Selasa, 23 Jun 2009

Kepintaran Buatan (Artificial Intelligence)

DEFINISI KEPINTARAN BUATAN (AI)

KEPINTARAN BUATAN atau ringkasnya AI (Artificial Intelligence) adalah merupakan gabungan sains dan kejuruteraan yang terdiri dari pelbagai displin atau cabang pengajian seperti sains komputer, psikologo, linguistik, matematik, kejuruteraam dan biologi. Tujuan utama mengwujudkan AI ialah untuk membangunkan sistem komputer yang boleh berfikir, mendengar, melihat, berjalan, menyentuh dan merasa. Ringkasnya AI adalah satu usaha untuk memindahkan ciri-ciri pemikiran manusia kedalam bentuk mesin. Mesin memainkan peranannya sebagai 'ahli pemikir' iaitu mampu menaakul, belajar dan menyelesaikan masalah.


SEJARAH UMUM TENTANG KEPINTARAN BUATAN

John McCarthy, ahli akademik dari MIT dipercayai orang yang mula-mula menggunakan istilah AI ini iaitu pada tahun 1956. Beliau juga merupakan orang yang bertanggungjawab membangunkan bahasa pengatucaraan kepintaran buatan iaitu LISP. Beberapa sarjana yang turut menjadi pelopor dalam bidang AI ini ialah Frank Rosenblatt dari Cornell University, Allen Newell dari Carnegie Mellon University, Edward Feigenbaum dari Stanford Univerity dan Alan Turing dari Manchester.

Siri ujian tentang kepintaran buatan yang paling terkenal telah dilakukan oleh Alan Turing pada tahun 1950. Siri ini dikenali sebagai Turing Test. Alan Turing merupakan seorang Inggeris yang pakar dalam bidang matematik. Ujian tersebut adalah sebagai cadangan untuk menguji samada mesin boleh berfikir atau tidak.


CIRI-CIRI LAKUAN PINTAR

Sesuatu mesin atau komputer yang telah diprogramkan hanya akan dikatakan sebagai pintar jika memaparkan atau boleh berfungsi seperti :

*Pintar memberi tindakbalas atau jawapan balas dan seterusnya berjaya mencipta satu situasi baru
*Mengecam dan mengenalpasti elemen-elemen panting dalam sesuatu situasi
*Kreatif dan berimaginasi
*Boleh mancapai dan menggunakan pengetahuan yang ada
*Melakukan proses berfikir dan penaakul (reasoning)
*Menggunakan konsep taakul untuk menyelasaikan masalah
*Memahami dan belajar berdasarkan pengalaman yang lepas
*Boleh mengawal situasi walaupun maklumat yang salah atau tidak lengkap dibekalkan
*Boleh menyelesaikan masalah yang kompleks


APLIKASI UTAMA KEPINTARAN BUATAN

Aplikasi utama teknologi ini boleh dibahagikan kepada tiga iaitu :


ROBOTIK
Teknologi AI yang digunakan dalam aplikasi ini hanya merujuk kepada robot manusia seperti melakukan aksi atau tindakan sama seperti manusia misalnya pergerakan secara fizikal seperti yang telah dipamerkan oleh robot ASIMO baru-baru ini. Dengan memasukkan AI, robot tersebut berupaya untuk melakukan pengecaman wajah dan lokasi, mambalas sapaan, menggunakan sepenuhnya kempat-empat tangan dan kaki. Robot yang digunakan dalam industri juag menggunakan teknologi AI di mana ia berkebolehan memilih dan menolak (reject) produk yang telah rosak atau tidak menepati piawaian dalam proses kawalan kualiti.

SAINS KOGNITIF
Aplikasi ini lebih menjurus kepada gabungan biologi, psikologi, matematik dan neurologi. Dalam aplikasi ini, teknologi AI digunakan untuk membangunkan satu sistem pemikiran yang sama seperti manusia yakni cara berfikir dan belajar. Contoh aplikasi yang telah digunakan pada masa kini dalam bidang ini ialah seperti sistem cerdas, sistem berasakan pengetahuan, agen pintar, rangkaian neural dan logik fuzzy. Rangkaian neural banyak digunakan dalam pembangunan WWW (world wide web) terutama dalam proses pencarian manakala agen pintar digunakan dalam sistem cerdas (smart systems). Logik fuzzy pula digunakan untuk memproses data-data yang tidak lenkap yang dikenali sebagai data fuzzy.

ANTARAMUKA SEMULAJADI
Antaramuka semulajadi pula murujuk kepada cara manusia mendengar, bercakap dan melihat. Bidang pengajian yang terlibat dalam aplikasi ini ialah seperti linguistik, psikologi, sains komputer dan teknologi multimedia. Sebagai contoh, penggunaan mesin translasi yang boleh menterjemahkan bahasa, pengecaman suara dan teks di mana suara boleh ditukar menjadi bentuk teks dan sebaliknya dan aplikasi yang paling popular iaitu realiti maya. Realiti maya banyak digunakan sebagai hiburan dan pembelajaran terutamanya untuk program simulasi. Ia berfungsi berdasarkan pergerakan atau lenggok badan manusia.

[IMG]http://www.ittutor.net/phpBB2/album_pic.php?pic_id=20[/img]

penulis asal : k.nizam - PC Mei 2003

Tiada ulasan:

Our Blues drama review -malay version

  Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...