Selasa, 24 Februari 2009

Petua Mencuci Blender

Blender yang kotor pasti sukar dibersihkan kerana hampir setiap hari digunakan. Maka sudah pasti kotoran yang melekat itu perlu disental namun jika kita menggunakan berus, ia akan menyebabkan permukaan dalam blender akan tercalar dan ini akan memudaratkan kesihatan kita. Ini kerana bahan kimia pada permukaan plastik yang tercalar akan bertindakbalas dengan bahan makanan.

Cuba anda praktikkan petua ini....

1-Masukkan sedikit air dan sedikit bahan pencuci ke dalam blender/mixer
2-Ambil kulit telur dan masukkan sekali ke dalam blender/mixer tersebut
3-?ON? kan blender/mixer anda tu sehingga beberapa ketika



Lihatlah hasilnya.
Kulit telur yang anda masukkan ke dalam blender/mixer tersebut akan hancur setelah anda ?ON? blender/mixer tersebut.
Kulit telur yang telah hancur itu sebenarnya berperanan sebagai ?pemberus? bagi mencuci blender anda.
Selain blender/mixer, petua ini juga boleh digunakan untuk membasuh bekas minuman/botol air/kole air yang sukar untuk dibasuh.


Caranya ialah:
1-Masukkan sedikit air dan sedikit bahan pencuci ke dalam bekas minuman/kole air
2-Masukkan kulit telur yang telah dihancurkan
3-Goncangkan bekas minuman/botol air/kole air sehingga kotoran hilang


Mudahkan petua ini?
Cubalah!
Kemudian, ajarkanlah petua yang hebat ini kepada ibu atau makcik anda nanti.
Nescaya pasti ibu dan makcik anda akan berterima kasih kepada anda.

Tiada ulasan:


Provided by All Famous Quotes

Follow my post