Isnin, 13 April 2009

Mengapa takut dipukul ombak?

Seminggu bercuti meninggalkan tempat kerja dan menikmati suasana baru memanglah satu perkara yang amat menyeronokkan. Menghirup udara segar tempat orang, di sana memang jauh dari kesibukan kerja dan tekanan 'due date' yang tak sudah-sudah.

Sambil duduk-duduk di tepi laut atas tikar mengkuang, angin bertiup lembut, rasa seperti dibelai. Terlihat dua orang gadis sedang bermain di gigi air. Sesekali ombak kecil datang menuju ke kaki, namun dengan pantas gadis itu berlari naik ke pantai. Saya ketawa sendiri. Beberapa kali dia bepelakuan begitu, saya berbisik dalam hati, mengapa takut dipukul ombak?

Pada hal ombak itu hanyalah air laut, yang berarus agak kuat, tapi tak sekuat ombak laut lepas yang menghempas ke pantai. Ombak itu hanya beriak manja. Mungkin kita selalu bertindak begitu namun kita tidak menyedarinya.

jika kita membawa diri kita hanyut dipukul ombak. Ombak itu akan membawa kita ke satu perasaan damai yang tak boleh diungkap. Rasakan deruan ombak itu dan hayati alunannya. Kita akan dapat rasa seolah-olah ombak itu meresap ke saluran darah dan seterusnya membasahi hati dan menenangkan fikiran.

Ombak itu ibarat sesuatu yang baru yang tak pernah kita kecapi sebelum ini. Mencuba perkara yang baru sudah tentunya mempunyao risiko dan kepuasan yang tersendiri. Kita selalu takut mencuba sesuatu yang baru kerana takut ditimpa musibah dan masalah. Namun sedarkah kita, sebenarnya sesuatu yang mencabar dan penuh rintangan itu akan membawa kita ke satu destinasi kejayaan yang tiada tolok bandingnya.

Kita sangat selesa dengan keadaan kita yang sedia ada dan takut menerima sesuatu yang baru. Itulah kita.

"Ombak yang menyentuh kaki kita pada waktu ini tak akan kita temui lagi"

Tiada ulasan:

Our Blues drama review -malay version

  Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...