Rabu, 4 Februari 2009

Permata Hati Ibu



Inilah permata hati ibu, Nadia dan Hakim. Hakim kini telah berumur 4 tahun manakala Nadia baru berusia 1 tahun. Walaupun dua oran sahaja namun keletah mereka sudah cuku menggamatkan keluarga. Hakim seorang yang manja dan sentiasa menurut kata ibu dan ayah. Tapi Nadia seorang yang nampak berdikari dan berani.

Hakim walaupun baru 4 tahun namun ibu sudah nampak sifatnya yang menjadi pemimpin kepada adiknya Nadia. Dia seorang yang sensitif dan agak cerewet namun Nadia seorang yang tak kisah dan tak cerewet. Walaupun dia masih lagi kecil namun dia pandai mengambil hati dengan jenaka dan tingkah laku nakalnya. Walaupun nampak berani, tapi tak semua orang boleh menjaganya. Dia akan menangis apabila di pegang oleh orang yang jarang bersama dia apatah lagi dengan orang yang dia tidak kenal. Hakim ramah dan petah berkata-kata dengan orang dewasa. Kadang kala rakan-rakan saya mengatakan yang hakim ni bijak bercakap seperti orang dewasa. Mungkin kerana persekitarannya yang dikelilingi oleh orang dewasa dan juga pengaruh televisyen.

Apapun, ibu sayang anak-anak ibu. Bagi Ibu mereka adalah segalanya. Ibu berharap agar permata hati ibu akan membesar menjadi manusia yang berjaya dan bahagia pada masa hadapan. Pastinya doa ibu akan sentiasa bersama dalam setiap langkahmu.....

Tiada ulasan:


Provided by All Famous Quotes

Follow my post