Isnin, 2 Februari 2009

Mengapa Wanita Selalu Menjadi Mangsa

Sejak dari zaman sebelum kedatangan islam lagi kaum hawa telah ditindas dan menjadi mangsa kezaliman kaum lelaki. setelah islam mengibarkan sayapnya di muka bumi Allah SWT ini, martabat wanita yang dulu diinjak-injak kini dilindungi malah dihargai.

Kini, cabaran wanita bukan setakat dari segi fizikal, malah cabaran mental. Wanita diuji dengan rumah tangga, anak-anak dan tak kurang juga di tempat kerja. Stigma masyarakat yang menyalahkan wanita dalam apa jua kejadian negatif sebenarnya masih menebal dalam masyarakat kini walaupun kita dikategorikan di dalam modenisasi. Disinilah kekuatan dan kredibiliti wanita dituntut agar tidak terus menjadi mangsa keadaan.

Selain dari itu tidak kurang juga wanita yang turut dibawa arus kerana tak mampu melawan takdir. Kadangkala sehingga mengadaikan keharmonian rumahtangga semata-mata ingin menuntut kebahagian yang tidak pasti. Namun begitu ada juga yang hanyut seketika namun pulang semula kepangkuan keluarga demi anak-anak. Namun ada sesetengah wanita menjadi mangsa keadaan yang mana golongan lelaki sering memperalatkan wanita sebagai tempat untuk melepaskan kesunyian. Lelaki seperti ini tidak mengira wanita bujang atau berkahwin. Di sinilah pendirian wanita yang kental diperlukan kerana lelaki akan menggunakan fitrah wanita yang mudah dipujuk rayu hanya untuk kepentingan mereka sendiri.

Bagi saya apapun yang wanita lakukan, pasti di sangka buruk oleh sesetengah pihak. Tambahan lagi lelaki. Saya kesal dengan tindakan sesetengah wanita yang suka memburuk-burukkan kaum sendiri walaupun mereka sedar hakikat bahawa semua perkara tak kan berlaku tanpa sebab.

Apapun harapan saya kepada golongan adam supaya menjadi pelindung dan pemimpin kepada kelemahan wanita dan bukanya menggunakan kelemahan tersebut kejalan yang negatif. Pada wanita pula, ingatlah bagi kita syurga sekiranya kita dapat menjaga diri kita dan bagi yang telah berkahwin, syurga itu di bawah telapak kaki suami.

Tiada ulasan:

Our Blues drama review -malay version

  Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...