Jumaat, 24 Julai 2009

Peperiksaan PTD (8 Ogos 2009)

Pada 8 Ogos ini akan berlansung satu lagi peperiksaan untuk memasuki perkhidmatan PTD. Seperti biasa mesti ramai di antara kita yang mula mencari tips dan panduan peperiksaan ini.

Saya juga akan menghadapi peperiksaan ini. Saya pun tidak pasti sudah berapa kali saya menduduki peperiksaan ini sejak tamat belajar di Universiti Malaya dulu. Dalam semua peperiksaan tersebut, barulah pada 4 Julai yang lepas saya dapat menyertai PAC iaitu peringkat saringan ke dua dalam pengambilan PTD ini. Walaupun sedang menunggu keputusan, saya rasa tidak salah jika saya menduduki peperiksaan ini kali ini. Rezeki di tangan tuhan. Saya tidak pasti lagi adakah saya layak ke peringkat temuduga nanti.

Saya ada beberapa pesanan untuk rakan-rakan yang akan menduduki peperiksaan ini. Pesanan ini hanyalah dari pengalaman saya dan rakan-rakan, yang tidak semestinya anda perlu ikuti. Segalanya terserah kepada anda.

1. Sekiranya anda masih kabur atau langsung tidak tahu akan Jawatan yang anda pohon ini, boleh lah merujuk kepada post saya yang terdahulu tentang jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

2. Bagi yang hanya mencuba nasib dan telah mempunyai jawatan itetap bergaji lebih RM3000, saya harap anda dapat menimbang semula kaputusan anda kerana sikap ingin mencuba nasib dan menguji kebijaksanaan hanyalah menjejaskan peluang orang lain yang memang bercita-cita menyandang jawatan ini.

3. Mula membaca tentang Malaysia dan Antarabangsa dalam semua bidang seperti sukan, politik, kewangan dan alam sekitar. Tumpukan tentang fakta PBB, NAM, Asean dan yang sepertinya.

4. Fahami struktur perlembagaan Malaysia dan pemerintahan Malaysia.

5. Asah bakat anda dalam penulisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

6. Cuba menjawab soalan pemahaman BM dan BI.

7. Cuba buat kira-kira matematik seperti graf dan peratus. Soalan matematik tidaklah sesusah mana tetapi masa merupakan faktor yang kritikal semasa menjawab soalan.


Setakat ini sahaja yang dapat saya kongsikan setakat ini. Jika ada di antara rakan-rakan yang ingin menambah, saya alu-alukan.....

Pesanan saya, tenangkan diri dan fokus dalam setiap yang anda lakukan. Tetapkan matlamat anda dan anda boleh berjaya.

2 ulasan:

mila berkata...

kalau nak contoh2 soalan boleh ke blog ni.....

http://ptdblog.wordpress.com/2009/08/01/soalan-soalan-terhangat/

mila berkata...

Soalan2 ini bukanlah soalan ramalan tapi cuma gambaran pada soalan2 yang mungkin akan ditanya dalam kertas pengetahuan awam..

1. Senaraikan alat-alat yang diguna pakai dalam sebuah persembahan makyong.

2. Namakan sumber ekonomi negara Malaysia yang tertinggi.

3. Pada tahun bilakah kali terakhir negara Malaysia memenangi Piala Thomas?

4. Apakah tempoh pilihanraya umum negara Malaysia perlu diadakan selepas

pembubaran Parlimen?

5. Dari negara manakah angkasawan Muslim pertama berasal?

6. Apakah itu metafora di dalam sesuatu karangan?

7. Pedang Cura Simanja Kini merupakan alat kebesaran negeri mana?

8. Namakan alat muzik tiupan tradisional yang terkenal di Malaysia.

9. Namakan seni mempertahankan diri yang terkenal di kalangan masyarakat India.

10. Berapa kalikah Nicol David menjadi Juara Dunia sukan squash?

sumber dari ptdblog


Provided by All Famous Quotes

Follow my post