Khamis, 16 Julai 2009

Hadiah Ulangtahun Kelahiran Yang Terindah

Tanggal 23 Julai 2009 merupakan satu lagi lembaran baru dalam hidup ini. Saya menyambut ulangtahun kelahiran yang ke ...

Sesetengah menyifatkan bahawa hari itu sangat bermakna dengan hadiah, ucapan dan tidak kurang juga ada yang menyambut hari bersejarah ini dengan jamuan dan keraian...

Walau apapun yang kita lakukan, kita memang patut melakukannya kerana hari itu adalah hari yang mana kita dilahirkan sebagai juara. Putih bersih hakikatnya dan pada masa itu, kelahiran kita merupakan satu anugerah yang tiada tandingannya (pada suatu masa dahulu).

Tahun silih berganti, kini menjelang kedewasaan. Apalah erti hari lahir, jika tidak merenung tahun-tahun yang sudah. Apakah pencapaian, budi dan bakti, silap dan salah, kebahagian, kedukaan dan pahit getir yang telah dilalui adakah membuahkan hasil.... segala persoalan itu akan bersilih ganti menjelajah segenap ruang fikiran, sepanjang hari-hari kelahiran.

Hari itu, sangat bermakna dengan memuhasabah diri dan doa serta harapan agar tahun hadapan akan menjadi lebih baik dengan rezeki yang mencurah-curah. Di sinilah relevannya doa rakan-rakan dan keluarga. Sebagai tanda terima kasih, kita jamu mereka dengan majlis mengikut keupayaan kita.

Banyak rezeki dan nikmat yang kita telah perolehi sepanjang kehidupan ini. Betapa kita wajib mensyukuri segala nikmat mahupun musibah yang melanda kerana itulah yang menjadikan kita berada di sini. Bangun atau jatuh kehidupan ini ditentukan oleh Ilahi, namun doa sahaja yang dapat mengubahnya.

Semoga ulangtahun harilahir yang akan datang menjanjikan rezeki yang berganda. Rezeki yang tidak disangka-sangka. Rezeki yang berkat dan dekat pada Nya. Semoga dianugerahkan kebahagian, kesihatan dan kekuatan bagi menempuh masa-masa yang mendatang. SELAMAT HARI ULANGTAHUN....

Tiada ulasan:

Our Blues drama review -malay version

  Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...