Ahad, 15 Februari 2009

Peperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik

Pada 21 Februari 2009 ni akan berlangsung peperiksaan PTD di seluruh cawangan serata Malaysia. Saya juga merupakan salah seorang calon yang akan mengambil peperiksaan di Seremban.

Seperti pada peperiksaan yang lepas-lepas, saya membuat persedian mental yang kukuh kerana peperiksaan ini benar-benar mencabar minda dan mental seseorang. Melalui masa yang diberikan dan soalan-soalan yang amat mencabar terutamanya pada bahagian esei bahasa melayu dan bahasa inggeris. Selebihnya saya perlu mengikuti maklumat semasa samaada di peringkat malaysia dan antarabangsa. Pendek kata untuk menjadi seorang PTD, seseorang itu mestilah ideal dari semua aspek. Bukanlah perfect tapi sederhana dan ideal.

Saya pernah terbaca dalam internet, yang mana ujian peronaliti yang diberi semasa peperiksaan itu sebenarnya adalah untuk mencari individu yang seimbang. Bukanlah untuk mencari individu yang perfect. Tiada siapa di dalam dunia ini yang sempurna, jadi dalam semua soalan yang diberikan, tidak semestinya semua mempunyai jawapan yang positif.

Saya harap rakan-rakan yang mengambil peperiksaan ini dapat bertenang dan bersedia dengan topik-topik semasa yang berlaku sekarang ini. Dalam banyak-banyak topik tu saya yakin, mesti ada kaluar soalan esei berkenaan alam sekitar (ni cuma target je). So enjoy lah menjawab soalan k....

p/s : jika ada komen tambahan, saya alu-alukan untuk menulis di sini....

6 ulasan:

atreyu strange berkata...

uit. saya pun kene amik exam PTD nih. ni kali pertama, so saya sgt2 lah nerves! bg la tips lg...huhu. mcm topik2 yang slalu kuar utk kertas pengajian am tue...uhuhu~

mila berkata...

saya dah amik exam ni utk kali ke 3.Tapi bagus kalau mencuba kan? Baca aje buku tu sampai tepu.kalau tak cukup lagi rebus buat air....kih kih kih

atreyu strange berkata...

buku apa yg kene baca tu? sy dgr buku Malaysia Kita tu sgt berguna. tp sy xde la buku tu...camne ni.

*bwat ala2 nobita, tekap buku guna roti, pastu makan. hehe~

mila berkata...

yup, malaysia kita sangat bagus kalau habiskan sume, perlembagaan malaysia .....yang lain tu carik je kat internet....

hidayah berkata...

haiii... esk sy pun ada exam gak... ni kali ke 2 dlm ms 3 or 4 bln... yg pliknya tulis ctu KHAS...

mila berkata...

good luck hidayah


Provided by All Famous Quotes

Follow my post