Jumaat, 13 Februari 2009

Bahasa Inggeris Untuk Matematik Dan Sains

Kita sering melihat berita di dada akhbar berkenaan isu bahasa inggeris dalam subjek matematik dan sains. Sama ada anda sedar atau tidak, isu ini sedang hangat diperkatakan sekarang.

Namun mereka yang sangat menentang adalah dari pihak pejuang bahasa tanah air. Mereka ini memang kita tidak nafikan sumbangan mereka dalam bidang sastera dan persuratan melayu. Jadi, persoalan saya, adakah kata-kata mereka ini kita boleh pandang ringan dan boleh ditolak ketepi begitu sahaja?

Sememangnya ada pro dan kontranya apabila kita menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa penngantar dalam kehidupan seharian kita. Saya yakin ramai diluar sana mempunyai pendapat sendiri dalam isu ini. Namun setiap perkara itu perlu kita lihat dari sudut perspektif yang luas dan mencakupi semua aspek. Ini kerana kita hidup dalam kelompok masyarakat yang besar. Maka segala keputusan perlulah dibuat dengan mengambilkira kepentingan bersama.

Berdasarkan pengalaman saya sebagai guru kelas tusyen di salah sebuah pusat tusyen di Nilai, Negeri Sembilan, saya melihat bahawa pelaksanaan subjek Matematik dan Sains dalam bahasa inggeris telah melahirkan pelajar yang sangat mementingkan hafalan dan bukan kefahaman. Pelajar lebih menumpukan kepada maksud soalan dan bukan dari sudut praktikalnya. Hasilnya pelajar hanya boleh menjawab soalan yang diberikan tanpa dapat mempraktikkanya dalam situasi yang berbeza atau keluar dari skop pembelajaran. Dalam erti kata yang lain pelajar adalah menghafal dan bukan memahami suatu perkara dengan mendalam.

Ini berbeza dengan pelajar luar bandar yang sememangnya kurang menggunakan bahasa inggeris dalam kehidupan seharian. Mereka nyatanya sukar memahami pelajaran tersebut hanya kerana batasan bahasa inggeris. Adakah ini adil bagi mereka sedangkan apa yang lebih penting adalah memahami subjek tersebut dan bukan memahami ayatnya sahaja.

Sememangnya bahasa inggeris adalah bahasa pengantar antarabangsa, namun ia bukanlah segalanya. Walaupun masyarakat melayu tidak terlalu menguasai bahasa inggeris tetapi itu tidak bermaksud yang orang melayu tidak berjaya. Tetap ada golongan melayu atau bumiputera yang dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat antarabangsa.

Dalam era globalisasi ini, kedudukan bahasa melayu lebih tercabar dan kewibawaan ini adakah dapat bertahan sekiranya kita sendiri yang menggugat martabat bahasa melayu itu sendiri. Secara logiknya kita mempunyai sumber yang banyak dalam bahasa inggeris. Namun jika dibandingkan, adakah sumber dalam bahasa melayu itu juga banyak?

Kesimpulanya, kita mempunyai banyak cara untuk meningkatkan penguasaan bahasa inggeris, namun berapa banyakkah cara untuk meningkatkan penguasaan bahasa melayu. Dengan ini saya serahkan kepada saudara untuk menilainya.

Tiada ulasan:

Our Blues drama review -malay version

  Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...