Rabu, 26 November 2008

Semangat Patriotisme dan Melayu

Kemajuan dan kemakmuran negara pada masa ini tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa pengorbanan dan darah pejuang-pejuang bangsa zaman dahulu. Selama 446 tanah melayu dijajah sejak penaklukan Portugis ke atas Melaka pada 24 Ogos 1511. Ini bukanlah satu tempoh masa yang singkat dan stigma penjajahan sebenarnya telah agak sebati dengan jiwa melayu baik dulu mahupun sekarang.

Saban tahun kita meraikan kemerdekaan negara. Namun saya amat pasti di kalangan kita sekiranya ditanya tentang maksud kemerdekaan pasti tercengang-cengang dan kelu seribu bahasa. Hanya sesetengah sahaja yang boleh menjawab pengertian kemerdekaan dengan penuh semangat dan patriotisme. Justeru itu, apakah kaitannya melayu dengan semangat patriotismenya?

Kemerdekaan adalah kebebasan, kedaulatan dan keharmonian yang dikecapi oleh rakyat dan negara. Kebebasan dan kedaulatan dari segi pemerintahan dan pentadbiran negara. Keharmonian adalah dari segi rakyat yang hidup dalam keadaan aman damai dan alam sekitar yang indah dan nyaman. Tanpa semangat patriotisme yang tinggi mampukah kita memberikan pengertian kemerdekaan yang jelas lagi jitu?

Jika kita renung golongan remaja sekarang yang didedahkan dengan pelbagai maklumat di peringkat globalisasi, adakah mereka menyalurkan maklumat yang mereka perolehi kearah hidup yang positif dan bermanfaat kepada negara dan bangsa? Adalah menjadi tanggungjawab golongan dewasa khasnya ibu bapa untuk memberi kefahaman kepada remaja tentang sejarah penubuhan Malaysia, kemerdekaan dan sistem pemerintahan Malaysia.

Hakikatnya banyak sumber rujukan yang kita boleh perolehi dengan mudah. Sumber yang paling mudah adalah di internet. Selain dari itu kita juga boleh membaca dari buku-buku sejarah malaysia, Perlembagaan Malaysia, buku-buku kenegaraan dan banyak lagi. Pendek kata sikap dan amalan kita perlu lah positif untuk mendapatkan umber-sumber ini. Sekiranya kita beruntung, kita juga boleh menghadiri kursus atau seminar kenegaraan seperti kursus bina negara yang dianjurkan oleh Jabatan Biro Tatanegara.

Kesimpulannya, bagi saya bak kata pepatah melayu, "Tak kenal maka tak cinta". Kita mesti mengenali tanah air, bangsa dan kerajaan Malaysia terlebih daahulu sebelum dapat mewujudkan semangat patriotisme dalam diri kita. Apabila kita benar-benar mengenali dan menghayati sejarah dan kedaulatan melayu, barulah semangat patriotisme itu akan muncul secara semulajadi dalam diri kita. Semangat patriotisme inilah yang akan menjamin ketuanan Melayu agar tidak disanggah dari muka bumi ini.

Tiada ulasan:

Our Blues drama review -malay version

  Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...