Rabu, 8 April 2009

Tahniah kepada Barisan Kabinet Baru

Sepanjang awal musim pentadbiran Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, banyak angin perubahan yang telah melanda seluruh tanah Malaysia. Tahniah Dato' Sri atas kepimpinan baru ini. Begitu juga ucapan tahniah ini ditujukan kepada barisan kabinet yang baru. Semoga dengan pentadbiran Dato' Sri maka akan bertambah lagi rezeki dan kemajuan yang dapat dinikmati oleh rakyat.

Apa yang lebih penting dari ini adalah, bangsa Malaysia akan bersatu padu dan kepercayaan rakyat dapat dikembalikan kepada kerajaan yang mentadbir. Kepercayaan ini sangat penting bagi menjamin keamanan dan kestabilan politik Malaysia yang menjadi tanah tumpah dan tempat bernaung seluruh rakyat jelata. Tanpa keamanan dan kestabilan negara ini, dimanakah lagi tempat untuk kita diterima dimuka bumi tuhan ini. Maka dengan itu sudah tentunya penting bagi kita rakyat Malaysia untuk memelihara keharmonian dan tanah air Malaysia ini agar terus maju dan membangun di dalam keharmonian.

Harapan saya semoga kita semua dapat bekerjasama dalam mengembalikan keutuhan Malaysia seperti yang kita lakukan pada masa-masa yang lalu.

Tiada ulasan:

Our Blues drama review -malay version

  Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...