Rabu, 13 Jun 2012

Citarasa Segamat, Johor


Restoran An Najah

Saya orang Segamat...Sayang Segamat....Ye lah kan, tanah kelahiran ni....walau sejauh mana aku pergi, Segamat tetap di sudut hati..Walaupun kini menetap di Nilai dah...

Sebenarnya kat Segamat ada banyak makanan yang menarik dan sedap belaka. Olehkerana masyarakat Segamat ni adalah campuran dari Melayu, Jawa, Mamak, Cina, India dan India Muslim...Orang felda dan Orang Asli pun ada...jadi pelbagai makanan terdapat kat sini. Kalau dulu Segamat terkenal dengan Durian, sekarang semakin berkembang. Durian Segamat orang kata lebih sedap...sebab durian kat sini adalah durian tanah berbukit...lain dari durian Muar atau tempat lain. Tak percaya, cuba lah durian yang betul-betul dari Segamat. Kene cari orang segamat yang ada kebun durian lah gamaknya.

Gambar kedai kat atas tu adalah kedai melayu yang menjual Nasi beryani yang top kat Segamat. Kalau makan, berasap pedasnya....tapi memang sedap...Kalau balik Segamat, memang singgah kedai ni makan atau bungkus...Terletak di sebelah Stesen Minyak Caltex di Buluh Kasap. Mudah je carinya, tepi jalan aje. Ada Beryani Kambing dan Ayam. Harga rm6 sepinggan. Bukan kedai Mamak ye...memang 100% Melayu.
 


Murtabak paling best di segamat...ala-ala murtabak singapura

Tapau je...

Kedai kat atas ni adalah kedai mamak, tapi pembuat rotinya adalah melayu. Tapi murtabak ni sangat popular semasa bulan Ramadhan. Orang akan beratur lama menunggu murtabak ni...Apa yang special sangat ya?

Murtabaknya besar macam singapore punya. Ada daging atau ayam...kuahnya kuah jeruk bawang dan timun atau kuah dal. Sekeping cuma rm6 tapi cukup untuk 4 orang makan. Kalau Nak yang besar pun boleh, tapi saya tak pernah order...Mesti cuba kalau sampai ke Segamat. Lokasi kedai di Taman Yayasan Segamat...Sebaris dengan kedai Maxis dan Stesen minyak Shell.

Cendol paling sedap di segamat

Sebaris dengan restoran Murtabak ni, ada kedai cendol segamat....Taukey cendol ni dari atuk sampai ke cucu masih mewarisi perniagaan ini. Ada banyak cawangan di Segamat, tapi ni cawangan Taman Yayasan. Sedap cendolnya, tapi tak boleh tambah free mcm cendol Leman Dawi....Ingat ye...kat Taman Yayasan juga...

Kedai makan lain yang popular kat segamat ni adalah Johan Ikan Bakar..Buka malam sahaja. Tapi kat situ pun best kalau nak order sea food. Lagi Restoran sebelah masjid Jamek Segamat. Malam juga beroperasi...kat situ boleh kata semua pekerja lelaki....boleh tahan la jugak muka...sambil jamu perut, dapat jugaklah melihat pemandangan yang indah-indah....hehe bukan lelaki je boleh jamu mata ye....Tapi tu semua kedai makan malam...Untuk makan tengahari, anda boleh cuba, Restoran Asam Pedas di Jalan Genuang, di barisan kedai baru di sebelah petronas jalan genuang. Sebelah Sekolah Paduka Tuan. Tapi kalau nak makan kat situ, kena datang cepat sikit, sebab kedai ni tutup jam 4 petang. Orang pun ramai makan kat sini...kalau lewat datang, lauk pun kurang la...

Banyak sebenarnya tempat makan kat segamat ni. Tapi semuanya citarasa melayu dan boleh dikatakan tiada restoran sea food siam kat sini.

Lain kali kalau ada tempat makan baru, saya akan update k...Selamat Melawat Segamat!!!
 



6 ulasan:

hazanis berkata...

nice blog...kalau ada msa jemut la jnguk2 blog saya http://kakiblogger.mygeng.org/#s01

Unknown berkata...

Thanks hazanis

Tanpa Nama berkata...

salam...sy nk btulkn ibfo sket leh x?restoran an-Najjah 2,owner dia mmg mamak...beliau kwen dgn org jawa sbb 2 ank2 dia xrpe mamak sgt...
and,restoran rizki 2 owner dia adalah ank sedara kpda owner An-Najjah....
sekian...sy adalah keluarga rapat restoran berkenaan....
tima kasih ats komen2 anda....klo dtg lg ke an-Najjah sila lah knal kn diri.... t sy bg diskaun...hahahhahaa.......i/Allah....
Salam...

Tanpa Nama berkata...

Saya pun mmg suke murtabak kat restoran tuh.. best.. layanan pun baik.. x makan kat depan poliklinik tuh.. cuba lah.. pergi ke D'Abang Cafe betul2 sebelah JPJ, Segamat @ Bandar Utama.. leh try western.. chicken chop, if nak healthy sikit.. try chicken grill.. beef steak ada.. lamb pun ada... menu lain yg istimewa.. Laksa Johor and Mee Bandung!! Salam..

Unknown berkata...

tmpt yang agk menarik.... thanks for sharing.



___________________
www.feezzyfz.my

Unknown berkata...

No tel kdai ada x...hari jumaat bukak x

Our Blues drama review -malay version

  Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...