kan hati dan minda anda. Kerana hanya diri anda saja yang dapat menilai sama ada kursus ini menyeronokan atau sebaliknya. Tepuk dada tanya selera.....








4 ulasan:

Unknown berkata...

saya dengar ada lagi satu batch yang akan sampai ke maran untuk Kursus Birotatanegara (BTN). So i'm wisshing you all good luck and have fun there!!!

Unknown berkata...

sampaikan salam pada Tuan Jantan, Tuan Osman dan sume yang ada kat sana eh........

syar berkata...

assalamualaikum...
sy nur syar'eiyyah..dak smk pUtrajaya prEsint 14(1)..pnt glEr g kem ari 2 bUt mmg bEst aR...x mncabar sgt ar...he3..next year arp2 dpt pgi ag..salam

Unknown berkata...

hi nur syar'eiyyah, best kan???diorang selalu ingat BTN ni boring, tapi tak sebenarnya....

Our Blues drama review -malay version

  Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...