Jumaat, 17 Julai 2009

Bonus Untuk Kakitangan Awam

Saya telah membaca http://cuepacs.blogspot.com/2009/07/cuepacs-perlu-utama-disiplin-penjawat.html dan sempat memetik artikel ini :

"Perkhidmatan Awam Malaysia merupakan suatu jentera pentadbiran atau kuasa eksekutif dalam melaksanakan dasar-dasar dan keputusan kerajaan bagi mencapai segala objektif dan matlamat negara. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan (Per. 132) Perkhidmatan Awam terdiri daripada Angkatan Tentera, Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang, Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Pasukan Polis, Perkhidmatan Awam Bersama, Perkhidmatan Awam Negeri dan juga Perkhidmatan Pendidikan. Tujuan utama Perkhidmatan Awam ditubuhkan adalah untuk membentuk suatu persekitaran masyarakat yang yang baik dari segi keamanan, ketenteraman, pelajaran, keadilan, kebebasan, kesihatan dan membangun dari segi ekonomi dan sosial."

"Penjawat awam adalah jentera pelaksana kepada dasar negara yang telah digubal", inilah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan petikan artikel di atas. Ini menggambarkan betapa pentingnya fungsi kakitangan awam dalam negara khasnya Malaysia. Juteru itu saya amat menyambut baik sekiranya kerajaan sudi memberikan bonus sebagai hadiah bagi kakitangan awam atas dedikasi dan komitmen yang tidak berbelah bagi kepada negara setakat ini. Namun jika bonus tersebut tidak diberikan, langsung tidak bermakna yang kakitangan awam akan menurunkan komitmen serta tanggungjawab kerana kami kakitangan awam telah bersumpah untuk taat setia terutamanya kepada Yang Dipertuan Agong. kami tetap akan meneruskan khidmat kerana kami adalah jentera pelaksana dasar negara.

Saya agak sedih sekiranya ada dikalangan kakitangan awam sendiri yang tidak menyambut baik permohonan bonus ini kerana sikap segelintir kakitangan awam yang tidak bertanggungjawab dan lalai dalam menunaikan tangggungjawab. Bagi saya sikap memburuk-buruk kan perkhidmatan awam oleh kakitangan awam sendiri adalah ibarat membuka pekong di dada. Saya yakin cuma segelintir sahaja yang bersikap negatif dan tidak bertanggungjawab atas amanah yang diberikan sejak mula menjawat jawatan dalm perkhidmatan awam. Sebagai buktinya, prestasi perkhidmatan pelanggan di kaunter-kaunter jabatan kerajaan semakin baik dengan naik taraf dan khidmat aduan pelanggan. Selain itu kebanyakan sistem birokrasi telah dimansuhkan dengan penurunan kuasa oleh ketua-ketua jabatan kepada pegawai-pegawai yang layak. Kerajaan juga telah mewujudkan banyak sistem atas talian bagi melicinkan lagi proses-proses maklumbalas berbanding sistem manual yang diamalkan dahulu. Banyak lagi penambah baikkan yang telah dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan awam sebagai pelaksana dasar negara.

Saya juga yakin bukan sahaja dalam perkhidmatan awam, malah syarikat GLC dan swasta lain juga menghadapi masalah yang sama dan saya rasa masalah ini boleh diselesaikan melalui jabatan masing-masing. Jika dalam perkhidmatan awam, kita memiliki undang-undang tindakan tatatertib bagi menangani masalah displin kakitangan awam. Semuanya bergantung pada budi bicara ketua jabatan. Tetapi ini tidak bermakna bahawa semua kakitangan awam harus menerima bahana atas kesilapan sebilangan kecil kakitangan yang tidak bertanggungjawab itu.

Pemberian bonus juga merupakan satu pelaburan tidak langsung kerajaan untuk mendapat pulangan yang lebih baik kerana kakitangan kerajaan juga akan membelanjakan wang ini di dalam negara. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi negara melalui kuasa beli dan pelaburan.

Jika bonus tidak diberikan, tidak bermakna kami tidak akan meneruskan khidmat atau mengurangkan prestasi kerja perkhidmatan awam. Kami tetap akan terus bekerja kerana kakitangan awam adalah hak milik kerajaan dan kami tertakluk kepada peraturan dan arahan yang telah dipersetujui semasa mula menjawat jawatan ini.

Kepada kakitangan awam yang lain, saya ingin berpesan agar meninggalkan amalan berfikiran sempit dan negatif terhadap setiap perkara yang baik untuk semua. Kakitangan awam sebenarnya mempunyai tanggungjawab untuk memelihara nama baik perkhidmatan awam kerana ini adalah periuk nasi kita. Setiap kakitangan awam bertanggungjawab membimbing rakan-rakan sejawat ke arah keharmonian jabatan masing-masing.

Tiada ulasan:

Our Blues drama review -malay version

  Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...