
Proton Exora yang mempesonakan
Sudahkah anda melihat model MPV Proton yang pertama? Kalau anda belum lagi melihatnya, di sini saya ada beberapa gambar untuk anda. Gambar ini diupload dari internet dan boleh dikatakan dari segi bentuknya, agak menarik dan nampak luas. Saya difahamkan bahawa enjinnya adalah berkapasiti 1.6 dan enjin Campro CPS (kalau saya silap sila betulkan).

Model ini didatangkan dengan harga yang agak kompetitif iaitu RM 80k++. Sudah pastinya ia memberi pulangan yang baik bagi pengguna Malaysia. Selain dari itu, Proton juga menawarkan penukaran kereta proton lama kepada model baru untuk pengguna menikmati diskaun.


Rekaan dalamannya, agak biasa bagi saya dan tiada yang nampak menarik. Harapan saya, jika tidak keterlaluan, mungkin kemasan dalaman boleh ditambah agar nampak elegan dan mewah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan